Buat rakan2 blogger yang saya kasihi ...terima kasih buat yang sudi singgah dan meninggalkan comment. Buat Kunang-Kunang, che mid, Nieda, saniah, kakzakie, JunAina, Norhaizan hakim, azieazah, Acik Erna, Kamariah Awang, dan sal terima kasih sekali lagi atas doa yang kalian titipkan untuk Mimi.
................................................
rambutan
duku langsat
pisang nangka dan berangan
Bila pisang dah masak baru boleh buka plastiknya sebab ada ubat
Semua barang kat atas ini adalah buah tangan dari encik Daud. Dia datang mengikut pekerja hubby yang balik dari Terengganu. Encik Daud tinggal dirumah saya selama 3 hari. Kami bawa dia jalan2 ke KLCC, KLIA, Putrajaya, Sunway Pyramid, Shah Alam. Kami bawa juga dia makan kat restoren arab dan beberapa restoren yang lain.
Seronok sanggt dia dan katanya walaupun dia hanya tinggal beberapa hari aje tapi jadualnya cukup padat, banyak tempat yang dia dapat pergi dan macam2 yang dia dapat makan. Alhamdulillah dia gembira membuatkan kami juga gembira dan kami amat berbesar hati sebab beliau sudi datang. Menurutnya sudah agak lama dia tidak datang ke Kl dan banyak sunggh perubahan. Saya menyarankan jika dia datang dilain masa suruh dia bawa isterinya supaya saya boleh bawa ke tempat shopping yang mungkin dia juga suka. Hubby juga berjanji jika mereka datang nanti nak bawa pula ke Singapura sebab mereka tak pernah pergi. Malam tadi kami menghantarnya ke Station Putra untuk balik ke Terengganu.
Semoga persahabatan ini kekal selamanya......
9 comments:
Masya-Allah Kak Zai. Ukuhwah yg ikhlas terjalin dan nampak bukan setakat di mata tapi juga di hati.
Org berbudi kita berbahasa. Fresh betul buah-buah tu Kak Zai. Tempat kakak tak adalah rambutan masa ini.
Kakzakie
Alhamdulillah...mudah2an biarlah berpanjangan.
Setiap kali hubby ke sana mesti ada barang yang dibekalkan,macam2.Kadang2 sampai rasa segan sebab terlalu banyak.
Moga persahabatan kekal selamanya..InsyaAllah
Alhamdulillah... semoga persahabatan dan silaturrahim berpanjangan. Tetamu itu adalah rezeki meskipun tanpa buahtangan....
assalam zai..seronoknya bila da tetamu datang dan dapat pula dibawak jalan2 dan menggembirakan hati tetamu
Murah rezeki tuan rumah bila ada tamu bertandang. Seronok juga bertukar buah tangan. Persahabatan itu tidak dinilai dengan material...
Salam Kak Zai...
Seronok saya baca cerita akak...semoga persahabatan akak dengan keluarga En.Daud akan berkekalan selamanya....
p/s..sekali orang buat baik dengan kita, seribu kali kita boleh membalasnya kan akak.....:)
Assalamualaikum kak zai....
Seronoknya bila tetamu datang...semoga persahabatn itu terus berkekalan...
suka buah buahan.
Post a Comment