Wednesday, September 26, 2012

Tolong Doakan...TQ...

Salam...

Semoga semua rakan2 blogger saya sihat dan bahagia...Terima kasih buat rakan2 yang singgah kat blog saya dan juga yang meninggalkan comment...thanks alot...

Nieda ada buat n3 mengajak sesiapa yang berminat ke Vietnam...menarik sebab tak pernah pergi. Harga Rm 1600 bersih termasuk tiket dan penginapan. Sesiapa yang berminat cuma bawa duit untuk shopping. Masaalahnya saya sudah ada perancangan untuk ke Sabah bulan November ini, tiket pun telah ditempah. Dalam dilema sebab percutian dalam masa yang terdekat. Kalau saya pergi seorang dah tentu hubby tak akan bagi dan kalau nak angkut rakyat jelata perbelanjaannya tentu berganda. Mana nak cari bank yang boleh bagi  $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$.

..................................................


Hari ini dan esok Mimi akan menghadapi final exam, insyaAllah selepas ini kalau tak ada halangan dia sudah boleh meninggalkan Uni yang telah dihuninya selama 5 tahun. Dia akan menghadapi satu lagi fasa yang dipanggil chambering selama 9 bulan, selepas lulus baru dia boleh menjawat jawatan yang dipanggil peguam. Masih banyak waktu yang terpaksa ditempoh untuk bergelar jawatan yang dicita2kanya sejak sekian lama. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar, insyaAllah...Amin.

Mama doakan semoga akak lakukan yang terbaik dan mama percaya you can do .......good luck my dear.


p/s;  Nepo (kucing saya) dah keluar dari wad...alhamdulillah.

12 comments:

Anonymous said...

Semoga Mimi berjaya dan menjadi seorang peguam yang baik.

Bestnya dapat jalan-jalankan Zai.

Zaitun said...

Kunang Kunang

Salam kak ani...Amin, terima kasih atas doa.

InsyaAllah kalau tak ada halangan,dekat2 aje.

che mid said...

Alhamdulillah, selamat berjalan-jalan lah ya..bertambah gembira bila anak pun dah habis belajar..

Nieda said...

Terima kasih pd kak zai yg selitkan entry saya ke Vietnam.
Doakan yg baik2 utk mimi.

saniah said...

Saya pun sama mndoakan yg terbaik utk mimi ....dah berjaya nnt jgn lupa makayah yee ;-)
All the best to mimi

Kakzakie Purvit said...

1. Wah.. dah merancang ke Sabah ye Kak Zai. Jgn lupa beli FM bebanyak:)

2. Insya-Allah Mimi akan berjaya berkat usaha dan doa org tersayang

3. Kucing Kak Zai dah macam baby kena jaga rapi:)

JunAina said...

kak Zai...doa mak mustajab! Aina doakan Mimi tenang dan dapat buat yang terbaik.

Bulan July dulu Aina gi Vietnam gamble je kak. Pandai2 redah je...hehehee...

Unknown said...

semoga mimi berjaya.

azieazah said...

Alhamdulillah, dah tahun akhir dah Mimi ya. Semoga terus cemerlang dan membanggakan ibuayah..

Anak saya baru jer tinggalkan ni, dan baru 3 minggu dapat kerja.

Rasa lega sikit hati saya.

Acik Erna said...

Assalam Zai..semoga mimi berjaya dengan cemerlang

Kamariah Awang said...

Insya Allah.. semoga berjaya peguam muda! Amiin...

sal said...

moga tercapai impian dan harapan.InsyaAllah