Salam...
N3 ini sepatutnya semalam saya tulis tapi tak sempat sebab saya pergi menziarahi kakak. Kalau ke rumah kakak mesti kena bawa buah tangan yang dibuat atau dimasak sendiri. Dia tak suka barang atau makanan yang dibeli maklumlah kakak tidak seperti dulu sihat dan boleh masak apa yang dia suka. Saya membawa kuih karipap inti sardin dan bubur kacang, suka sangat dia, makan pun banyak.
Berbalik pada apa yang saya nak tulis.... Semalam hari lahir anak buah saya yang ke 24, dia bertugas sebagai tentera di Perak. Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga saya memberi ucapan kepada sesiapa saja diantara keluarga yang menyambut hari lahir. Semalam saya cuma menghantar mesaj sebab nak cepat kalau talipon mesti berborak panjang. Tak lama dapat balasan...Doakan keselamatan ali (Fazli) ya... mama (panggilan saya buat semua anak buah). Terasa hairan... kenapa itu yang dibalasnya. Saya pun tunjukan pada Mimi mesaj yang dihantar... masa tu Mimi tengah berinternet...terus buka fb abang kepada ali (Fairuz) yang tinggal di Sarawak... bila Mimi dah baca apa yang ada di fb...nak tak hendak terpaksa memberitahu pada saya...dengan muka yang agak sedih dan muram...mama... ali dihantar ke Lahad Datu.....
Bila saya sudah tahu ceritanya terus talipon adik (mak ali) yang tinggal di Kemunting, Perak...Jawabnya... Ama pun baru pagi ini dapat tahu...cerita adik lagi...pukul 3 pagi tadi ali talipon ayah dia memberitahu pagi esok iaitu semalamlah dia akan di hantar ke Lahad Datu tapi pesannya jangan beritahu pada mak takut risau...Ayahnya tak sampai hati... bagi tahu juga akan pemergian ali. Menurutnya mereka nak semua sama2 berdoa untuk keselamatan ali disana.
Memang berat hati si ibu untuk melepaskan anaknya untuk pergi tepat pada hari kelahirannya. Tapi yang paling merunsingkan .. pada 24.3.2013 nanti adalah hari kenduri menyambut menantu buat Fazli dan abangnya Fairuz. Ke dua2nya telah pun melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas, seorang bulan Nov dan seorang lagi dibulan Dec 2012. Disebabkan kesuntukan cuti adik saya mengambil keputusan untuk membuat kenduri menyambut menantu buat kedua2nya pada awal cuti persekolahan nanti. Harapan supaya semuanya selamat dan apa yang dirancang berjalan dengan lancar. ..
Mama doakan semoga ali selamat disana dan cepat balik ke Semenanjung......
p/s; Pohon doa dari rakan2 semua semoga semuanya beroleh kembali sediakala........AMAN.............
Salah seorang ahli keluarga saya pernah terkorban dalam pertempuran beberapa tahun yang lampau...
11 comments:
assalam zai..semoga anak buah zai dan semua yang terlibat selamat.
acik uga turut berasa risau dari mula berita ni.semoga sabah kembali aman
Assalamualaikum kak Zai,
semoga Allah lindungi anak buah Kak Zai sepanjang dia berkhidmat di Sabah tu. Memang sedih kan dengar apa yg berlaku...
Ya Allah....lindungilah mereka...kuatkan semangat mereka...berilah ketabahan buat yg ditinggalkan..moga mereka pulang dengan selamat....amiiiiinn
Saya turut rasa risau...membaca post k.zai ni pun dah tergenang airmata...agaknya hati ibu2 ni sama kan...mcm cubit peha kanan..peha kiri turut rasa...
Harap kelurga kak zai bersabar ya
semoga semuanya akan berakhir dengan baik
semoga mereka semua selamat pergi dan selamat pulang
sya pun ramai kawan kawan yg berada disana ada juga kawan kawan yang ahli keluarganya sedang di kerahkan kesana
Ya Aloah lindungilah hamba2 Mu yang berjuang utk agama Mu..berikanlah mereka kekuatan.amiinn...y.r.a
Sungguh Kak Zai kakak rasa telah menjadi tanggungjawa semua untuk mendoakan semua yg terlibat dalam proses mengembalikan keamanan di Lahad Datu.
Ya..Allah semoga semuanya berakhir dengan selamat. Rasa sedih sangat bila ikut perkembangan apa yg sedang berlaku kat sana sekarang. Yg takde hubung kait ni pun cemas, apatah lagi keluarga terdekat.
semoga ali selamat hendaknya dan semua yg berada di sana mendapat perindungan dariNya. Amin.
semoga ali selamat hendaknya dan semua yg berada di sana mendapat perindungan dariNya. Amin.
semoga ali selamat hendaknya dan semua yg berada di sana mendapat perindungan dariNya. Amin.
semoga semuanya selamat..insya Allah
Post a Comment