Thursday, June 06, 2013

Fikiran terganggu....

Salam...

Apa nak masak untuk berbuka...hari tu dah buat kuih buah melaka. Kat rumah ada pisang, adik kata buat goreng dan kalau ada yang dah agak masak buat bubur. Bagus juga cadangan adik tambahan pula hari panas tentu sedap makan bubur pisang dicampur sedikit dengan sagu mata ikan.

Gambar kat bawah ini buah melaka yang saya dan Mimi buat tempohari.




Masa berfikir nak masak untuk berbuka petang ini dapat panggilan dari besan (mak menantu)... Dia baru dapat berita mengatakan adik iparnya sekeluarga ditimpa kemalangan jalan raya. Kemalangan berlaku di Termerloh semasa mereka nak datang ke Kl untuk menziarahi besan saya iaitu bapa kepada menantu yang kurang sihat. Menurutnya lagi hanya adik ipar dan anak bongsunya saja yang luka2 tapi yang lain parah dan seorang anak perempuan yang berumur 20 tahun meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahirojiun....Al-Fatihah buat yang meninggal. Semoga mereka sekeluarga tabah dan sabar menerima dugaan yang sangat berat untuk ditanggung.


11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Takziah pada keluarga mereka Kak Zai. Berat mata memandang dan sedih kita apa lagi mereka..

Petang ini Mak Zah kata pun nak buat pengat pisang + keledek + sagu mata ikan juga tau. Kita berbuka menu samalah nampak gayanya hari ini Kak Zai..

JunAina said...

A-Fatihah moga keluarga ini diberikan kekuatan untuk menempuhi ujian ini.

Acik Erna said...

Al fatihah..berat dugaan tu zai.semoga keluarga tabah

IndaMarya said...

alfatihah,moga Allah merahmati mereka..

Nieda Ramly said...

al fathah kepada mereka kak zai.
ajal maut di tangan tuhan. semoga mereka tabah

Nieda Ramly said...

al fathah kepada mereka kak zai.
ajal maut di tangan tuhan. semoga mereka tabah

Nieda Ramly said...

al fathah kepada mereka kak zai.
ajal maut di tangan tuhan. semoga mereka tabah

saniah said...

Takziah utk keluarga menantu kak zai....moga ruh nya dicucuri Allah...
Saya ni kuih melayu yg saya reti buat cuma buah melaka ja...hat lain tu agak fail...hahaa

sal said...

alFatihah..moga rohnya dicucuri rahmat

azi said...

Takziah buat mereka..Semoga Roh arwah dicucuri rahmat...amin.

p/s saya pengat pisang kurang sikit akak, tapi buah melaka memang kesukaan saya...:)

makchaq said...

Allah hu akhbar... Sampai ada yang meninggal.. Tentu teruk kemalangannya...

Semoga keluarga besan kakZai tabah menghadapi dugaan ni..

Sedapnya nampak buah melaka tu...