Tuesday, August 07, 2012

Merayau........

Salam...

Semalam ke Chow kit sebab hubby nak membeli barang untuk penambahan di surau berdekatan dengan rumah. Saya pun ambik kesempatan membeli barang2 dapur. Hubby cakap kalau ke Ikea beli benda ini juga masih tak cukup ke? Entah...saya pun tak tahu kenapa suka sangat menambah benda2 yang tak diperlukan sangat. Yang ada kat rumah pun tak tahu nak simpan kat mana. Barang2 tu bukannya mahal pun apa salahnya kalau kita simpan nanti bila diperlukan tak payah nak meminjam.

Adik tak berapa suka tempatnya...budak2 pergi ke kedai pinggan mangkuk dan segalanya,  manalah dia suka lagi pun katanya tak ada apa kat Chow Kit ini. Dia tak tahu satu ketika dulu tempat inilah yang paling popular dikalangan orang Melayu membeli segala keperluan sebab harga barang2nya amat murah. Tapi sekarang tempat ini sudah dimonopoli oleh orang Indon. Dulu masa duduk rumah lama saya selalu ke sini untuk membeli ikan dan sayur. Nostalgianya semua barang dibungkus dengan surat khabar dan diikat dengan tali rafia. Tapi semalam saya tak pergi pun ke pasar, leceh... banyak sangat complaint.


Chow Kit...gambar google

Kenangan...Arwah Sudir pernah membuat pertunjukan di kawasan ini...

Setelah barang yang dihajat dapat dibeli kami ke Masjid Jamek di Kg Baru untuk menunaikan solat Zohor. Paling best saya dapat bubur lambuk yang terkenal seanterio negeri hehehe....Alhamdulillah dapat juga merasa walaupun sudah lebih setengah bulan kita berpuasa. Susah nak dapat bubur lambuk sesedap di Masjid Jamek. Pernah beli ditempat lain tapi tak sama rasanya cuma masa pergi ke bazar di Kelana Jaya tempohari ada persamaan sedikit. Juadah ini memang wajib bagi saya setiap bulan Ramadhan, feberet food.


bubur lambuk...gambar google


Selepas itu hubby mengajak ke bazar Melawati, tempat lama saya. Disana saya banyak membeli juadah untuk berbuka. Terdapat makanan yang jarang kita jumpa kat tempat lain, contonya saya beli tauhu yang disumbat dengan mashed potato yang dicampur mixed vege dan digoreng dengan telur, saya lupa namanya. Cara makannya di cicah dengan sambal kicap, sedap rasa dia. Kalau tidak taklah menimbun tauhu  tu kat gerai dia, mestil laku kannn...

Puas hati dengan pembelian kami teruskan perjalanan untuk pulang. Syukur alhamdulillah dengan segala nikmat yang diberikan olehNYa...

p/s: Rasa badan kurang sihat, seram sejuk, tekak sakit, hidung berair mungkin sebab semalam agak terdedah dengan panas, selalunya kalau keluar dibawah naungan dan ada aircond.






5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Nampak sangat perubahan berlaku terlalu cepat kan kak zai. Org Indon ramai yg dah kaya duduk tempat kita sekarang nie..

Mash potatpo+mix vege sumbat dalam tauhu lepas tu goreng dgn telur tetiba kakak teringin pulak dah:)

Acik Erna said...

assalam zai..bulan puasa ni malas sangat rasanya nak keluar..simpan tenaga untuk masak2 he he

Nieda said...

bestnya dpt keluar tmpt yg kita biasa pergi dulu tapi sekarang susah dah nak singgah. Nastolgia

saniah said...

Laaa kak zai dtg melawati ke? Ngape tak.bgtau..klau tak blh singgah je berbuka kat rmh saya...:-)
Saya baru sekali pegi bazar melawati tu..selalu beli kuih kat gerai2 di phasa 4 je
Best kan bazar melawati tpi org ramai sgt

JunAina said...

Kalau gi sana suka beli buah-buahan...