Saturday, September 22, 2012

Baby Baru....

Salam...

Saya ada baby baru untuk dijaga, wajahnya comel, punya dua colour, hitam dan putih, ekornya pendek dan sedikit kembang. Saya suka walaupun pada awalnya saya menolak takut kalau saya keluar tak ada orang nak jaga, saya jenis yang suka berjalan. Kalau berjalan balik hari boleh lagi tapi kalau bermalam kenalah sewakan dia hotel (animal nursery). Bukan sebab tak sayang tapi terlalu sayang takut hilang entah ke mana.

Sebenarnya saya dah malas nak menjaga sebarang pets sebab setiap kali saya dah sayang mesti ada sesuatu yang terjadi samada hilang atau pun mati. Kalau dah jadi begini saya akan menangis berhari2. Pernah dulu saya membela seekor kucing yang saya panggil Tom mati dilanggar hubby. Saya jumpa dia kat hospital masa nak buat rawatan anak, dia duduk kat bawah kereta, masa tu kecik lagi.

Saya bawa balik dan jaga dengan penuh kasih sayang. Bila dah besar bulunya sangat gebu dan cantik. Satu perangai dia suka sangat bermain kat bawah kereta terutamnya kat tayar. Satu pagi hubby dapat panggilan telepon terus start engine dan reverse, si abang menjerit, saya pun pergi ke muka pintu. Saya nampak dia berlari ke arah saya terus terbaring dan mengeluarkan najis. Tanpa berlengah saya masukkan ke dalan sangkar terus masuk dalam kereta dan bawa dia ke klinik. Dengan air mata yang berjurai2 minta doktor tolong selamatkan dia, tapi doktor tu kata dia bukan doktor haiwan. Disebabkan kesian bila tengok saya menangis doktor tu terus  merawat. Sayangnya Tom pergi juga buat selama2nya. Saya menangis berhari2 dan selepas itu saya tak nak menjaga sebarang kucing lagi.

Ini dia baby baru saya...............









Anak kucing ini hubby bawa dari tempat kerja dan belum lagi bagi nama  Nak tanya anak2 dulu apa nama yang sesuai. Hubby bagi nama dia Nepo sebab sebelum ini dia dijaga pekerja Nepal. Sesuai tak?


6 comments:

azieazah said...

Kak ZAI,
saya tak pernah bela pets, malah kucing pun saya tak gemar nak bela. Tapi saya suka tengok, sebab ia comel. Jadi bila Kak Zai menangis sedih sebab kucing dulu mati, saya cuba memahami. Kasih sayang yang terjalin.

Nama NEPO? hmmm ok gak senang disebut. Tapi kalu panggil DOT lagi best. Sebab tompok dia macam PolkaDot. hehehe

saniah said...

Comel nya...dan mmg mngoda btl la..mata dia tu..sesaja je goda org minta syg kann
Sy mmg tak pandai reka nama pets..suka dan syg kan kucing tp kucing2 kat rmh semua hubby yg bg nama...hehee nama anak pun dia yg bg
Anyway...nepo pun ok jaa...cute la ekor dia :-)

cikmanggis said...

alahai comelnya tapi saya hanya suka tengok tetapi tak suka bela hehe.

Acik Erna said...

assalam zai..comel..dulu arwah baak ada kucing warna macam ni..orang dulu2 tak de nama lain dah..tompok je la yang dipanggilnya he he

ibundo said...

kpah ni malas dah nak bela kucing. tapi anak bawak juga balik kucing. Yang datang tak diundang pun ada.mmm.. nak buek camno.

Lawa mucing tu zai..

Kamariah Awang said...

Lembutnya hati Zai yer... Gitulah kalau dah jatuh sayang...