Sambungan cerita percutian....
Kalau sesiapa melalui jalan ke Tamparuli dan Ranau mesti/wajib singgah di satu tempat. Jauhnya lebih kurang 35 kilometer dari Kota Kinabalu (kalau tak silap) akan terjumpa sebuah rumah yang unik. Kemungkinan tidak ada di Asia tapi mungkin ada di negara barat. Rumah ini kepunyaan Alexander Yee. Uniknya rumah ini disebabkan posisinya yang terbalik.
Rumah terbalik ini terletak di Tamparuli disalah satu daerah yang juga terkenal dengan jambatan gantungnya. Kalau sesiapa masih ingat dengan Marsha Milan Londoh peserta AF3 pernah menyanyikan lagu Jambatan Tamparuli. Saya tak singgah di jambatan itu cuma lalu saja sebab mengejar masa untuk ke beberapa tempat yang perlu dilawati.
Masuk ke rumah terbalik ini dikenakan bayaran sebanyak rm10 setiap seorang, hanya boleh bergambar diluar sahaja. Tidak sesekali dibenarkan mengambil gambar didalam rumah. Itulah sayangnya kalau tidak bolehlah saya tunjukan bagaimana perabot dan apa saja yang ada didalam rumah ini terbalik, termasuk tandas , sungguh unik...
pintu masuk
bumbung rumah arah bawah
basikal pun terbalik
kereta kancil juga terbalik
p/s; Dalam tandas yang ada kat luar pun ada taman.
Bersambung...
6 comments:
lain dr yang lain.
rm 10 ...mahalnya utk hanya masuk nak tengok.
Best nya dpt melawat merata tmpt...kami dulu hanya di kwsan sekitar kundasang dan plg jauh ke ldg sabah tea....ni nak pegi lg si abah dah tak larat nk drive ke sana :(
Sabah mmg cantik kann
Akak...tak pening ke tengok rumah terbalik tu?....saya yg.tengok ni pun rasa pening...he..he...tapi itulah tarikan pelancongkan...
Rumah terbalik...hebat tu..dgn tandas seegalapun terbalik...rugikan tak leh amik gambar...kalau tak bileh tgk keadaan mcmkan....
assalam zai..memang betul2 terbalik ye..tak pernah sampai zai..
rumah terbalik? wah menarik..mmber ade jugak pegi sabah..tapi blum berkesempatan lagi..
Kundasang ni tempat shooting drama Dejavu di Kinabalu kan..best2..
Post a Comment