Terima kasih buat semua, masih sudi singgah diblog saya dan ada yang meninggalkan comment, semoga semuanya sihat dan gembira disamping keluarga.
Cuti sekolah akan bermula dah tentu ramai ibubapa yang merancang untuk membawa anak2 bercuti. Ke mana agaknya hendak pergi bercuti. Yang nak pergi ke luar negara dah tentu booking tiket dari awal lagi kan. Bagi yang holiday dalam negara pun apa kurang seronoknya, cuma kalau boleh janganlah hujan sebab susah sikit nak berjalan.
InsyaAllah dengan izinNya minggu depan saya juga akan pergi bercuti bersama anak2 tapi tak jauh. Bugget tak cukup untuk melancong ke luar negara tapi saya tetap bersyukur. Kalau diberikan pilihan saya teringin sangat nak melancong ke 3 buah negara yang dah lama saya impikan iaitu Turkey, Eygpt dan Switzeland. Tak tahulah bila akan merasa sebab perbelanjaan ke sana agak tinggi. Mudah2an kalau dipanjangkan umur manalah tahu kalau semua anak2 sudah bekerja ada peluang untuk menjijakkan kaki ke 3 buah negara itu, syukur alhamdulillah, amin...
Kita tinggalkan dulu cerita holiday....nak cerita pulak apa yang saya masak....Saya selalu tengok blog Acik Erna masak makanan yang saya suka dan ada yang belum pernah saya makan. Salah satunya nasi impit goreng, selalunya kalau makan nasi impit gandinganya dah tentu kuah lontong atau kuah kacang tapi Acik Erna buat nasi impit goreng. Bila dah cuba rasa sedaplah pulak sama macam kita makan nasi impit dengan rendang ayam. Kebetulan bahan yang saya campurkan adalah daging ayam. Saya rasa tentu rakan2 dah biasa masak kan tapi bagi yang belum tak salah mencuba. Sedap...saya suka.....
nasi impit goreng
14 comments:
Masa hari raya haji lepas baki nasi impit kakak pun kakak buat nasi goreng Kak Zai. Tapi sebab terpedas anak kakak tak nak. Kakak dgn abang yg habiskan.
Tengok Kak Zai punya teringin nak buat lagi:)
Emmm...nampak sedap, belum pernah mencuba..okey jugak kan kalau buat breakfast.
sedapnyer makan dengan kuah kacang.. hehe..
asalam zai..insyaallah acik pun akan bercuti..sama2 la kita berdoa semoga dipermudahkan dan selamat pergi dan balik ye zai
saya pun teringin nak ke switzeland. tapi poket belum mengizinkan.
kakzakie
Kak Zai baru pertama kali buat tak sangka sedap pulak. Kalau anak2 kak Zai suka makanan yang pedas2 hehehe...
Norhaizan Hakim
Kena cuba...nanti tentu nak buat lagi.
mummy alisha
Salam...terima kasih sudi singgah.
Selalunya kalau nasi impit mesti lawannya kuah kacang tapi kalau digoreng ianya berbeza.
Acik Erna
Salam Erna...InsyaAllah semoga percutian berjalan lancar dan menyeronokkan.
Nieda
InsyaAllah jika ada rezeki dan izinNya kita dapat ke sana.
Selalu nampak resepi ni, tapi belum pernah cuba buat... insya-Allah akan dicuba juga bila sampai waktunya.....he he he hh
Nasi himpit goreng tu, bukan lontong goreng ke, Zai?
sedap nasi empet goreng ni,kan..
mula2 saya tak terbayang apb rakan2 membuat ni..tapi apb dah buat dan habis makanan itu, barulah saya tau rupanya sedap..
wah. sedapnya nasi impit goreng. tak pernah rasa. terliur nengok. hehe. nak2 pekena ngan kuah kacang
Post a Comment