Friday, June 28, 2013

Famous Tempat Makan...

Salam...

Salam Jumaat buat semua rakan2................

Saya nak cerita tempat2 makan yang sempat saya singgah masa nak ke Johor tempohari. Dari KL terus masuk highway selatan keluar tol Batu Pahat. Singgah di medan selera sebab nak makan nasi briyani Mohd Shah yang terkenal di Batu Pahat. Saya ambik nasi briyani ayam, acar buah dan keropok. Harga boleh dikatakan murah berbanding kalau ditempat lain tapi kali ini rasanya kurang ummmp. Rasanya agak berbeza dari yang dimakan sebelum ini. Bukan saya seorang saja sebab bila  tengok orang lain pun banyak yang tak habis makan.


nama kedai
 
 periuk besar2

acar buah



Malam pula saya singgah di Restoren Singgah Selalu di Johor Baharu. Disini saya diberikan kuasa oleh anak lelaki untuk order sebab dia yang nak belanja. Saya order ikan steam nyonya, tomyam campur, daging blackpepper, tofu teppanyaki dan sayur kailan ikan masin. Otak2 pulak minta 2 bakul. Kalau makan kat sini adik tak mahu miss mee tomyam ayam.




Esok pagi kami breakfast dihotel aje. Biasalah kalau makan di hotel secara buffet. Makan macam2 tapi dalam kuantiti yang sedikit. Makan tengahari sekali lagi anak lelaki belanja, makan Nasi Arab. Lupa pulak nama restorennya. Saya pilih nasi khabsa tapi tidak sesedap Nasi Arab Saba. Selepas makan kami bertolak balik.

Masuk highway keluar pulak tol Air Keroh, Melaka sebab nak makan malam disebuah restoren yang terkenal dengan roti naan. Nama Restorennya Pak Putra yang terletak di Jalan Laksamana, Melaka berdekatan dengan Jonker Walk. Saya order roti cheese naan dengan ayam tandoori dan satu lagi chicken Hyderabad. Rasa chicken hyderabad memang sedap dan pedas memang berselera jika dimakan dengan roti. Kepada sesiapa yang ingin mencuba bolehlah singgah kalau datang ke Melaka. recommended...sedap gila...Saya rasa the best roti naan yang pernah saya makan.



roti naan

chicken tandoori

chicken hyderabad


Untuk pengetahuan yang ingin berkunjung ke restoren ini... di buka sebelah petang hingga ke pagi. Restorennya macam kedai mamak tapi kepunyaan orang Pakistan. Pengunjung ramai warga asing.

Maaf... gambar.diatas adalah ihsan dari google sebab semua gambar yang diambil ada pada anak, belum diberikan pada saya.




8 comments:

OKje said...

Pengembaraan yg penuh dengan makan makan... Bestnya

cikmanggis said...

hai rasa nak pi makan malam ni jugak hehe.Saya suka roti Naan Zai.Sihat sebab tiada minyak macam roti canai tu.Insyallah jika ke Melaka mesti nak try ni.

che mid said...

Tak pernah rasa chicken hydrebad tu.. ada kuah ke kak..

Anonymous said...

Salam Zai,

Bagus info ni. Manalah tau kalau terjejak kaki ke sana nantik, bolehlah cuba rasa.

Nampak sedap2 semua/

Kakzakie Purvit said...

Peserai tu kampung hubby kakak Kak Zai. Restoran Mohd Shah tu sekarang memang dah bukan owner dia yg buat tapi dah anak dan adik-beradik. Kalau yg dekat dgn bus stand Batu Pahat baru dia yg buat.

Yg di JB tempat kak zai makan semuanya tempat kakak selalu pergi juga hihi.. entah-entah masa kak zai makan di singgah selalu tu ada kakak juga sebab masa jerebu hari itu kakak ada makan juga di situ.

Nieda Ramly said...

dah puas shooping , makan2 pula ...

IndaMarya said...

syok gak ni...jln2 makan2..tengok ayam tanduri tu ish nmpak sedapnya..

azi said...

Kak Zai..
Saya teringin betul nak ke Restoran Singgah Selalu....selalu baca cerita aja..nampak sedap semua makanannya..

p/s Nasi beriani kat batu pahat tu, saya dah pergi...masa tu, rasa nasinya, ok lagi..:)