Terima kasih buat blogger2 dan rakan2 yang sudi singgah....
Buat azi... salam sayang dari kak Zai...Amin, terima kasih atas doa. InsyaAllah bila dah sihat nanti banyak benda yang kena qadha.
Salam cikmanggis....terima kasih. Kalau masak sendiri kita dahulukan dengan puji2an pada yang maha Besar lepas tu masak dengan hati yang ikhlas itulah sebabnya apa yang dimasak menjadi lebih sedap.
Salam Acik Erna...dengan doa yang Erna berikan disertai pula dengan usaha yang sudah saya lakukan mudah2an ianya berhasil, insyaAllah.
Nieda...ada orang rindu rupanya, terima kasih...tak ada apalah... cuma cerita2 biasa saja yang kak Zai coretkan.
MAMASYAZA...terima kasih sudi singgah. Kalau masak sendiri kita boleh tokok tambah apa yang kita suka, itu sebabnya rasa masakan jadi lebih sedap.
Nida...terima kasih, dah nak balik ke tanah air ke? semoga kepulangan Nida dan suami nanti akan bertambah lagi para ilmuan yang dapat mencurahkan ilmu dan bakti yang telah ditimba semasa diluar negara.
................................................
Kelmarin saya dapat menghabiskan bacaan Quran (qatam) yang entah ke berapa kali, saya pun tak tahu sebab bila dah habis saya ulang semula. Rutin harian saya selepas solat Zuhur saya akan mengaji Quran, kebiasaan orang mengaji lepas maghrib sementara menunggu waktu solat Isyak tapi saya berlainan. Selepas Zohor adalah waktu yang begitu panjang buat saya itulah sebabnya saya menafaatkan mengaji. Saya tak berapa pandai dengan bacaan yang sedap didengar cuma suka mengulang dan membaca tafsiran untuk mengetahui apa isi kandunganya atau lebih tepat cerita tentang sesebuah surah. Alhamdulillah bila kita tahu serba sedikit tentang penceritaanya minat tu selalu datang untuk mengetaui dengan lebih lanjut.
Masa saya membaca 3Qul surah yang akhir air mata mengalir tak tahu kenapa, pandang Quran lama2 dalam hati berkata agaknya berapa kali lagi saya dapat habis membacanya. Setelah cium Quran simpan ditempatnya, buka telekong lepas tu capai H/P hantar sms pada hubby dan anak2 bagitau saya dah Qatam. Memang dah jadi kebiasaan setiap kali saya qatam membaca Quran saya akan war2kan pada hubby dan anak2 tujuannya supaya anak2 tidak melupakan Quran dan buat macam yang saya lakukan. Sesibuk macamana pun cukup kalau dapat membaca walau sehelai muka surat setiap hari.
Beberapa minit kemudian mesaj sudah dibalas tapi hanya dari anak2 tidak dari hubby. Fikir positive mungkin hubby sibuk dengan kerja agaknya, sampailah ke petang bila hubby balik adik membuka pintu terus memanggil saya supaya cepat datang menyambut hubby. Rasa terharu walaupun barang yang hubby beli cuma benda biasa2 aje tapi cara dia menghargai apa yang saya dah lakukan cukup menyentuh hati. Bukan barang yang berharga mahal tapi cuma ini....
favorite saya
ice-cream
Terharu sebab suapkan hehehe.........
........................................................ Selepas makan malam kelmarin saya dan hubby baring atas tikar sambil tengok tv. Tiba2 angin kuat menolak langsir dan kebetulan sterika diatas ironboard yang diletakkan adik ditepi tingkap jatuh dan berkecai hanya beberapa meter dari tempat kami baring. Terkejut sangat2 sebab kalaulah sterika itu jatuh menghempap ke kepala tak tahu apa akan jadi, dahlah sterika tu besar. Syukur sangat2 Allah swt melindungi kami dari bencana yang tak disangka2. Ianya menjadi pengajaran dimasa akan datang jangan sesekali meletakkan apa2 barang yang berdekatan dengan tingkap. Alhamdulillah.................
