Salam...
Alhamdulillah saya dah selamat kembali dari Kulim Kedah lewat malam tadi. Happy sangat2 bila dah ketemu anak. Walaupun tak lama tapi kami dapat makan malam dan breakfast bersama, bersembang sambil menonton tv didalam hotel.
Sepanjang perjalanan saya ke Kedah entah berapa kali dia menalipon, tanya dah sampai kat mana, tergelak bila hubby kata kalau pun rindu janganlah sampai macam budak kecik, tak sabar2. Sampai saja terus ke hotel yang telah ditempahnya dan dia dah ada kat parking kereta. Nampak saja saya dan hubby terus salam dan peluk, rindu sangat rupanya dia walaupun dan besar panjang. Bukannya tak pernah berjauhan tapi ini pertama kali dia tak balik rumah sampai 2 bulan.
Malamnya kami makan direstoren tomyam selepas itu balik ke hotel. Sembang sampai lewat tengah malam baru dia balik ke rumah sewanya. Dia terpaksa balik sebab kawan2 yang duduk serumah menumpang kereta dia untuk pergi dan balik kerja.
Masa bersembang hubby banyak bertanya tentang kerjanya, ternyata anak saya mempunyai kelebihan dibidang yang dia ceburi sekarang berbanding dengan jurusan yang dia ambil semasa belajar di college. Banyak ilmu2 yang ada pada hubby mengalir juga pada dia, yang membezakan mereka anak saya lebih cepat mengendalikan projek berbanding hubby yang agak lama bekerja didalam pejabat.
Menurutnya satu saja yang membuat dia agak gemuruh bila ada meeting bersama big2 bos mat saleh dan Singaporian. Bukan dia tak boleh berbahasa Inggeris tapi bila berhadapan dengan orang yang lebih atasan ia memerlukan kepetahan bercakap. Hubby menasihatinya supaya bergaul dengan semua lapisan masyarakat supaya tidak gementar bila berhadapan dengan sesiapa saja. Alhamdulillah syukur sangat2 sebab saya tak sangka anak saya boleh mengendalikan pekerjaan yang agak mencabar sebab kalau tengok orangnya kecik aje, cili padi rupanya.
Kami breakfast sama2 setelah dia selesai mengatur kerja di tapak projek, hari Ahad kat Kedah hari bekerja. Agak lama kami bersembang baru masing2 meninggalkan tempat makan untuk tujuan masing2. Kami balik ke Kl manakala anak bujang saya ke tempat kerja semula.
21 comments:
Jauh dia bekerja. Sesekali berjumpa dapatlah melepas rindu.
biarpun sekejap pertemuan..
sekurang2nya..terubat juga rindu di hati..:):)
Anak auntie yang mana ni kerja dekat Kedah? Yang pakai spec tuh ke? Sorry auntie lama tak btanya kabar.
antara erkara yg menggembirakan hati ibu, apabila dpt berkumpul dengan fmly sambil makan2 bersama..
alhamdulillah..syukran..
assalam zai..memang rindu la bila berjauhan kan..jauh sangat tu sampai kekedah..tapi demi masa depan anak..doakan saja yang terbaik buat anak kan.
Naluri ibu dan anak... rindu itu bagaikan lagu dan irama, yang tak dapat dipisahkan.
Terubat rindu ya k.zai...:)
Tahniah buat anak Zai... Berbaloi nampaknya dapat anak yang sedang menempa kejayaan. Alhamdulillah.... Ma tumpang gembira...
kekadang anak lelaki lebih 'manja' berbanding anak perempuan (macam anak-anak saya).Bila baca coretan2 k.zai sebelum ni saya dpt rasakan memang wujud 'strong bonding' antara akak anak beranak. saya pun berharap perkara yg sama utk diri saya & anak-anak...
Kakak pun tumpang bangga bila ada anak bangsa kita yg berjaya macam ini. Apa lagi Kak Zai mesti rasa bersyukur sangat bila anak berkemampuan seiring dgn org yg lebih berpengalaman...
Tahniah buat semuanya...
p/s: cili padi sedap buat sambal belacan kak zai hihi....
Nieda
2 bulan agak lama kalau tak jumpa anak itu yang buat kak Zai pergi jumpa walaupun agak jauh dan masa yang terhad.
Pn Kartini
Masa yang singkat kak Zai peruntukan untuk makan dan bersembang bersama.
Abdul Munir Sanusi
Anak auntie yang lelaki, yang pakai spek tu insyaallah tahun ini final year.
Tak apa... Munir sibuk dengan tugas.
sal
Anak2 dah besar,mencari haluan masing2 tapi bila sesekali dapat berjumpa memang seronok, tak boleh nak gambarkan.
Acik Erna
Salam Erna...rezekinya disana terpaksalah akur.Sebagai seorang ibu hanya doa yang dapat kita kirimkan.
Amie
Hanya Allah yang tahu betapa kasihnya ibu terhadap anak2.
saniah
Alhamdulillah...walaupun sekejap.
Kamariah Awang
Alhamdulillah...susah senang kita memberi pelajaran akhirnya dapatlah merasa. Kejayaan anak kejayaan ibubapa juga kan.
Lady Lavender
Alhamdulillah... Kalau ikutkan kak Zai lebih garang dan tegas dari hubby.
InsyaAllah doa LL mudah2an dikabulkan.
KakZakie
Terima kasih.
Hanya syukur yang boleh kak Zai lafazkan sebab ianya anugerah dari yang Maha Esa.
Kena ada ulam kakzakie hehehe...
Salam Zaitun,
Mesti rindu sangat kan Zaitun dah 2 bulah tak berjumpak...Dapat berjumpak sat pun jadi lah sekurang kurangnya terubat jugak la rindu tu...
Post a Comment