Thursday, August 09, 2012

Semak Samun...

Salam...

Tak sampai 2 minggu lagi kita akan menyambut kedatangan hari besar, iaitu Hari Raya Aidil Fitri. Tentu ramai yang dah buat persiapan terutamanya kuit muih, mencantikkan rumah, dan macam2 lagi. Tapi saya tengah berperang besar dengan otak, siapa yang boleh bantu untuk kemaskan laman saya. Dah panggil dan berjanji dengan orang Indon tapi tak muncul2, orang bangla pulak tak nampak batang hidungnya di bulan Ramadhan ini. Nampaknya terpaksa jugalah mengharapkan simpati dari orang seberang yang sekarang ini dah pandai demanding. Kalau dulu kita suruh aje terus datang tak berkira sangat tapi sekarang banyak peraturan. Bayaran pula nak tinggi macamlah kerja yang diorang lakukan itu macam buat bangunan yang bertingkat2.

Sejak saya tak boleh buat kerja2 berat beginilah jadinya laman saya, tak berurus, harapkan siram dan kadang2 di baja itu pun jarang2. Nak harapkan hubby terlalu sibuk dengan kerja, adik pulak tak suka buat kerja2 kebun...hai nasiblah....Sayang kalau dibiarkan mati, dah banyak saya berbelanja kat pokok2 ini, beli tanah, beli pasu, beli pokok2, beli baja dan ubat serangga. Dari dulu saya memang minat dengan pokok2 tapi anak2 tak ada yang mengikut, bila kita minta tolong mereka kata mama tak payah susahkan diri, sedekah aje kat orang....Bagi saya macamana besar dan cantik pun rumah kalau tak ada pokok rumah macam tak berseri.

Ini pokok2 yang ada kat dalam pagar rumah saya, terbiar macam nak mati aje. Dekat luar pagar pun ada banyak.


kurang baja

kurang berbunga



kerja adik... getah paip berselirat, katanya senang nak guna tak payah nak lilit

planter box jadi semak samun dengan rumput




Kawasan luar pagar bersihlah sikit sebab orang yang potong rumput selalu datang, cuma pokok2 saja yang tidak dikemas kini.

Tolong sayaaa.................................




8 comments:

JunAina said...

Kak Zai...org seberang diberi muka nak peha, berlebih2 pulak.

Banyak pokok2 kak zai. Kalau halam banyak pokok mesti cantik tambahan pula bila sudah berbunga.

Kakzakie Purvit said...

Kakak tengok gambar yg atas tu oklah kak zai cuma yg last aje kena buat sikit...

Kakak macam kak zai suka pokok bunga cuma rumah kakak kecik so tak ada ruang banyak boleh tanam. kadang kakak pun tak terbela bila setiap hujung minggu pergi ziarah bapak dan anak-anak..

Zaitun said...

JunAina

Salam June...selamat berpuasa.

Dia orang dah semakin cerdik...

Cantik kalau dijaga dengan baik,kalau tidak jadi hutan dan tempat nyamuk bersarang hehehe...

Zaitun said...

Kakzakie

Seronok tengok pokok2 hidup subur tambahan pula kalau musim berbunga terasa macam kat luar negara aje.Ada pokok yang baunya wangi bila berbunga.

sal said...

masih segar bugar lagi pokok tu..
sebenarnya seronok tengok pokok2 tu yee..terasa tenang dan damai

Nieda said...

suka lihat daun pegaga besar tu ,cantik buat hiasan . dlm rmh pun ok.

MulutPayau said...

Bnyaknya pokok bunga rumah kak zai...masih subur dan segar bugar lagi tu....bunga kat umah saya bnyak yg dah mati...tuannya agak malas skrang ni...

Acik Erna said...

salam zai..banyaknya pokok..rajin zai dulu kan..boleh menenangkan hati bila membelek pokok2 ni..harap2 ada la yang dapat membantu zai