Wednesday, October 10, 2012

Beransur Pulih

Salam...

Apa khabar semua? Terima kasih buat semua rakan2 blogger saya yang sudi singgah khasnya buat yang meninggalkan comment. Mungkin ramai ibu2 yang sibuk dengan anak2 yang menghadapi peperiksaan PMR. Semoga semua calon2 PMR dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan juga mendapat keputusan yang cemerlang.

.......................................


Alhamdulillah saya sudah beransur sihat dan bertenaga sedikit. Dua hari tumbang, mulanya muntah-muntah dan pada ke esokkan harinya pula sakit perut. Mungkin saya salah makan tapi sebelum ini tak pernah terjadi macam ini. Siangnya saya makan ubi rebus dengan kelapa lepas itu dengan sambal tumis. kemungkinan makanan yang saya makan bercampur manis dan pedas.

Pada malamnya saya sudah mula muntah berkali2. Hubby nak bawa ke hospital tapi saya menolak. Esoknya muntah dah berhenti tapi perut pulak bergelodak. Seharian saya mengerang kesakitan. Alahmdulillah sekarang dah mula sihat tapi badan masih lemah.Selera makan pun langsung tak ada. Perut memang terasa lapar tapi tak berselera. Semalam hubby belikan porrigde kat M&D, kurang sedap tapi paksa juga makan untuk dapatkan tenaga. Harap selepas ini kena jaga makan, dah rasa fobia.

9 comments:

pB said...

lepas ni kena lebih berhati-hati ...

Deru Ombak said...

As Salam Zai..

Alhamdulillah dah sehat.. Akak pun demam dah kebah, tinggal batuk x mau hilang lagi..

Akak pun mkn bubur McD.. Anak2 hantar msg bising pulak, katanya bubur McD banyak sodium glutamate ..

Kakya jawab: xpe! Sedap.. :)

saniah said...

Dah sihat ke kak zai?... Kena food poisioning mmg mnyakitkan kan...sy dah serik dan skrg mmg brhati hati nk mkn..
Harap kak zai cepat sembuh..n kena makan jgak sikit pun nnt takde tenaga...mkn roti pun ok
Take care :-)

lemongrass said...

Salam Kak Zai,
kesiannya baca Kak Zai kena muntah2 and sakit perut.Hopefully dah makin bertambah ok sekarang.
take care ye!

Nieda said...

perut kak zai tak tahan dgn ubi kut . berangin.

Kamariah Awang said...

Alhamdulillah...kalau dah kembali sihat. Biasanya ma dengar ubi kayu tak boleh dimakan dalam masa yang dekat dengan obat2an farmasi... Boleh jadi macam keracunan. Cuba Zai ingat2 semula.

azieazah said...

Mak saya selalu sebut ‘isi perut berlawan’ kalu jadi kes macam Kak Zai tu. Syukur sudah beransur pulih. Apapun elok tu makan bubur, untuk tenaga.

azi said...

salam Akak..
Semoga akak cepat sembuh ye..banyakkan rehat...

p/s mungkin faktor umur kita kot akak, sayapun sekarang ni dah tak boleh makan pedas dan masam sangat dah...kalau makan, esoknya asyik mengulang ke tandas aje...sedangkan dulu...ok aje..

Acik Erna said...

assalam zai..cepat sembuh ye zai..