Wednesday, March 27, 2013

Tidak Ada Jual... Tidak Akan Sama....

Salam...

Seronok dapat menghadirkan diri pada majlis perkahwinan dua orang anak buah saya di Kemunting, Perak. Sebelum ini saya pernah masukkan dalam n3 tentang anak buah saya yang dihantar ke Lahad Datu. Syukur alhamdulillah empat hari sebelum majlis ali kembali ke Semenanjung atas kerjasama dari pegawai atasan. Majlis perkahwinan ali dan abangnya Fairuz berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Saya tak sempat ambik gambar sebab menjadi assistant kepada adik maksudnya tukang pegang handbag besar hehehe...nanti kalau dapat gambar akan saya masukkan.

Kali ini saya tak mahu cerita banyak tentang majlis kenduri tapi nak cerita tentang hati dan perasaan saya buat masa ini...sedih...hampa... dan... sedikit marah. Semalam menantu saya talipon minta tolong tengokkan cincinnya kalau ada kat dalam kereta. Katanya masa kami lepas makan kat R&R Tanjung Malim balik dari kenduri rumah adik dia buka kedua2 cincinnya dan masukkan dalam purse. Baru semalam dia teringat nak pakai tengok tidak ada didalam purse. Malam tu saya turunkan dia di perkarangan rumahnya sebab dia nak tidur dirumah mak dia. Kemungkinan cincin itu tidak masuk ke dalam purse tapi terjatuh diatas riba. Masa nak turun dari kereta mungkin cincin tu terjatuh ke atas jalan raya.

Puas saya mencari disetiap sudut kereta tapi tak jumpa. Susah hati sebab weekend ini suami dia akan balik. Buat masa ini anak saya masih bekerja di Johor manakala menantu masih tinggal dengan keluarganya tapi selalu balik ke rumah saya. Saya takut anak saya akan marah dan sudah semestinya dia rasa hampa. Bayangkan belum pun dua bulan mereka bernikah kedua2 cincin sudah hilang. Memang boleh beli lain untuk buat pengganti tapi tidak akan sama dengan cincin yang disarung sejurus selepas diijab kabul dan satu lagi cincin yang saya sendiri sarungkan selepas persetujuan kedua2 belah pihak. 

Hubby suruh saya bersabar mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Tapi hati ini agak  terkilan disebabkan kelalaian. Berkali2 saya mempersoalkan kenapa tak tunggu sampai rumah baru dibuka kalau pun tak berapa suka memakai barang kemas. Nak marah sungguh2 pun susah juga sebab baru jadi menantu nanti terkecil hati pulak tapi saya harap lain kali biarlah berhati2.

 Sebelum ini pun saya pernah nampak dia meletakkan gelang tangan diatas meja begitu saja. Apa salahnya kalau dimasukan dalam kotak atau dimasukan dalam almari. Cincin perkahwinan saya tetap ujud walaupun cincin itu tidak lagi saya pakai sebab tak muat. Ke mana saja akan saya bawa seolah2 cincin itu adalah sebahagian dari my hubby.

Harap2 sesiapa saja yang jumpa cincin itu dapat dikembalikan pada menantu saya tapi entahlah...........








11 comments:

saniah said...

Sabarlah kak zai.....ini pengajaran pd menantu next time jgn lalai lg....
Saya prnh kehilangan brg kemas jgk....rantai dan 2 utas gelang yg dibeli dgn sbhgn dr duit hantaran...

mmg seumur hidup sedih dan kesal sbb lalai yg mana perangai sy serupa menantu kak zai yg suka letak merata rata...dah puas mak saya leter kan perangai sy tu tp bila dah btl2 hilang....terus beringat sampai sekrg....sedih mmg tak pernah padam....:(

Kdg2 kita ni mmg selayak nya mndpt pengajaran yg keras begitu utk kita jd berubah mnjadi lbh baik kan....harap dia jgk beringat ya
Itu je nk cerita :-) panjang pulak...hehee

che mid said...

Salam, memang ada orang tak suka pakai barang kemas kak. Bila pakai sekejap je cepat-cepat nak tanggal. Rimas agaknya.. macam anak dara Che Mid si Farah tu,. belum sampai rumah, masih dalam kereta dah tanggal rantai, cincin.. memang cepat hilangla.. sampai sekarang, tak satu emas pun yang tinggal..

Unknown said...

Saya setuju apa yg berlaku ada hikmahnya tapi macam Kak Zai juga..kecuaian empunya diri menjadi punca.
Tapi jgnlah pula sampai dia dimarahi, saya rasa cukup dengan menasihati dia agar lebih cermat dan berhati-hati dgn barang berharga apatah lagi dgn barang2 yg ada sentimental value.

zulaikha megat said...

inshaAllah kalau ada rezki ada insan yang baik hati akan jumpa dan pulangkan balik..

ataupun memang dah bukan rezki dia kak zai..

Acik Erna said...

assalam zai.zaman kita dulu lain kot..cincin kawen acik pun masa ada sampai sekarang..tapi jari kelingking pun tak muat..macam tu la halusnya jari zaman dulu..harap2 ada rezeki untuk jumpa lagi zai..

Nieda Ramly said...

Mesti frust , macam kawan saya juga hilang cicncing kahwin dan tunang.tapi kes org curi bukan sebab lalai.

Irfa said...

KALAU SAYA JD AKAK PUN SAYA JD MARAH
PENAH SAYA BENGANG DGN PENUMPANG YG MARAH2 SURUH CARI CINCIN DIA DIS EAT DLM KAPAL..DALAM HATI SAYA TERCAKAP 'BESAR SGT KE CINCIN TU?AGAK2 ADA TAK BERAT DALAM SEKILO?PENERBANGAN X SAMPAI SEJAM YG KO NAK BUKA SEMUA BARANG KEMAS TU KENAPA?TAK SABAR,PASTU SALAH KAN ORG KALAU BRG X JUMPA'

harap2 barang itu dijumpai ;)

MulutPayau said...

Harap2 ada rezeki dan barang tu dijumpai semula....

Suria Amanda said...

salam...sayangnya dah tercicir..tp nak buat macam mana...dah nak jadi...

Kamariah Awang said...

YA Allah... sayangnya cincin kawen ke? Memang betul kata Zai, takkan sama walaupun serupa...

Nur-nba said...

Moga lepas ni dia lebih berhati2.. Kak Zai nasihatkan dia agar jangan cuai.. Moga dia ambil iktibar dari apa yang terjadi.. Memang terkilan tapi benda dah berlaku...