Sebelum pergi Ipoh saya order 4 biji cheese cake dari sini. Satu untuk dibuat hantaran dan 3 biji lagi untuk dimakan. Rasanya memang sedap tak ada beza macam saya beli dulu. Dah pernah masukkan dalam n3 yang lepas.
cheese kek
Pertunangan anak buah berjalan lancar, pihak perempuan tak banyak kerenah. Kami dijamu makan tengahari, berlaukkan kari ayam, daging masak kicap, ikan pekasam, kerabu dan ulam2. Yang paling best sekali ada masak ikan patin tempoyak. Semua yang makan kata sedap tapi saya tak makan sebab tak makan ikan patin.
Selepas makan baru ada perbincangan diantara dua pihak. Serah menyerah hantaran dan sesi paling akhir sarung cincin. Lepas tu bergambar sebab zaman sekarang bertunang pun ada buat pelamin.
Hantaran dari pihak perempuan tak dapat tangkap banyak gambar sebab ada yang dah diberikan pada keluarga terdekat. Hantaran dari kami pula lupa nak ambik gambar.
Sebahagian hantaran dari pihak perempuan.
Kami makan kentucky untuk makan malam sebab semua dah keletihan. Breakfast pagi saya menyediakan nasi impit dan kuah lontong, adik dan yang lain masak pulut, makan bersama sambal tumis dan serunding daging dan ayam yang saya beli dari Terengganu, goreng cempedak, kuih bingka dan agar2.
Makan tengahari pula adik masak gulai pucuk ubi tempoyak, ikan pekasam, sambal tumis petai dan goreng telor. Selepas makan kami pun beredar balik ke rumah masing2.