Salam ceria buat semua rakan2 blogger....semoga apa yang kita lakukan hari ini diberkati oleh Allah SWT...
Mereka bukan anak saya...mereka bukan ahli keluarga saya...Mereka cuma sebangsa dengan saya...mereka cuma seagama dengan saya dan yang paling indahnya mereka senegara dengan saya...Mereka memperjuangkan keamanan negara dan sanggup mengorbankan jiwa dan raga.
Gugur...ya mereka gugur...demi keamanan...
Menyaksikan sebuah kapal terbang... mungkin biasa buat saya dan rakan2 semua...tapi ianya amat berbeza dari pandangan saya...sebabnya...disitu ada dua jenazah yang diterbangkan khas dari negeri Sabah. Saya saksikan situasi yang amat menyayat hati dan sangat2 menyentuh perasaan di MHI di TV3 pagi ini. Mungkin bagi orang2 yang tiada kaitan atau tidak pernah mengalami situasi sebegini tidak akan tahu betapa sakit dan pedihnya hati ahli keluarga yang kehilangan... hancur... remuk dan macam2 lagi. Tapi itulah ketentuan...terpaksa redha kerana itu sudah dalam perjanjian kita dengan Allah swt. Setiap yang hidup pasti akan mati cuma caranya mungkin agak berbeza.
Ramai yang memberikan tanda penghormatan kali terakhir buat dua orang anggota tentera kita yang terkorban semalam. Usia yang begitu mentah dan mereka dipilih untuk menemui penciptaNya dengan cara yang terhormat. Kematian mereka disambut orang2 kenamaan, rakan2 seperjuangan. Selepas kapal terbang yang membawa jenazah nanti sampai dikampung halaman akan disambut pula oleh ahli keluarga dan orang2 yang disayangi.
Perginya seorang perwira disanjung segenap lapisan...jenazah diiringi oleh pembesar2 sampai ke tanah perkuburan. Berterabur mereka2 yang memakai pakaian seragam untuk menyaksikan jasad untuk disemadikan. Mudah2an mereka termasuk dalam orang2 yang terpilih...iaitu orang2 yang mati syahid, Amin...In Shaa Allah.
Buat kedua2 perwira...Al-Fatihah...dan buat kedua2 keluarga... salam takziah dari saya dan seluruh umat Islam khasnya dan rakyat Malaysia...
Semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman...Amin.
p/s : Mudah2an adik saudara saya juga tergolong dalam orang2 yang mati syahid.
Maaf... emosi sedikit.
Gambar ihsan dari google...terima kasih.
12 comments:
alfatihah...
alfatihah...
moga Allah rahmati roh mereka..Amin.
AlFatihah
Al fatihah
Al fatihah
Al fatihah
alfatihah ...
alfatihah utk mereka perwira negara
masih belum selesai kisah di LAHAD DATU..saya setiap hari juga mengikuti kisah mereka
smoga yg di tinggal diberi extra ketabahan menghadapi kehilangan
Saya yg baca berita ttg pemergian mrk tanpa disedari mengalir air mata. Rasa sebak & berat didada wlapun takde pertalian apa2 melainkan saudara seagama. Semoga mrk2 yg gugur dimedan perang mendpt tempat sebaik- baik tempat disisiNYA. Amenn ya rabbal a'lamin.
alfatihah.
Alfatihah untuk semua perwira negara yang gugur ..semoga roh mereka dcucuri rahmat...amin
Post a Comment