Thursday, March 22, 2012

Alahai Pisang....

Salam...

Entah bila saya pun dah tak ingat, makcik hubby datang ke rumah bawa anak pokok pisang tanduk. Katanya kat rumah dia ada banyak pokok pisang tu. Disebabkan ada 2 pokok aje hubby pun tanamlah kat depan rumah tapi kat luar gate. Pokok pisang tu hidup membesar dan beranak2. Satu hari datanglah seorang jiran sebaris rumah saya mintak untuk ditanam dikebunnya. Tanpa fikir saya pun suruhlah dia ambik sendiri sebab saya malas nak mengadap masa dia mengorek, jiran tu lelaki.

Setiap kali pokok pisang ini membesar dia akan datang dan bawa cangkul untuk mengambil dan ditanam dikebunnya. Ini bermakna tidak ada pokok pisang yang membesar di laman saya. Selalu juga hubby bertanya mengapa dibiarkan dia mengambil sesuka hati dia dan langsung tak bagi peluang untuk kita merasa. Sampailah satu hari bila saya buka pintu nampak ada plastik tersangkut dekat grill pintu, bila diteliti ada sebiji pisang tanduk didalamnya.

Bila hubby balik dari surau dia bertanya ada ke jumpa pisang kat depan pintu, kata hubby dia jumpa jiran tu dan cakap ada tinggalkan pisang kat depan pintu. Saya pun terus ke dapur dan mengambil plastik yang berisi pisang tadi. Punyalah hubby terkejut sebab ada sebiji saja, masa kat surau jiran tu bercerita pisang2 yang dia tanam semuanya hidup subur dan berbuah dengan banyaknya, iyalah kan berapa banyak pokok yang dia dah ambil. Disebabkan masa tu anak2 ada dirumah saya terpaksa membeli untuk menambah sebab goreng pisang tanduk memang kegemaran saya sekeluarga.

Disebabkan marah dengan perbuatan jiran, hubby pun mengorek pokok pisang tu dan dipindahkan ke belakang rumah (dalam pagar). Alhamdulillah hari ini pokok tu dah pun membesar dan mengeluarkan buah. Anak2 baru pun banyak yang tumbuh. Mudah2an menjadilah buahnya dan anak2 pisang tu juga biarlah membesar dan berbuah, nanti bolehlah saya sedekahkan pada jiran yang lain pulak.

dah keluar jantung
 keluarkan buah

Anak2 baru mula tumbuh

Rasanya bertahun juga dah ditanam tapi baru sekarang merasa nampak berbuah.

25 comments:

Irfa said...

ayah saya bawa 2 pokok anak pisang dari kg dan tanam depan rumah kami
hingga kini anak pisang tu telah pun menghasilkan lebih dari 10 pokok dan dah banyak kali menghasilkan buah.rezki kami dan juga jiran2 sebelah

Deru Ombak said...

Adeh... Jiran gitu mmg x boleh di buat kawan... Kakya pun sama, pokok mangga baru berputik, dtg ambil masa kita tak de kat rumah.. Lama2 masa my son balik cuti raya tahun lepas di tebangnya terus.. Hurmm..

Kakya pun tengah cari anak pisang jugak ni..seronok bila tengok hasil tanaman berbuah.. :)

Nieda said...

Kesian....beri betis nak peha. Itulah tak ingat lansung tuan asalnya.

Ada juga orang mcm ni.

Acik Erna said...

assalam zai..pisang tanduk pun kegemaran kami sekeluarga..
rasanya jiran tu nak berniaga kot.pisang tanduk kan mahal..tapi tak patut la kan..minta sekali ambil berkali kali..

Azian Elias said...

paling tak boleh makan pisang goreng tanduk nii.. pedih ulu hati..


kalau kerepek ni, ok sikit..

cikmanggis said...

hehe .agaknya pisang tanduk tu berbuah 3 biji je zai:)

Nida said...

