Hari Ahad lepas saya dan hubby menghadiri kenduri kahwin anak jiran lama. Adik tak ikut sebab sukan kat sekolah dia agak lambat habis. Sampai kat majlis kami terus dijemput makan, selepas makan dan bersembang sekejap saya pun minta diri untuk balik. Disebabkan kami tidak ada rancangan lain saya mengajak hubby ke Jakel Shah Alam sebab saya nak mencari sheer untuk langsir di slidding door.
Sampai kat Jakel orang begitu ramai maklumlah hari Ahad lagi pun minggu depan sudah mula berpuasa. Di Jakel pula selain kain ela, baju yang sudah siap dijahit pun banyak dijual. Sempatlah round kat ground floor tengok2 baju untuk si adik. Cakap dengan hubby minggu depan nak datang lagi dan bawa adik untuk membeli baju dia. Harga baju2 kat sini pun berpatutan dan corak pun cantik2 belaka. Kebetulan pula tahun ini adik tak nak tempah baju macam tahun2 sebelum ini.
Selepas itu saya naik ke tingkat atas untuk mencari sheer tapi sudah tergoda pula dengan cadar yang melambak kat atas lantai. Cadar itu jenis patchwork dan bunganya pula style English. Pilih punya pilih tertangkaplah satu, pada hal bulan lepas baru aje membeli 2 set cadar(queen) bersama comforter dan 4 set single bedsheet untuk anak2. Cadar2 itu belum digunakan lagi dan masih didalam plastik. Tertarik pada cadar itu sebab colour dan bunga yang comel manakala bedsheet yang dibeli bulan lepas bercorak abstrak.
Beli bulan lepas...
bedsheet with comforter
single bedsheet
Beli hari Ahad...
patchwork
English
Habis mengambil whuduk saya naik menuju ke tempat solat muslimah dan mencari telekong, kebetulan hari itu saya tak bawa seperti biasa. Habis saja mengikat tali telekong jemaah sudah nak memulakan rakaat ke tiga. Saya pun terus masuk saf dan solat bersama para jemaah. Habis Tahyat Akhir tahu apa yang berlaku........................saya memberi salam (macam tak biasa dilakukan)...........masa salam pertama hati sudah berdetik........... apa yang aku buat ni..............akhirnya teruskan salam ke dua dan berdiri untuk mengulangi semula solat maghrib 3 rakaat bersendirian. Setelah selesai sempatlah juga mengaminkan doa yang dibacakan oleh imam.
Sampai kat kereta airmata dah mula nak mengalir, rasa hiba sebab tak dapat bersolat berjemaah sedangkan peluang itu sudah didepan mata. Hubby menasihatkan supaya bersyukur sebab niat sudah ada dan dapat pula bersolat disurau walau pun tidak berjemaah.
16 comments:
banyaknya kak zai borong...boleh buat stok.
Hehe... dah rezeki setakat itu, Zai.
Akak, banyak shopping...nanti boleh pos kat org. SP satu ye...lawak aje:)
Akak, tak pelah, yang penting niat akak nak berjemaah tu dah ada.....jangan sedih-sedih ye...sayanggggg akak...
p/s Terasa ingin nak jumpa akak, tapi rasa segan sebab saya ni orangnya biasa-biasa saja.....:)
Nieda
Itulah tabiat buruk kak Zai pantang jumpa barang yang cantik lepas tu harganya murah pulak jika dibandingkan dengan harga biasa.
Kamariah Awang
Peringatan juga ma... jangan leka atau khayal.
azi
Salam sayang buat azi...kak Zai pun ingin jumpa dengan azi tapi entah bila. Kalau azi turun Kl inform kak Zai kita boleh buat date. Jangan segan2, kak Zai cuma insan kerdil yang tak punya apa2.
Dah tua2 pun tak boleh kusyuk...
Agaknya fikiran tak berapa fokus kut campur dengan keletihan dari siang tadi..
Oh... niat dah nak masbuk tu Kak Zai tapi itulah dalam masa kita beribadah lagilah kuat syaitan menggoda.. Allah dah tahu niat awal Kak Zai nak berjemaah tak apa..
Namun kakak terpikat yg english style. Sekarang carpet, langsir, pinggan-mangkuk, bedspread semua corak macam ini kak zai. Kakak pun suka tapi tak cukup duit hihi..
che mid
Tak adalah letih sangat tapi mungkin agak terkejar2 kot.
Kakzakie
Syaitan banyak sangat menggoda kot hihi...
Harga dia taklah mahal sangat kakzakie jika dibandingkan dengan harga selalu,sebab itu kak Zai ambik walaupun sebelum tu dah beli.
assalam zai..tak pe zai...insyallah nanti kan dpt jugak
tarawikh nanti sebulan zai...
Wah banyak borong...
Acik Erna
Salam Erna...insyaAllah jika diizinkan.
Nur_nba
Salam...terima kasih sudi singgah.
Kebetulan harga jauh lebih murah dari biasa itu yang beli lebih,boleh simpan untuk setahun hehe...
Assalam.. patchwork english tu awak beli berapa rm masatu?
Thanks for sharing this article bedspreads and comforters
Post a Comment