Terima kasih pada semua blogger yang sudi singgah dan maaf saya pinta pada semua rakan2 sebab tak dapat BW dan meninggalkan comment. Insyaallah jika masa dan kesihatan mengizinkan saya akan menjengah ke rumah kalian. Terima kasih juga pada azi, Acik Erna, saniah, kakzakie, Nieda, Deru ombak, sal, ibundo, ainnoraini, Kamariah Awang dan MulutPayau diatas keperihatinan kalian. Semoga kehidupan semuanya diberkati oleh yang Maha Esa. Amin.
Saya masih lagi buat rawatan dengan tabib cina selain mendapat rawatan dari hospital. Alhamdulillah sakit tulang belakang ada sedikit perubahan. Tak banyak kerja2 yang dapat dilakukan dan banyak masa diluangkan dengan membaca buku2 ilmiah untuk menghilangkan rasa kebosanan. Terpaksa meminta pertolongan dari orang lain untuk melakukan kerja2 rumah, masak pula jarang sekali cuma kalau ada anak2 yang balik. Selalu makan diluar atau beli saja lauk pauk dan masak nasi kat rumah. Sesekali kalau teringin nak makan masakan sendiri cuma masak yang ringan2 saja.
Pernah juga rasa kecewa bila makan atau beli makanan dari luar contohnya masa beli pizza kat PHD.Selalunya makan pizza kat restoren atau order saja tapi masa tu kebetulan lalu kat PHD terus aje beli dan bawa balik. Bila sampai kat rumah buka kotak dah lah pizzanya nipis, cheese pulak sedikit aje, pizzanya tak bertali2 pun kalau ditarik. Mungkin juga sebab harganya jauh lebih murah kalau dibeli 2 set berbanding kalau beli satu saja.
Inilah rupa pizza yang saya beli......
dua perasa
macam lempeng
ini dari google
Terasa rindu untuk masak makanan yang selalu dimasak tapi keadaan masih belum mengizinkan. Mudah2an ianya tidak berpanjangan.
p/s: hari ini genap 26 tahun mak saya pergi menemui penciptanya...Al-Fatihah.
6 comments:
Salam sayang buat Kak Zai..
Alfatihah buat arwah ibu akak..semoga rohnya dicucuri rahmat...
Akak, nanti bila dah sihat sikit, akak masak puas-puas tau...sekarang ni, tak apalah, rehat dulu...ini untuk kesihatan akak jugak....apapun saya doakan akak akan sihat dan boleh menjalankan tugas harian kembali....:)
salam zai..semoga Zai cepat baik ...Alfatihah buat arwah ibu zai...
Memang makanan beli tak sama yang kita masak sendiri walaupun telur dadar.Harap zai bersabar ya..Insyallah bila sihat dapat lah masak makanan yang digemari...
assalam zai..semoga cepat sembuh..teruskan usaha zai mencari penawr,,
bila kak zai lama tak ke
udara rindu pula celoteh akak.
betul tu kak, pizza beli kengkdg amat mengecewakan, tu pasal sy suka buat sendiri, lagiiii sedappppp
nipisnya pizza tu Kak Zai... berbeza dengan gambar dari google
Jaga diri dan kesihatan ye Kak Zai...
Al-Fatihah buat yg tiada
p/s: maaf lama tak menjengah, tengah bz mempacking barang.
Post a Comment