18 comments:
kdg2 yang kecil itu lebih bermakna
entry k.zai yg sgt 'terkesan' dihati saya. Semoga k.zai sihat selalu (dan dpt berkongsi penulisan disini jugak).
alhmdulillah zai..dah khatam lagi..dan akan diteruskn lagi dan lgi..insyaallah..sama la ngan AE..
cuma AE masih lagi suka membaca dengan berguru..kalau seminggu 4 mlam mengaji depan ustazah..yang dpt membetulkn jika AE tersalah atau tersilap.
Alhamdulillah... makchaq sangat teruja bila baca Kak Zai sentiasa mengamalkan bacaan Al Quran dan membaca terjemahannya..
Tentu seronok dapat hadiah/buah tangan dari suami..
akan jadi amalan juga utk saya.insyaallah
alhamdulillah ... kak zai dah beransur sembuh ya..
mengaji memang bagus kan kak zai..ia dapat membentuk jiwa..beri ketenangan..cuma saya ni baru mula mengaji..terhanguk hanguk jugak lah tapi cuba juga berguru dengan kawan yg mahir..diri banyak kekurangan..:(
bagus jugak cara kak zai baca terjemahan..hemm nanti saya nak baca terjemahan lah..boleh tahu makna dan cerita kan.. :)
thanks kak
Irfa
Salam...terima kasih sudi singgah.
Betul kata Irfa tak semestinya barang yang berharga baru nak dihargai kan...
Lady Lavender
Salam LL...lama kak Zai tak menjengah,semoga LL disana juga sihat dan berbahagia.
Terima kasih sebab sudi berkongsi dengan apa yang kak Zai coretkan.
Acik Erna
Salam Erna... jangan ada rasa jemu untuk membaca walaupun kita kurang pandai,insyaAllah satu hari berkat usaha kita akan berjaya macam orang lain juga.
makchaq
Salam makchaq...terjemahan menceritakan isi kandungan Al-Quran,kalau setakat baca mungkin kita tak dapat menghayati sesuatu surah.
Terharu walaupun cuma icecream hehehe...
Nieda
Insyaallah Nieda boleh lakukan lebih baik dari kak Zai.
saniah
Syukur...masih diberikan nafas dimuka bumi ini, berkat doa dari saniah,terima kasih.
Teruskan mengaji jangan jadikan tak berapa pandai sebagai alasan.InsyaAllah saniah akan berasa seronok bila dah boleh membaca dengan lancar dan jangan lupa baca terjemahannya supaya dapat lebih faham akan isi kandungan Al-Quran.
Alhamdulillah Kak Zai...sukanya kakak baca N3 ini. Terasa sejuk hati. Bukan sejuk kerana aiskrim BB tu tapi segalanya. Khatam quran, mbaca tafsirnya, inform hubby, anak-anak dan sambutan dari mereka termasuk en abg yg sangat pengasih.
Moga kakak boleh buat macam Kak Zai...
alhamdulillah..buahtangan yg dibelikan sangat bererti .. yee..membuat rasa gembira..syukran
Kakzakie
Salam kakzakie...syukur setakat ini hubby dan anak2 memang memberikan kak Zai kasih sayang yang tak berbelah bagi.
InsyaAllah kakzakie pun boleh buat macam kak Zai malahan mungkin lebih baik.
sal
Hadiah yang tak seberapa tapi sudah cukup membuatkan kak Zai gembira.
Alhamdulillah kak zai...Jun pun dah lama tak jengah sini dan tak update blog juga. Banyak ketinggalan cerita kawan2.
Rugilah kita seandainya mensia2kan waktu yang ada dengan perkara tidak berfaedah. Jun nampaknya lalai kerana sudah bertahun2 tidak Qatam al-quran rasanya kali akhir semsa mengandungkan si kecik.
Rahsia Al-Quran hanya ALLAH yang tahu.
JunAina
Salam June...sama macam kak Zai lama tak berkunjung ke blog kawan2.Harap2 silatulrahaim yang ada tidak kita putuskan,insyaAllah.
Betul kata June jangan kita sia2kan masa yang ada dikhuatiri kita tak sempat untuk melakukanya lagi.
Post a Comment