Pagi ni bila bw saya terbaca satu n3 yang membuatkan saya rasa terharu sebab ada orang yang ingat pada saya. Terharu sangat2 dan terima kasih banyak2 atas ingatan lg pada kak Zai.
Lg balik ke Malaysia sebab nak tengok dan jaga ayah dia yang akan menjalankan pembedahan jantung pada hari Jumaat ini. Saya berharap mari kita sama2 mendoakan semoga pembedahan tu nanti berjalankan dengan lancar dan semoga ayah lg cepat sembuh. Amin.
...........................................................................................
Saya dah lama mencari jenis makanan kalau nak kata coklat bukan gula2 pun bukan tapi dalam kategori itulah agaknya. Beberapa tahun dulu hubby ke Australia bila balik dia bawa coklat ni. Tengok rupa dia macam tempe, bila digigit keras tapi bila dikunyah alangkah nikmatnya, sedap sangat.
Puas saya mencari dimerata supermarket dan bertanya dikedai2 yang menjual coklat tapi jawapannya hampa, ada yang jawab tak pernah tengok. Saya pernah pergi expo dah tak ingat bila dan dimana ada menjual coklat ni, terus saya beli. Harganya memang agak mahal tapi tak kisahlah asalkan sedap dan saya suka.
Kebetulan masa saya membeli coklat untuk Mimi tempohari saya terjumpa, puas baca dan telek adakah benda yang sama yang dah lama saya cari2. Bila dah confirm betul terus ambik dan bayar. Dah tak sabar nak makan masa kat Restoren Saba buka kotak terus makan. Sukanya tak terkata sebab dah lama cari. Alhamdulillah rezeki yang diberiNya memang sangat2 melimpah ruah.............
Saya rasa coklat ni kat Australia aje yang ada sebab kat Uk pun anak saya tak jumpa.
Luaran dia manis dan kacang didalamnya
12 comments:
Sedap coklat tu k.zai..penah mkn coklat gitu..adik beli masa dia gi mesir hr tu...tp kacangnya jenis kecik skit..sebijik cam trmpe huhu
Salam Kak Zai,
You are welcome. Thanks ye sebab doakan Abah saya.
Nougat tu memang famous kat Australia esp Perth ni. Kalau ada tourist dtg, mesti diaorang bwk balik ber bag2 :-).
Dia bukan coklat sbb dia buat dr egg white, sugar n nuts aje. Tapi memang sgt2 sedap kan.
Kalau Kak Zai tergerak nak buat sendiri, ni ada recpi dia http://www.taste.com.au/recipes/12248/basic+almond+nougat.
Salam kenal jugak buat zaiton,thanks singgah2:) Nougat ni kalau nak cepat malas masuk supermarket kat Famous Amous bahagian yang yang boleh timbang2 tu pun ada Zaiton,yang soft ada yang crunchy pun ada,my girls suka yang rasa cappucino:) Nikmat mengunyahnya kan:):)
suri solehah
Ha'a macam tempe kan.Rasa dia sedap walau pun agak keras.
lemongrass
Salam lg...Patutlah kalau ada yang pergi Austrlia ramai yang bawa benda ni.Kat sana mungkin murah agaknya.
Semoga abah lg selamat dan keluarga semua tabah.kak Zai pun pernah 'menginap'kat IJN masa arwah abang buat bypass.
Mama TiaMia
Salam...dulu pernah jugak kak Zai cari kat sana tapi tak ada.Lepas ni dah tahu kat mana nak cari takdelah kak Zai rindu dengan benda ni lagi.
assalam zai..sama rupanya kita..saya pun suka sangat makan coklat ni..dulu kalau bos2 yang pergi ke Aust..balik mesti bawakkan ini untukn anak2 buahnya
Kak cik abang anie kalau ke Langkawi memang dia suka beli nougat ni... dia kalau beli banyak2...sebab dia suka...
sedap nampak..kalau dah teringin dan teringat tu memang merata tempat kita cari kan? Alhamdulillah dapat juga kak zai jumpa nougat tu..:)
nak cari jugak la naogat ni..sume kate sedap..so kena la try..hehe
Suka makan caklat berkacang ni.
benda yg tak biasa makan,tentulah kena tenung dulu..lelama baru tau.. saya teringat manisan drp mekah dan mesir yg saudara mara bagi dulu,warna putih dlmnya kacang mula2 pelik sb tak pernah makan..tpi sedap..
Post a Comment