Saturday, November 24, 2012

Jalan2 Lagi...

Salam...

Lok Kawi wildlife macam zoo tapi tak banyak binatang. Tiket masuk ke sini rm10 seorang dan kalau nak naik kereta api dikenakan lagi rm2 seorang. Rasa tak berbaloi sebab kawasan nak dilawati kecik aje cuma show dia aje yang agak menghiburkan. Didalam zoo ini ada gajah, beruang, harimau, monyet, ostrich, hornbil dan ada beberapa lagi binatang yang saya tak ingat.









Lepas melawat Lok Kawi Wildlife saya ke Klias (Beaufort) untuk melawat Monkey Bangkatan atau orang Sabah panggil Bayau. Ia sejenis monyet yang berhidung lebar dan panjang. Sayangnya saya tak berani naik boat untuk menyusuri sungai disebab kan ada banyak buaya. Menurut pengusaha yang menjalankan cruise itu buaya disini tidak mengganggu. Bagi yang berani bolehlah tengok bayau ini banyak berkeliaran dalam hutan ditepi sungai.

Kalau nak sewa boat kecil muatan 5 orang dikenakan rm350 dan kalau datang ramai2 boleh ambik boat besar rm75 seorang. Boleh menyusuri sungai lebih kurang 1 jam kemudian balik ke jeti dan disediakan makan kemudian pergi balik boleh menengok klip-klip pulak. Saya mengambil keputusan hanya berjalan2 ditepi jeti sahaja.


ada banyak pengusaha cruise

Bayau...ini gambar google


Sempat juga melawat dan solat kat dua buah masjid, satu Masjid Bandaraya, masjidnya terapung diatas air macam masjid di Terengganu dan satu lagi Masjid Sembulan.


masjid bandaraya (terapong)

depan masjid

masjid sembulan


Melawat Memorial Park, perjalanan lebih kurang 2 jam dari Kota Kinabalu, berdekatan dengan Kundasang. Memorial Park ini adalah kubur banduan Australian dan British yang mati di Sandakan semasa perang dunia ke 11. Ada beberapa garden didalamnya, Australian garden, British garden, Borneo garden dan ada kolam. Tiket nak masuk ke sini hanya rm 2 seorang.


pintu masuk










Bersambung....


15 comments:

Acik Erna said...

assalam zai..seronok betul dapat melhiat gambar yang cantik ni..kalau nak sampai dan tengok sendiri takl tau bila la zai

azi said...

Salam kak zai..
Akak...mesti akak terujakan dapat tengok monyet yang popular tu...cute aja muka dia akan...

terima kasih akak sudi kongsi gambar..boleh le saya menjamu mata...:)

Nieda Ramly said...

mula2 baca mcm langkawi ...bestnya kak zai bercuti baru balik sabah dah pergi langkawi .bila perati betul2 Lok kawi . lepas tu senyum sorang2.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...In Shaa Allah jika ada rezeki dan dengan izinNya pasti boleh pergi.Sekarang ada tambang murah book awal2.

Zaitun said...

azi

Kak Zai tak dapat tengok monyet bayau yang besar cuma tengok yang kecik kat Lok Kawi Wildlife.

Zaitun said...

Nieda ramly

Bunyi sebutan macam Langkawi kan...
tapi ini mini zoo tak jauh dari KK.

azieazah said...

Setahu saya, Lok Kawi ni kem askar. Selalu dok dengar dalam radio dulu.
Cantik tempatnya, ya? Dan Kak zai pun pandai ambil gambar. Semua menarik dan cantik.

makchaq said...

Makchaq masa ke Sabah hujung tahun lepas tak banyak tempat yg dapat pi, sebabnya makchaq hanya bertiga ngan Nafisah & Khadijah saja, anak2 lain x dpt ikut, pakchaq pun tak dpt ikut w/pun tiket dah beli (cuti kena cancel, bos nak melawat dan nak buat meetin)
Dia burn tiket asal, beli tiket lain, konon nak pi lambat 2 hari, lepas bos balik, alih2 bos pulak bos dia tukaq plan, lewatkan meeting hari yg dia jangka nak bertolak lambat sikit tu...
Memang tak dak rezeki kami, dah la burn 2 tiket pegi & 1 tiket balik.. Dah la tiket MAS tu mahal...


suri solehah said...

Cantiknya pemandangan kt sana kak...teringin suri nk merasa ke sabah ni...tp bila lah nk ada rezeki tu....

cikmanggis said...

macam Cm pulak pergi melancung bila baca tulisan Zai ni...seronok..jangan lupa sambung ya..eh bab bab air dan buaya mmg kita takut la Zai...Bila lihat gambar gambar yang Zai letak ni rasa terpanggil panggil nak melawat Sabah hehe.

Zaitun said...

azieazah

Memang betul azie ramai askar dari Semenanjung bertugas disana.

Kalau ada camera canggih kak Zai rasa gambarnya lagi menarik.

Zaitun said...

makchaq

Saya pergi ke sana naik Air Asia aje kalau naik Mas memanglah tiketnya mahal.Sayang kan,rasa macam buang duit aje.

Bukan rezeki mungkin ada hikmahnya kan makchaq.

Zaitun said...

suri solehah

Pemandangan disana memang cantik,udara pun nyaman.In Shaa Allah ada kelapangan tentu suri dapat pergi.

Zaitun said...

cikmanggis

Rasanya jiwa cm sama macam jiwa saya,suka pemandangan yang cantik, tenang, udara yang nyaman dan banyak tempat yang membuat kita teruja.
Kalau ke pasar boleh tengok ikan besar2 dan fresh tapi sayang tak dapat nak bawa balik.

Cuti sekolah masih panjang cm masih boleh ke sana atau booking untuk cuti sekolah tahun depan.

Kasih Salina said...

assalamualaikum kak..bestnya cuti2 malaysia ke sabah. suka tengok gambar2 ni. pernah sampai ke Sabah tp tak pergi kundasang..teringin nak ke kundasang tu..