Terkejut saya membaca kisah Kak Zai ni.. ada juga manusia sedemikian rupa ye.. bagus juga tindakan akak dan suami utk tanam pisang tu dalam pagar

WuMing said...

Memang setengah orang tidak tahu nak memikir sendiri...

Bila kita tolong fikirkan mereka kata kita kurang ajar...

aNIe said...

Assalamualaikum kak... kenapa buruh benor perangai jiran tu...ade ke mintak kebenaran sekali...ambilnya berkali2...

Zaitun said...

Irfa

Seronok dapat hasil yang kita tanam kan,bukan setakat untuk seisi rumah tapi dapat bersedekah dengan jiran2.

Zaitun said...

Deru Ombak

Bila kakya sebut pasal mangga kak Zai pun ada cerita yang sama. Dulu depan rumah kak Zai pun ada pokok mangga.Ada yang minta nak buat sambal,ada yang mengidamlah,ada tu minta sekali tapi bila kita tak ada kat rumah berbakul dipetiknya.Agaknya pokok tu merajuk satu hari hujan dan angin pokok mangga tu terus tumbang.Sayang juga sebab selalu berbuah lebat.

Zaitun said...

Nieda

Mungkin dia ingat kak Zai tak berapa minat dengan pokok pisang sebab kawasan rumah kak Zai banyak pokok bunga.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...itulah yang kami kesalkan, kalau dia minta boleh juga kita pertimbangkan walaupun dah banyak kali,tapi yang tak sedap tu dia ambik sesuka hati aje.

Zaitun said...

Azian Elias

Salam...

Angin agaknya...kak Zai suka beli kerepek pisang tanduk sebab rasa dia sedap walaupun agak mahal sikit.

Zaitun said...

cikmanggis

Mungkin juga agaknya kihkihkih....

Zaitun said...

Nida

Ragam manusia, rambut aje yang sama hitam.

Macam kedekutlah pulak hubby kak Zai hehehe....

Zaitun said...

WuMing

Bila dia nampak kita macam pemurah masa tulah dia ambik kesempatan.

Zaitun said...

aNIe

Salam aNIe...Dah namanya pentingkan diri sendiri bukan dia kisah hak orang, janji dia dapat.

hanim said...

Pisang tanduk memang sedap untuk dibuat apa je, goreng dibuat kerepek masa muda pon sedapa. Laa apa la perangai jiran yg begitu ye.

azi said...

Salam rindu Kak zai..
akak..perangai jiran ni bermacam-macam...macam saya kak, kebuh pisang dekat sebelah sorang jiran ni..satu hari, Cik Abang lupa nak tutup paip air lepas siram pokok..dekat 3 hari jugaklah...dia boleh tengok aje...tak tolong tutup pun..gate bukannya berkunci....siap bagitau kita yang air tak tutup....tapi kalau nak ambik ulam atau buah-buahan kat kebun..boleh pulak masuk ambik...macam-macam orang ni kan akak ..

nampak subur poko pisang tu...mesti buahnya banyak..

MulutPayau said...

assalamualaikum kak zai...
Tak patutlah jiran buat macam tu....hak orng buat macam hak sendiri........

Unknown said...

assalam kak Zai,mcm-mcm ragam manusia ni kan kak.pisang tanduk memang sedap..teringat pulak pokok pisang kat kg belakang umah..hehe

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun suka pisang tanduk kak zai sebab ada manis dan sedikit masam. Kalau buat bubur caca yg campur dgn sagu biji+nagnka+keldek pun sedap. Kakak suka...

Kalau pun nak bagi kenalah berpada kan Kak Zai, takkanlah sebiji aje hihi... kelakarlah pulak baik tak payah kot..

Kamsiah yusoff said...

salam
haha bg betis nak paha,dibagi sedikit,buat mcm hak sendiri...
pisang tu mmg sedap digoreng atau buat pengat...

kasihibu said...

kak sya sangatttt..suka pisang tanduk goreng
sedap kan?
nak cari anak benih jug