Tuesday, February 26, 2013

Susah Buat....Sedap......

Salam...

Salam buat semua yang sudi singgah dan juga yang sudi meninggalkan jejak di N3 saya. Terima kasih juga buat semua rakan2 blogger terutamanya...Sue@Nenie, makchaq, Nieda Ramly, sal, saniah, Acik Erna, IndahMaya, ibuintan, azi, Kamariah Awang dan Azieazah....sayang kamu semua....

...................................

Hari ini nak cerita berkaitan dengan kenduri lagi harap2 jangan ada yang jemu dan muntah  hehehe...Zaman sekarang kalau kita pergi kenduri selain ada nasi dan lauk pauk ada juga disediakan manisan seperti bubur atau jelly dan juga buah2an. Selain itu ada juga yang menyediakan bermacam2 kuih muih.

Satu lagi seingat saya kalau pergi kenduri kendara disebelah Melaka pasti tak tinggal desert yang mereka sediakan iaitu tapai. Selalunya tapai dibungkus dengan daun pisang atau daun keladi sebagaimana cara arwah mak saya dulu tapi sekarang tapai dibungkus dengan daun getah. Ia kelihatan unik bila dibungkus dalam daun getah yang bertangkai.

Selain tapai satu lagi menu adalah acar buah tapi tidak semua orang dapat menyediakannya. Ada juga acar tapi selalu dipanggil jelatah. Saya pernah pergi kenduri yang menyediakan acar buah tapi dalam quantiti yang sedikit. Rupa2nya baru saya tahu acar buah agak mahal untuk membuatnya, ini adalah kerana harga buah2an yang diperlukan untuk membuat acar buah agak mahal.

Tapai dan acar buah adalah dua makanan yang saya cari kalau pergi kenduri dimana saja. Bukan saja makanan kegemaran saya tapi juga buat hubby dan anak2. Kalau adik dapat acar buah tak payah lauk lain itu sudah mencukupi dia makan dengan nasi dan dia akan makan bertambah.

Masa majlis anak saya tempohari saya dapat tapai sponser dari sahabat saya Ani dan acar buah pula dari adik yang tinggal di kemunting Perak. Terima kasih daun keladi....

Syukur Alhamdulillah................


tapai dalam daun pisang

tapai dalam daun getah

acar buah ditabur bijan

buah prune banyak lagi sedap

Semua gambar diatas adalah ihsan dari google. Yang saya punya tak sempat nak ambik gambar licin tinggal bekas.....kihkihkih.....





9 comments:

azi said...

Salam akak..
sayapun suka acar buah..memang sedap kalau makan dengan nasi. Emak saya kalau bulan puasa ,suka buat untuk makan waktu sahur tapi betul cakap akak, mahal sikit kosnya sebab buah-buahnya tu mahal...

p/s akak bertuah tau dapat tajaan dari adik akak untuk acar dan tapai pulut tu dari kawan akak...semoga murah lagi reseki merekakan...

Kakzakie Purvit said...

Acar buah tahan lama Kak Zai. Kalau nak buat majlis awal-awal dah boleh siapkan dulu. Memang mahal. Kakak suka. Makan dgn nasi putih pun sedap.. tak ada bijan pun tak apa.

Jarang nampak tapai daun getah kan..

Acik Erna said...

assalam zai..samalah kita cukup suka tapai dan acarbuah

saniah said...

Ada org kata tapai daun getah ada di jual di pasar tani di stadium shah alam...tapi kena pegi cepat...kejap je habis...saja nk bgtau kak zai...wekend ni blh kak zai pegi kan?
Acar buah mmg sedap kan..mmg sama la sy pun akan cari itu dulu kat kenduri...lauk tu je pun dah cukup...:-)

Nieda Ramly said...

suka mkn acar buah. nak pula yg bercolorful mcm dlm gambar . semua ada

lady lavender said...

Sedaaapp tapai...kat tpt saya tapai selalu ada raya :)

sal said...

saya pun suka makan tapai...sedap dan manis...

sekadar satu coretan said...

Saya suka mkn tapai...sedapppnya kakzai tapai tuu...

ibuintan said...

acar buah mahal sebab buahnya pun dah mahal. Suka sangat. Memang betul makan dengan nasi putih pun sedap.

Tapai pulak dah tak makan, dah muak makan sejak kecil sebab arwah abah dulu selalu sangat buat tapai