Tuesday, March 05, 2013

Redha..........

Salam...

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada rakan2 semua yang mendoakan keselamatan anak buah saya ali dan juga buat semua yang berjuang di Sabah.


Akhirnya..........PERANG.....................

Air mata tak berhenti bila dapat berita terkini dari anak kakak meminta kami semua melakukan solat hajat. Peristiwa lampau yang mengorbankan ahli keluarga saya datang kembali dikotak fikiran....Masing2 menyuarakan kerisauan yang tidak terhingga. Apa yang dapat dilakukan cuma berdoa semoga semuanya selamat dan berakhir dengan baik. Pohon dari semua tolong doakan keselamatan anak buah saya dan juga yang berjuang di Sabah.

Dari semalam hati ini tidak tenteram bukan saja apa yang berlaku di Sabah tapi satu lagi dugaan buat kami sekeluarga. Pagi semalam anak sulung kakak yang bertugas sebagai guru masuk wad. Agak lama dia merasa sakit dibahagian lutut dan punggung. Menurutnya bertambah sakit kalau dia melakukan solat. Biasalah kalau sakit2 selalunya hanya merujuk pada doktor diklinik. Disebabkan sudah terlalu sakit dia ke hospital untuk rawatan. Tanpa disedari rupanya penyakit yang dihidapi agak serius. Doktor mendapati nanah dibahagian tersebut. Saya tak mahu komen banyak2 biarlah doktor melakukan kajian dulu lagi pun saya amat takut untuk tahu apa yang akan dikatakan doktor.

YA ALLAH..hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan dan apa saja dugaan yang Kau berikan kami redha.


Disebabkan hari ini jatuh pada hari kelahiran adik saya terpaksa juga menulis dalam satu N3 walaupun hati ini hanya Allah yang tahu betapa risau dan sedihnya.

Adik genap berumur 17 tahun, tak ada jamuan dan sebagainya cuma malam minggu yang lalu saya bawa makan nasi arab di Kampong Baru, terlupa pulak nama restorennya.  Awal bulan saya sudah berikan sebuah handphone baru sebagai hadiah.

 SELAMAT HARI JADI.... buat adik...Siti Syalini Ashley semoga panjang umur dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yang baik dan yang lebih penting menjadi anak solehah yang boleh membanggakan mama dan baba...Amin.









Terima kasih buat semua rakan2 blogger dan juga yang sudi singgah diblog saya.


8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Happy birthday adik!! Sama usia dgn anak auntie yg sulung tapi dia April. Moga doa mama/baba menjadi kenyataan.

Moga semua yg berjuang (mempertahankan tanahair dan juga diuji dgn kesihatan)mendapat redha Allah Kak Zai. Sama-sama kita bedoa.

lemongrass said...

Happy birthday yg ke 17 adik!
Semoga sentiasa menjadi anak kebanggaan ibubapa and family.
Sedih kan bila dengar perang ni, especially kat negara sendiri.
Semoga semua yg terlibar pulang dengan selamat.

azi said...

Salam kak Zai..
Happy birthday buat adik. Semoga menjadi anak yang baik buat mama dan baba ye...:)

p/s.. semoga anak buah akak dan semua anggota keselamatan kita yang bertugas di sabah akan diberi perlindungan oleh Allah selalu. Insyaallah akak, anak buah akak akan balik dengan selamat.

saniah said...

Happy birthday dik....moga success selalu :)
Sama2 lah kita berdoa utk perajurit yg bertugas di sana....ya kak zai
Moga semuanya dilindungi Allah hendaknya...

Anonymous said...

Salam Zai,

Mudah2an Allah jauhkan dari segala yang tidak diingni ke atas anak buah zai dan pejuang2 kita yang lain.

Begitulah dengan kesihatan anak Zai, semoga segera semboh.

Selamat menyambut hari lahir untuk adik Siti Syalini Ashley. Semoga menjadikan anak yang dibanggakan ibubapa.

Nieda Ramly said...

happy birthday adik. bestnya dapat tpon baru dr mama.

Semoga semua yg berada di sana selamat insyaallah.Demi utk negara.

NEKCIK said...

belated happy besday semuga bjaya cemerlang di dunia dan akhirat..insyaa allah..

Ibu Lala said...

Happy bday adik. Moga panjang umo, murah rezeki dan sihat selalu. Syoknye dapat adiah henpon baru ye.

Dan yang berjuang di sabah, moga sentiasa dilindungi dan di dalam peliharaannya.