Thursday, August 30, 2012

Maafkan Saya....

Salam..............

Rasanya masih belum terlambat saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua rakan2 blogger, khasnya rakan2 yang selalu meninggalkan comment di n3 saya. Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf jika terdapat kata2 atau penulisan saya yang menyinggung perasaan semua. Maaf juga saya pinta sebab tak berkesempatan singgah di blog kalian.

Raya tahun ini disambut dengan sederhana saja, dapat solat sunat hari raya dimasjid, petang nya ke rumah adik di Shah Alam jumpa ayah disana. Hari kedua balik ke Perak, ziarah kubur arwah mak dan kubur kedua2 mertua lepas itu ke Ipoh jumpa anak buah dan adik yang datang dari Taiping. Hari ke tiga dah balik ke Kl semula. Ramai rakan2 yang datang beraya ke rumah termasuk ahli keluarga.

Pada hari Selasa lalu saya ambik peluang pula mengikut hubby yang nak melawat projek di Terengganu,  nak beraya bersama dengan keluarga arwah Amirul. Seronok sekali bila dapat berjumpa, kami dijamu makan nasi dengan lauk pauk yang banyak sekali, penuh satu meja. Saya tak tahu nak cakap apa dengan kebaikan mereka sekeluarga. Sudah dijamu makan bila saya nak balik dibekalkan lagi dengan bermacam2 benda, hanya Allah swt yang dapat membalas kebaikan Encik Daud dan isteri.

Jumpa pula pekerja hubby di Jertih, dia pula membekalkan keropok kering untuk dibawa balik. Dan yang paling kelakarnya masa saya duduk di tepi bangunan pejabat hubby di Kuala Terengganu, masa tu hubby ada mesyuarat dengan pekerjanya didalam, seorang tea lady datang mengajak saya masuk tapi saya  menolak sebab lebih selesa duduk diluar. Dia pun turut serta duduk, banyak topik yang kami sembangkan termasuk hobi saya yang suka menanam pokok2. Kat taman tu saya nampak bunga raya berwarna putih, mungkin dia ingat saya minat lalu dia ke dalam untuk mengambil gunting dan memotong dahannya untuk diberikan pada saya. Ya Allah... ramainya saya berjumpa dengan orang2 yang baik dan ikhlas budi bahasanya, syukur dengan kurniaan...............

Sekarang saya dah berada dirumah, buat rutin macam biasa semula tapi minggu ini dan seterusnya mungkin agak sibuk sebab ada kenduri kahwin anak buah dan kenduri cukur jambul. Puasa sunat pun baru dapat buat 2 hari.

15 comments:

Acik Erna said...

assalam zai..alhamdulillah akhirnya zai update juga..lama menunggu ni..he he
selamat hari raya zai..maaf zahir dan batin

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear kak Zai:)

Selamat Hari Raya..:)
Maaf Zahir dan Batin

Moga k Zai sentiasa diberikanNya kesiahtan yang baik dan happy2 disamping famili tersayang
:)

p/s:..akak baru dua ya..tinie lum start lagii..huhuu..:(

lady lavender said...

k.zaaaiii...org terengganu semuaa baik2 ehehe..(termasuklah saya hiihii..)
p/s: still remember entry k.zai ttg org yg jual kepok lekor kat tgnu yg ala2 berat mulut tu...Sekali sekala dlm hidup kita jumpa jugak jenis manusia yg mcm tu kan!.

selamat hari raya k.zai sekeluarga :-)

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...agak sibuk sikit, macam2 nak buat. Selamat hari raya buat Erna sekeluarga...maaf juga dari saya.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...selamat hari raya buat Tinie sekeluarga,maaf zahir batin dari kak Zai.

Zaitun said...

Lady Lavender

Selamat hari raya buat LL sekeluarga,maaf zahir batin dari kak Zai yang jauh.

Kalau ada peluang kak Zai suka tinggal di Terengganu,negerinya aman dan orang2 disana ramah dan berbudi bahasa.

saniah said...

Selamat aidil fitri..maaf zahir batin ya kak
Kak zai ni mmg ada aura yg mnyenang kan tu pasal semua org suka berkawan :-)

aNIe said...

septySalam Kak Zai...selamat Hari Lebaran... maafkan anie juga jika ada terkasar bahasa dan tersinggung ketika meninggalkan komen...

Anie dah masuk 3 hari ni...Alhamdulillah..

Nieda said...

slmat hari raya kak zai.
lamanya kak zai bercuti.

makchaq said...

Selamat hHari Raya dan maaf zahir batin dari makchaq jugak.

Makchaq rasa orang baik memang lebih ramai dari orang yang tak baik, tapi sebab nila setitik rosak susu sebelanga..macam kalau sekali kita terbuat salah biasanya itu yang orang kenang/ingat selamanya..

Kamariah Awang said...

Salam aidilfitri, maaf zahir bathin.

Qashmere said...

Salam perkenalan...

Selamat Hari Raya!!

nanti singgah la blog saya..saya follow blog akak yea and follow me back..

take care kak

Kakzakie Purvit said...

Sifat kak zai itu sebenarnya menyerlahkan utk org lain berbuat baik pada kak zai. Kakak nie yg sekadar kenal dari blog pun merasakan kelembutan kak zai apa lagi mereka yg dah bertemu muka.

azi said...

Akak...kalau kita selalu baik dengan orang, insyaallah..yang sama jugak kita akan dapat...:)

Saya pun baru balik bercuti dari Terenganu akak..kalau saya pegi selepas raya, mungkin boleh jumpa akak...:)

ummu said...

ASSALAMUalaikum Kak Zai.apa khabar kak Zai?semoga akak sihat2 sahaja