Tuesday, September 11, 2012

Di Sebalik Hampa Ada Keriangan

Salam...

First nak ucapkan ribuan terima kasih atas simpati khasnya buat Lady Lavender, Kamariah Awang, Kasihibu, duniafana, azi, makchaq, saniah, azieazah, acik Erna dan Nur-nba. Saya dah cuba berhubung dengannya sebelum ini tapi katanya dia telah pun menggunting semua kain yang dihantar. Saya sedia maklum memang sebelum ini pun dah jadi style dia menggunting kain sebanyak mungkin supaya dia senang untuk menjahit. Saya ada juga bertanya kat tempat lain tapi masaalahnya tak diterima kain yang telah dipotong sebab kalau ada masaalah berlaku tak mahu dipersalahkan. Jadinya saya terpaksa akur untuk menerima bila saja baju itu siap walaupun mengambil masa yang agak lama.


Kita lupakan dulu cerita baju.....

Bunga yang kat bawah ini adalah bunga raya yang diberi tealady masa saya ke Terengganu tempohari. Pokoknya dah mula hidup dan mengeluarkan bunga yang dahannya masa dipotong dah ada kuntum. Hari2 saya siram dengan air beras membuatkan pokoknya tidak layu langsung. Dahan yang dikerat2 saya jadikan 2 pasu.


bunga raya putih




Yang kat bawah ini pula buah durian bangkok kiriman dari cik Daud, kebetulan ada kenalan di Terengganu yang nak datang ke Kl, dia pun mengirimkan 2 biji durian yang agak besar saiznya. Menurutnya lagi buah durian itu kena simpan 3 atau 4 hari baru boleh dimakan. Terima kasih banyak2 dan syukur dengan rezeki yang dianugerahkan.



 durian bangkok

13 comments:

Acik Erna said...

Assalam zai..alhamdulillah..ada rezeki buah durian..
cantik bunga raya putih tu zai..tangan sejuk orang kata..cucuk je hidup siap berbunga lagi

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum.. salam kenal ye.. :)

wahhh.. yang durian tu tak tahan tengok tu.. nanti buka nak tengok isi dia plak.. sure terbaekk...

pB said...

durian ...

lamanya tak makan duriannnn

Kakzakie Purvit said...

Bunga raya putih kakak pun ada kak zai. Kalau dah berbunga dia tak berhenti tak macam pokok orkid liatnya...

Durian!! bestnya kakak teringin pulak kak zai :)

azieazah said...

Jangan difikirkan sangat Kak Zai. Lagi difikir tu yang tension. Biarlah yang telah lepas tu.

Wahh hebat la bunga raya tuh. Baru dahan dan daun sikit camtuh pun dah boleh berbunga.

Durian! Durian! Ohhh bau sampai sini laaar! heheheheh

kurus said...

cantik bunga raya putih tuu kak
saya jarang nampak bunga macam tu :)
wahh duriann !

saniah said...

Tgu je lah ya k.zai...:-) klau siap blh pakai raya haji nnt
Tangan k.zai mmg sejuk la kan...pokok hidup subur di tgn k.zai..suka tgk bunga putih tu
Sy prnh tanam bnga raya dulu tp hampa sbb selalu kena ulat putih tu..hama ke nama nya?

Sy mmg hantu durian!!!! Sedappp :-)

Kamariah Awang said...

Eiiii, cantiknya bunga raya tu... Untuk pengetahuan Zai, ma peminat bunga raya tau. Ada hati juga nak tanam seberapa banyak spesis dengan warna yang berlainan, tapi tak kesampaian lagi. Hihi..

lady lavender said...

tak semua org tanam bunga 'menjadi'. K.zai ni mesti jenis 'tangan sejuk' tanam apa pun menjadi aje :-)

p/s: durian sedaaappp!- mode terliur hehee..

* Nak request k.zai buang word verification boleh?? Hehee..susah la nak tinggal komen bila ada WV ni :-)

cikmanggis said...

salam zai..maaf lah lama tak singgah ke "rumah " zai ni..semoga Zai sihat sihat selalu.

Tangan zai ni "sejuk" pokok senang hidup :)..dah lama tak makan durian siam ni..isinya pasti sangat tebal.Puas hati kan?

azi said...

Salam Kak Zai..
tangan akak memang sejuk le...tanam apapun menjadi....saya kena belajar dengan akak cara nak tanam bunga ni...:)

Deru Ombak said...

Salam Zai..

Cantik bunga Raya putih tu.. Kakya belum Ada lagi ni..

Durian Bangkok yang lemak berkrim.. :)

Nieda said...

sejuk tangan kak zai, semua ditanam menjadi.