Salam sayang buat semua rakan2 blogger saya. Buat yang singgah dan meninggalkan jejak ribuan terima kasih saya ucapkan.
Gara2 saya melayan lagu... Jangan Pisahkan... nyanyian Mayangsari dan Deddy Doress dari radio Era saya teringat dengan hubby...terasa rindu walaupun baru 3 hari ditinggalkan demi tugas. Bukan baru sekali berjauhan tapi sudah berpuluh tahun...begitulah rutin hubby. Jika hubby diperlukan untuk melawat projek dia akan menaiki company car bersama rakan setugas dan akan tinggal lebih lama disana tapi kalau hanya untuk meeting hubby akan pergi 2 hari dengan menaiki kapal terbang.
Kalau cerita dengan orang mesti orang akan kata bukannya jauh cuma Terengganu lepas tu pergi untuk beberapa hari saja. Tapi bagi orang yang menanggung berjauhan amat terasa. Dekat atau jauh, lama atau sekejap tetap terasa kesunyian. Allah jadikan setiap manusia mempunyai sekeping hati, mungkin sama tapi perasaannya mungkin berbeza. Ada isteri mungkin suka suaminya berkerja diluar daerah sebab ada ruang untuk dia membuat aktiviti yang dia suka.
Saya bersyukur sangat2 walau hubby selalu keluar daerah tapi dia sentiasa bertanya khabar dan kami akan berbual melalui talipon sebelum tidur. Kami akan berborak tentang apa yang saya dan hubby lakukan sepanjang hari. Perasaan dekat dan sentiasa disayangi itulah keistimewaanya. Walau hubby jauh adik tetap ada bersama saya dan selalunya kalau hubby outstation menantu saya akan selalu juga berkunjung ke rumah. Syukur kepada Allah swt dengan anugerah dan kasih sayang yang diberikan.
Mengada2.................Uweeekkkk...................
Gambar dari google...
12 comments:
Kakak rasa kita samalah Kak Zai. Kakak kalau siang tak rasa tapi bila masa makan dan masa nak tidur sebab dah biasa ada org sebelah kita kan so masa itulah mata terkebil-kebil susah nak tidur. Jadi bila dah dapat sembang sebelum tidur kan rasa macam ok sikit.. mana boleh tak ada rasa rindu bohonglah kan.. kakak tak percaya.
Perasaan wanita tukan halus. Siapa tak sayang suami kak...hehehee...
Sabar yer kak... insyaallah yg di rindu pulang dgn selamat. Jgn lupa ole2 dari ganu bt upah merindu.
Apa pulak mngada ngada nya....semasa menulis komen ni sy pun kena tinggal jugak...pagi tadi husband dah terbang ke kelantan untuk seminar selama 3 hari...hehe...sesampai sana dia dah called ;)
walau jauh terasa dekat kan bila dihubungi :)) kaaann
manisnya rasa rindu antara suami isteri...
Indah sungguh perasaan tu...
aduhai kak..saya tak tahu nak komen apa....perasaan kita sama..suami saya juga sllu tak de...
Kak Zai...
sayu saya baca cerita akak..setiap isteri mesti mempunyai perasaan yang sama, merindui teman sekatil walaupun sekejap ditinggalkan...
p/s Saya pun suka lagu tu.. lagu zaman bercinta dulu2..he..he..
Salam ukhwah Kak Zai..tq sudi singgah blog ummi.
Alhamdulillah, perasaan rindu-rinduan suami isteri adalah anugerah Allah, tanda rumahtangga penuh mawaddah wa rahmah.
amboi romantiknya...
assalam zai..makin berusai macam kita ni..memang makin memerlukan pasangan ada disisi zai..ada kawan bercerita ..makan tengok tv kan zai
Jauh di mata dekat selalu di hti..syukur..tulah yg diharapkn jika brjauhn...aank pun caring..alhamdulillah
Post a Comment