Salam...
Alhamdulillah semua rakyat M'sia yang layak mengundi tentu sudah melaksanakan tanggung jawab. Saya pergi mengundi selepas semua kerja sudah siap dan sudah makan tengahari. Pergi bersama hubby dan Mimi manakala anak lelaki pergi dengan isteri dia diawal pagi.
Sudah selesai saya menunggu didepan pagar sekolah manakala Mimi pergi ambik kereta yang diletakkan agak jauh. Sementara menunggu saya pandang sekeliling ramai orang macam2 warna ada. Ada bendera yang dikibar2kan dan ada macam2 kain yang dililit dibadan. Dalam ramai2 tu saya ternampak dan dengar seorang lelaki meluahkan perkataan yang tak berapa manis didengar. Sambil itu dia meludah2 dan saya dengar dia tujukan kepada beberapa orang cina yang tidak jauh dari tempat saya berdiri. Nasib baik cina tu diam aje sesekali memandang ke arah orang yang berhampiran dengan mereka.
Apa yang saya nampak dia memakai kain berwarna biru yang dililitkan dileher. Saya tak pasti parti apa yang disokongnya. Rasa malu sangat sebab seorang yang agak berumur dan beragama Islam bersikap sedemikian rupa. Walau apa pun parti yang disokong tak payahlah bersikap kurang manis di khalayak ramai. Cubalah bersikap professional tak kiralah parti apa pun yang penting orang yang jadi pemerintah dinegara kita nanti biarlah yang bertanggung jawab dan dapat melaksanakan yang terbaik untuk rakyat.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan negara kita aman sentiasa, Amin.
9 comments:
Assalamualaikum kak...
macam2 perangai dia orang ni..seolah2 tak de 'akal'...mngkin sbb terlalu taksub dgn sesebuah parti..sanggup maki hamun dan caci maki....
Assalamualaikum,
macam2 gaya yang ditunjukkan... macamlah orang lain tak de perasaan kan kak Zai..
Assalam Zai..saya pi mengundi diawal pagi kol 8 dah beratur
..orng pun tak ramai lagi..jadi tak nampak apa2 yang tidak sepatutnya
Salam Kak Zai..
mengundi kali ni puas saya beratur akak, lenguh jugak kaki..he..he...
Laaaaaaaa....sadis sekali.
calon yang menang kita pula yg tunjuk perangai
kadang2 tu tua jer tapi akai pendek...
betui apa kata sarah, kdg2 tua tpi akal pendek, kdg2 nk trgelak pun ada tengok..mcm2 perangai masa hari mengundi..
Apa yg hairannya Kak Zai YB-YB yg bertanding pun tak kisah tapi dia sekadar penyokong lebih-lebih pulak.. YB yg disokong pun malu kalau tahu macam itu sikapnya.
Memalukan...berumur tak semestinya ber akal....kaan?
Post a Comment