Tuesday, October 23, 2012

Tersalah Kira...Tapi Seronok

Salam...

Salam sejahtera buat rakan2 blogger yang saya sayangi semoga semuanya sihat dan gembira. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Korban dan mungkin ada rakan2 yang sibuk membuat persiapan. Mungkin terlalu awal tapi dari saya buat semua rakan2 dan juga semua umat Islam, Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Terima kasih buat yang sudi singgah dan meninggalkan comment. Menurut sal, cik Na, azieazah, Kamariah Awang, PINATBATE dan azi, mereka dah lama tak pergi ke PD. Saya cadangkan cuti sekolah nanti bolehlah bawa anak2 berkelah ke sana. Mamawana, MulutPayau dan Nieda kata bestnya berpicnik ke PD, manakala Acik Erna kata rumahnya tak jauh dari tempat makan yang saya cerita kan, dah tentu rumah Acik Erna juga tak jauh dari pantai kan. Cik Na pun pernah ada gathering kat PD tapi tak dapat pergi katanya, anak2 azieazah pula lebih suka mandi kat sungai berbanding laut. Tiga tahun lepas anak2 Kamariah Awang juga pernah buat family gathering kat PD, PINATBATE pula bercadang nak pergi masa cuti sekolah nanti. Meriah kalau pergi dengan keluarga tapi lebih elok bermalam disana, bolehlah anak2 puas mandi manda.

................................................


Ahad semalam saya sekeluarga ke Melaka, bawa anak buah hubby yang dah lama tak ke sana. Kesian pulak mak dan ayah dah tak ada, anak bongsu kepada arwah kakak hubby. Siapa lagi yang nak melayan kalau bukan mak dan bapa saudara. Walaupun adik beradik yang lain ada tapi mereka agak sibuk dengan keluarga masing2. Dulu masa arwah maknya masih hidup pernah berpesan kepada saya supaya menjaga anak2nya kalau dia dah tak ada nanti. Jadi dah rasa tanggung jawab kami kalau ada keperluan yang mereka perlukan.


bandar melaka


Kami terus ke bandar Melaka sebab dah tengahari, singgah dimenara Taming Sari, Maritime Museum lepas tu kami mencari tempat makan. Disebabkan hari panas malas nak mencari tempat yang jauh kami makan dikawasan yang berdekatan saja walaupun asalnya kami bercadang nak makan di Restoren Ikan Bakar Malim.


menara taming sari

maritime museum

Saya memilih makan berhidang, ayam goreng kampung, ketam masak lemak, asam pedas daging tetel, asam pedas ikan pari, gulai daging salai, kepah goreng dan beberapa lagi lauk lain menjadi pilihan. Restorennya agak sempit, pekerjanya agak kelam kabut mungkin sebab terlalu ramai pelanggan. Satu yang saya perhatikan kat restoren ini belum habis kita order dia dah ambik order orang lain, terpaksalah menunggu dan order berulang kali. Air minuman pun lambat sampai, nak habis makan baru datang. Lepas habis makan kami cepat2 beredar sebab terlalu ramai orang. Kami ke Melaka Prade untuk solat dan jalan2, dapat sehelai blouse, sempat juga tu hehehe...

Masa dalam kereta hubby tanya saya berapa bil kami makan tadi, saya pun bagitau membuatkan muka hubby berkerut seribu. Boleh agak kan kalau dah biasa makan kat luar. Katanya makan kat Umbai pun tak semahal itu, lagi banyak hidangan yang dipilih. Hubby tanya lagi ada mintak bil ke? saya jawab ada dan keluarkan dari handbag. Jarang saya mintak bil kalau kami makan direstoren tapi kali ini saya minta sebab harga makanan macam tak munasabah.

Bila hubby suruh cek baru saya perasan ada yang tak betul, harga makanan yang ditulis diulang 2 kali. Kami pun pergi semula ke restoren tadi dan tunjukkan bil yang tak betul. Taukeh restoren minta maaf atas kesilapan dan memulangkan kembali duit yang tersalah kira. Lega sikit hati sebab dapat semula duit yang agak banyak, nak tahu berapa?...hampir sebelah tangan. Boleh bayar bil kalau nak makan menu goreng2 sekali lagi hehehe.... Pelajaran buat saya lain kali kalau makan kat mana2 kena ambik bil dan make sure cek sebelum beredar. Sebelum balik ke KL kami singgah makan mee soto kat Mydin Mall dan lepas itu kami meneruskan perjalanan balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 10.30 malam.

Perjalanan cuma sehari tapi anak2 gembira.....itu yang penting.

 Gambar dari ihsan google




18 comments:

JunAina said...

