Tuesday, November 27, 2012

Last n3 Sabah...

Salam...

Nak tunjuk makanan yang saya jumpa semasa bercuti di Kota Kinabalu, Sabah...kuih yambok orang Sabah panggil, rasa dia macam kuih cakoi tapi bentuknya bulat. Ada juga yang berinti kacang merah, kelapa dan coklat tapi saya lebih suka yang kosong.

 kuih yambok

Kalau di  Klebang, Melaka fames dengan coconut shake tapi di Jalan Sulaman, KK terdapat gerai  yang menjual puding kelapa. Kalau sesiapa pergi jangan terkejut sebab gerai dia agak daif sikit mungkin kalau kat sini saya tak masuk tapi sebab terkenal dengan makanan yang tak pernah jumpa pejam mata ajelah. Rasa puding kelapa ini  macam dadih dalam kelapa muda dan disejukan dalam bekas simpanan air batu. Lagi sedap kalau dimakan masa cuaca panas. Kat gerai ini juga ada jual lokan bakar tapi yang paling sedap sos dia, manis, masam dan masin serba lengkaplah.


puding kelapa


lokan bakar


Gambar kat bawah ini pula barang untuk diri sendiri, ada juga belikan untuk sahabat dan jiran. Dah sampai rumah baru rasa menyesal tak beli brooch lebih untuk diri sendiri. Gelang pun beli satu aje. Ada beli brooch lebih tapi dah niat nak bagi kat kawan2 dan jiran. Tak rasa nak beli mutiara set (rantai & gelang) sebab sebelum ini adik dan anak buah yang pernah bercuti ke Sabah pernah belikan, satu set mutiaranya warna hitam dan satu set lagi warna hijau.


brooch & pin mutiara

brooch...warna silver

gelang mutiara

Tak dapat sama warna dengan brooch

fridge magnet & key chain


Ini pula kuih cincin...saya beli 5 paket. Rasa dia manis, rangup macam keropok memang sedap. Mulanya tak nak beli tapi  peniaga tu kata kalau orang datang KK mesti beli. Kalau tahu rasa dia sedap tentu beli lebih .Bila dalam flight masa nak balik nampak orang makan.


kuih cincin




Beli ikan kering nak diagihkan pada kawan2 dan jiran...ikan bilis, udang kering, sotong kering, ikan kurau masin dan ikan terubuk masin. Ikan terubuk masin fames kat Sarawak tapi kat Sabah pun ada jual. Ikan kurau tu agak mahal rm40 sebelah, bukan seekor ya itu pun setelah puas tawar menawar.


terubuk masin

ikan kurau


sebelah ikan saja



Ada juga pergi ke tempat lain tapi tak ambik banyak gambar sebab saya cuma jalan2 seperti Center point shopping mall, 1Borneo hypermall dan beberapa tempat lain lagi.


Rasanya itu saja cerita Sabah ...Kalau sesiapa yang nak pergi ke sana bolehlah dijadikan serba sedikit panduan....

Tamat....
 

12 comments:

sekadar satu coretan said...

Saya suka kuih cincin tuu..sedapkan...
Pernah sekali jer memjejakkan kaki ke sabah tu kak zai...ada rezeki nk jgk pergi lagi...

Kakzakie Purvit said...

Kak Zai.. nasib baik bukan kuih nyamuk hihi...

Cantiknya gelang mutiara Kak Zai. Kakak terpikat juga tengok. Ikan masin dia pun bersih betul. eh... keychain dan FM mesti Kak Zai beli banyak ye.

Granny Hani said...

saya pernah makan kuih cincin tu..sedap.

Nieda Ramly said...

Terasa rindu dgn kuih cincin pula. mmg sedap. bila mkan krup krap krup krap

Acik Erna said...

assalam zai....kuih cincin tu memang sedap..saya biasa gak makan..kawan2 yang pergi sana belikan

MulutPayau said...

pernah makan kuih cincin tu..memang sedap..

azi said...

akak..saya cukup suka kuih cincin tu, sepupu duduk sabah, kalau cuti dia balik, saya mesti kirim dia belikan....

Nida n' Hanafi said...

Salam Kak Zai...

Lama sunghuh Nida tak menyinggah sini.

Banyak sungguh barangan dagangan yg diberli ye..hehe. Pelik sungguh nama kuih tu :)

azieazah said...

Saya dah lama tingin nak pegi Sabah, tapi belum ada peluang lagi. Kuih cincin tu memang sedap, saya pernah makan. Lemak rangup. Enak, kan?
Cantiknya brooch mutiara tu semua.

sal said...

bnyk juga makanan yg berbeza istilah dan rasa di sana....happy holiday..

makchaq said...

Makchaq suka puding kelapa..

kasih ibu jua said...

sedap kueh cincin tu sya suka
sya pernah belikan enpakwe butang baju melayu batu mutiara tp entah mana dia menyimpan sampai sekarang tak jumpa