Cerita Sabah lagi....
Kalau pergi ke Kota Kinabalu tidak sah kalau tak pergi shopping terutamanya bagi perempuan yang sukakan assesori. Ada beberapa tempat shopping salah satunya Pasar Filipina. Pasar ini juga dikenali sebagai Pasar Kraftangan. Ia terletak sepanjang jalan Tun Fuad Stephen. Kebanyakan peniaganya adalah orang Filipina dan disini terdapat banyak mutira. Rantai, gelang, cincin dan macam2 lagi semuanya berunsurkan mutiara.
juga dipanggil Pasar Filipina
banyak terdapat dihadapan pasar
perhatikan dalam plastik tu ada sea horse kering
ikan tuna
ikan yang dah dibakar pun ada dijual
Selain Pasar Filipina terdapat satu lagi tempat membeli belah iaitu Gaya Street juga dipanggil Sunday Market. Kemungkinan ianya beroperasi hanya hari Ahad. Rasanya pasar dia sama macam yang ada kat Shah Alam sebab kebanyakkan peniaga menjual di bawah khemah yang dipasang disepanjang jalan. Pada saya barang2 yang dijual disini jauh lebih murah berbanding diPasar Filipina walaupun dah minta harga yang paling murah. Barang2 yang dijual disini juga sama macam yang dijual di Pasar Filipina.
tempatnya terdedah...muka pun dah berminyak
mutiara
garu kepala... apa nak beli
macam2 warna ada
handsome kan... buat dari kelapa
rozel...rugi tak beli
Peniaga tu kata boleh buat jus rasa dia sama macam ribena. Cuma rebus setelah biji kat dalam dibuang kemudian tapis.
Satu lagi tempat membeli belah jalan nak ke Kundasang. Tempatnya dipanggil Pekan Nabalu. Kalau sesiapa nak membeli t-shirt yang ada gambar chop lambang2, disinilah tempatnya sebab harga dia jauh lebih murah dari tempat shopping diatas.
Lambang yang ada kat shopping area
pintu masuk
Maaf...banyak gambar tak dapat diambil masa kat shopping place sebab sibuk dengan tawar menawar hehehe...
bersambung...
12 comments:
bila start membeli dah lupa nak pukul gambar hhahaha.
assalam zai..baru baca pun dah teruja..kalau sampai sana..tak tau la zai..teringin pulak nak tengok sendiri perhiasan dari mutiara tu
Saya belum pernah ke Sabah, tapi selalu baca pasal Pasar Filipina ni. Kalu ada rezeki, saya pun nak singgah situ juga.
Rozel tu pernah beberapa kali saya minum jusnya. Sedap.
Banyak ker Kak Zai borong mutiara?
Kak Zai tak beli mutiara tu ke? Rambang mata mestinya anak dara kak zai ye:).
Rozel rumah bapak kakak banyak kakzai. Tapi ikan tu nampak bersih betul.
Nieda ramly
Asyik sangat dengan memilih dan tawar menawar sampaikan lupa nak ambik gambar mutiara dan sebagainya hehehe...
Acik Erna
Salam Erna...Kalau perempuan mesti tergoda dengan perhiasa kan tambah lagi harganya jauh lebih murah dari Semenanjung.
azieazah
Kalau azie ke sana lebih baik shopping kat sunday market sebab harga barangan lebih murah.Kat pasar Filipina tu window shopping aje.
Kak Zai silap tak beli rozel tu.
Kakzakie
Adalah juga kak Zai beli...harga dia murah dari harga kat Semenanjung.
Tentu selalu kakzakie buat jus kan.
Salam Akak..
mesti akak banyak borong mutiara dengan makanan laut keringkan. kalau pi Sabah tak beli Ikan kering keropok dengan udang kering besar kupas kulit memang tak sahkan...:)
azi
Salam azi... kak Zai ada beli tapi taklah banyak sangat, beli untuk sahabat,jiran dan kawan2 anak.
jauh berjalan,luas pandangan...
tentu bnyk shopping
eringin pulak nak tengok sendiri perhiasan dari mutiara tu ..Obat Asam Urat
Post a Comment