Kadang2 nak marah pun tak kena. Orang dah ramai mereka pun kalang kabut melayan. Management tak bagus.

Pergi Melaka best tapi kalau hujung minggu jem sangat.

makchaq said...

Bukan nak berkira, tapi makchaq ada jugak check bil bila harga mahal sangat.

Makchaq suka jalan2, tapi bila balik terasa penatnya, pastu poket pun kempis...

azieazah said...

Adakah bil makan tu mencecah RM500? wooooo takutnya kalu dlm tangan tak cukup cash

azi said...

Salam Kak Zai..
seronok saya membaca cerita akak...bagus anak-anak saudara akak dapat ibu dan bapa saudara yang prihatin macam akak berdua, semoga Allah akan memurahkan lagi rezeki akak sekeluarga....

p/s..banyak jugakkan duit yang tersalah kira tu, nasib baik akak tengok balik, kalau tak , rugi aje...pengajaran dari cerita akak, lepas ni saya nak ambil bil dan semak semula sebab kadang-kadang saya pun terkena macam akak...

Zaitun said...

JunAina

Kena banyak bersabar kalau tidak mesti ada yang terkasar bahasa.

Jem sangat2...

Zaitun said...

makchak

Kak Zai jarang chek tapi sebab rasa tak munasabah.

Kalau dah berjalan mesti keluar duit,terutamanya minyak kereta, duit tol dan duit makan.

Zaitun said...

azi

Salam azi...Kak Zai agak rapat dengan arwah maknya itulah sebab kak Zai ingat pesannya.

Kadang2 kita terlepas pandang,ingat semuanya betul.

Zaitun said...

azieazah

Taklah sampai RM500 tapi ratus jugalah.

saniah said...

Lalai betul cashier tu kan..harap2 takde customer lain yg terkena..kesian
Nasib baik k.zai sempat sedar :)

MulutPayau said...

nasib baik kak zai cek dulu....saya kurang berhati2 bab mcm ni..lain kali kena cek jugaklah...thnks kak zai atas prrkongsian ni, boleh dijadikan pengajaran...

sal said...

Kadangkala terkena begini, saya pun pernah.....klu ambil bil dulu, kita dpt check list apa yang menyebabkan harganya tinggi...apa2pun happy jalan2 dengan famly..sesempatan bersama keluarga dimanfaatkan dlam cuti2 begini...

Acik Erna said...

Assalam zai.selalunya en.suami bila nak bayar dia rasa mahal masa tu jugak dia minta tengok bil dan mintsk kira semula.banyak kali jugak terkena.bukan kedai makan je.pernah 3 kali kena di tesco.satu bungkus biskut ysng harga 1.40 jadi 13.90.nasib baik memag suka tengok bil.boleh dapat balik duit

Acik Erna said...

Assalam zai.selalunya en.suami bila nak bayar dia rasa mahal masa tu jugak dia minta tengok bil dan mintsk kira semula.banyak kali jugak terkena.bukan kedai makan je.pernah 3 kali kena di tesco.satu bungkus biskut ysng harga 1.40 jadi 13.90.nasib baik memag suka tengok bil.boleh dapat balik duit

Acik Erna said...

Assalam zai.selalunya en.suami bila nak bayar dia rasa mahal masa tu jugak dia minta tengok bil dan mintsk kira semula.banyak kali jugak terkena.bukan kedai makan je.pernah 3 kali kena di tesco.satu bungkus biskut ysng harga 1.40 jadi 13.90.nasib baik memag suka tengok bil.boleh dapat balik duit

Acik Erna said...

Assalam zai.selalunya en.suami bila nak bayar dia rasa mahal masa tu jugak dia minta tengok bil dan mintsk kira semula.banyak kali jugak terkena.bukan kedai makan je.pernah 3 kali kena di tesco.satu bungkus biskut ysng harga 1.40 jadi 13.90.nasib baik memag suka tengok bil.boleh dapat balik duit

Nieda said...

memang kat Melaka , bila makan luar kena berhati2. Kami pun dah terkena. Tambah2 pula kita orang luar.

Kamariah Awang said...

Agak sangsilah, Zai... Beberapa hari lepas, ma pi makan kt restoren pun cam tu jugak. Bayar duit seratus, tapi dibaliknya seolah2 duit tu lima puluh... Kena pergi lagi kedai tu sebab bukan sikit2 duit tu kurang. Lain kali harus hati2....

ibuintan said...

selamat hari raya Kak Zai... moga sihat, lama saya tak berkunjung ke mari


betul kakZai... kalau tak sepadan harganya memang patut kita berkira