Salam...
Selepas melawat Rumah Terbalik saya sekeluarga ke Kundasang. Cantik sungguh pemandangan disini tapi disebabkan kabus yang terlalu tebal Gunung Kinabalu tak dapat dilihat sepenuhnya. Udara disini pun sangat sejuk. Kalau diSemenanjung bolehlah disamakan macam cuaca di Cameron Highland. Banyak sayur2 dijual ditepi jalan. Kat sini juga banyak resort untuk penginapan kalau sesiapa yang berhajat untuk bermalam.
Signboard ini terletak ditepi jalan untuk laluan mendaki ke Gunung Kinabalu.
Kundasang
belakang kabus ini puncak Gunung Kinabalu
Kalau pergi ke Kundasang boleh singgah kat Intan's Restoren, disini terkenal dengan sup tulang dimakan dengan nasi putih dan jangan lupa juga makan chicken wing yang memang sedap rasanya.
sedap makan sup panas2
chicken wing...dagingnya sangat lembut
Bersambung...
28 comments:
salam Zai..inilah tempat yang ingin sangat saya nak bercuti tetapi blom kesampaian lagi....
assalam zai..seronok baca dan dengar cerita kundasang ni..gambar pun cantik zai
Tergoda bila tengok chicken wing tu.. Cantik pemandangan kat sini.. Nur belum pernah jejakkan kaki ke Sabah..
Kak Zai dah sampai ke Kundasang ye... di sinilah saban tahun kami singgah dalam perjalanan pergi ke Kota Kinabalu... mesti isi perut di restoran tu, sup dan sayap panggang tu memang tak tinggal... balik dari KK singgah lagi beli sayur pulak... dan tak tinggal jambangan ros untuk dibawa pulang. Memang Gunung Kinabalu sekejap ada sekejap tak ada sebab dilindungi kabus tebal...
cikmanggis
Salam cm...Bila ada kesempatan bolehlah pergi,pemandangan disini sangat cantik dan udaranya pula sejuk dan nyaman.
Acik Erna
Salam Erna...Kundasang memang tempat yang cantik untuk dilawati.Jika ada rezeki lagi nanti saya nak menginap pula,nak tengok pemandangan waktu malam.
Nur-nba
Selalu juga kak Zai makan chicken wing tapi disini rasanya lebih sedap dan dagingnya pula sangat lembut.
Sangat cantik kalau Nur ada kelapangan bolehlah pergi.
Amie
Kak Zai suka sup dia tapi tak tahan dengan sambal dia yang tersangat pedas.
Bunga2 berkembangan ditepi jalan seolah2 macam musim bunga kat luar negara.
Sup dengan nasik putih dan chicken wing memang sinonim dengan KK. Chicken dikebanyakkan tempat di Kk memang agak sedap.. Dulu la.. Sekarang dak lama tak makan pun...
sedapnya chicken wing tu..
kundasang mmg best . sejuk dan mendamaikan.
alahaiii bestnye. akak pun teringin nak jejak kaki kesana. cantik pemandangan kat situ
Aduuui, lamanya ma cuti.... Tapi cuti ziarah blog... Hehehe... Tapi Zai jangan bimbang, habis semua n3 Zai ma sapu malam ni.... Dah baca semua...! Keh3. Seronoknya orang bercuti ke Kundasang yer...?!
Selalu saya baca lepas sornag sorang blogger yang pergi bercuti ke Sabah dan singgah Kundasang. Saya dah pasang hajat juga, suatu hari nak melawat Kundasang juga...!
saya dah pergi 2 thun lepas..memang best kat sana...sejuk dan mndamaikan..
Terkenang2 gi sabah dua tahun lepas... Bestkan kak cuaca sejuk2 gitu...
Sebab kakak dah tertinggal kena baca dari yg pat 1 Kak Zai. Seronok pulak rasanya mengikuti cerita kak Zai makan angin di sana.
Apa lagi sekarang musim tengkujuh tambah sejuklah Kak Zai.
makchak
Cuaca sejuk membuatkan nasi dan sup sedap sangat.Chicken wingnya pun kak Zai rasa lebih sedap,mungkin masa tu dah lapar....
norh
Kalau dah lapar semua pun jadi sedap hehehe...
Nieda
Nyaman sesangat kan...tentu Nieda dah pernah pergi.
MAMASYAZA
Cantik dan damai,jika ada kelapangan bolehlah pergi.
Kamariah Awang
Ma...ada banyak lagi n3 untuk Sabah...bukan saja percutiannya seronok tapi kagum dengan kebesaran Allah swt.
SubhanAllah...cantiknya...
azieazah
Kalau azie ada kesempatan bolehlah bawa anak2 ke sana... memang indah tak terkata...hanya dengan pancaindera yang kita miliki yang boleh menilainya.
MulutPayau
Alhamdulillah MP dah sampai dulu dari kak Zai.Cantik kan...
JunAina
Cuaca sejuk dan pemandangan cantik,sungguh mendamaikan....
sy pun teringin sgt nak ke sana, tak dapat daki pandang gunung Kinabalu pun jadilah... sy suka pemandangan yg begini.. hijau, berkabus, sejuk
Kakzakie
Sabah...negeri yang tenang dan damai...cuaca bertambah sejuk dengan adanya hujan tapi tidak menghalang untuk kak Zai meronda2...hehehe...
ibuintan
Kak Zai rasa sesiapa juga yang datang ke sini memang kagum apa lagi kalau melihat gunung dan pemandangan yang sangat cantik.
Post a Comment