Salam...
Saya dah habis baca novel ni, pada saya banyak yang boleh dijadikan tauladan, amalan, panduan dan yang penting boleh menyuntik semangat. Seorang mualaf yang mempertahankan agamanya walaupun diluar sana ramai yang sangsi dengan dirinya. Saya tak mahu mengulas ceritanya tapi saya nak berkongsi kata2 yang terdapat didalam novel ni.
Cinta yang paling teratas adalah cinta kepada Allah swt. Nabi saw sanggup bangun malam berkiamullail kerana cintakan Allah swt sedangkan beliau dah terjamin disyurga.
Mengucap shahadah, baca Al Fatihah dan ayat Kursi sebelum tidur.
Jangan gunakan perkataan KALAU sebab Allah swt tak suka (bergantung pada ayat).
Disebab belum ada sebarang ikatan... Awak suka saya tak? lebih sopan dari ...Do you love me?
Jangan sesekali membuktikan cinta dengan menyerahkan diri.
Tak perlu nak tunjuk 'aset' untuk memikat lelaki. Lelaki akan lebih terpikat pada yang tertutup.
Mengingatkan tetamu kalau menghadirkan diri ke masjid pakaian biarlah menutup aurat...ini bermakna bukan setakat bertudung tapi pakaian tidak jarang dan sendat.
Kasut dijadikan hantaran, kemudian diletakkan sebaris dengan Al Quran, sejadah dan telekung.
Kalau nak kahwin wajibkah ada hantaran, kenduri dan bersanding?
Adakah tidak memberi hantaran akan menampakkan kurang kasih sayang? Kasih sayang bukan untuk ditunjuk atau dipamer.
Kasih sayang bukan diukur dengan harga, jenama, buatan atau rekaan.
Adakah disebabkan seseorang itu 'somebody' kita seharusnya lebih menghormati.
Tidak perlu samseng untuk menguasai dunia, cukup dengan usaha, azam, tujuan, perancangan/visi, selebihnya pergantungan pada Allah swt.
Berusaha mendapatkan sesuatu dengan cara halal, bermaruah, mulia dan diredhai.
Kalau nak rasa kelembutan sesuatu barang rasalah dengan pipi.
Cara menghilangkan sejuk....gosok kedua2 tapak tangan kuat2, hembuskan nafas ke dalam kedua2 belah tapak tangan.
Jangan selalu tinggalkan suami, ke mana saja mesti bersama kecuali hal yang tertentu atau urusan kerja....selalu lupa diri hehehe.......
Masa bertunang darah manis...cepat panas disebabkan bisikan syaitan.
Kalau sesiapa yang berminat dengan kuda elok sangat membaca novel ni sebab banyak cara2 untuk menunggang boleh didapati.
Kuda yang terbaik ialah baka kuda arab jenis pure breed, kalau yang asli ada tanda seolah2 cap ibu jari Rasulullah saw dilehernya.
Kalau yang ada boyfriend bangsa cina atau keturunan cina lebih bagus membacanya sebab banyak ilmu untuk memikat bila dah jadi suami isteri.
Banyak lagi kalau nak diikutkan tapi sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya eloklah beli dan baca novel ni. Kalau nak dijadikan panduan atau amalan memang elok sekali sebab banyak tentang cinta tapi lebih kepada cinta yang Satu.
Saya tertarik dengan panduan nikah dan hantaran yang diselitkan penulis, selama ni kita/saya tak terkecuali cukup berbangga dengan hantaran yang berjenama, hiasan bilik yang dipertontonkan, dengan secara tak sedar kita memaklumkan pada tetamu situasi tempat tidur. Tanpa kita sedari sifat kita telah jatuh riak tapi terpulanglah pada pembaca untuk menilai.
19 comments:
Assalam Kak Zai,
pengulas novel yang serba serbi memahami selok belok cerita,dan menghayati nilai dan pengajarannya..
Salam Kak... terasa macam nak beli pulak...mesti gaya penceritaannya lain dari yang lain kan?
assalam zai..dah beli..tapi belum habis baca lagi.
Saya dah beli 3 minggu lepas tapi belum mula bace lagi..asyik sibuk jer...
Best ye kak zai...hujung minggu ni a saya nk bace..
Saya juga sudah pernah menulis novel ini dalam entri saya beberapa minggu lalu. Saya tergerak hati membeli buku ini tanpa sesiapa memberitahu. Itu yang pelik.
Malah saya belum terlihat di mana-mana pun lagi pasal novel ini, tapi pertama kali saya nampak di kedai buku, terus terpikat. Kuat sungguh aura novel ini. MasyaAllah. Ada banyak mesej bernilai dari novel ini rupanya.
“Awak Suka Saya Tak?”
Salam, Zai. Sebenarnya dah lama ma tak baca novel. Insya Allah... nanti kalau terjumpa bolehlah beli dan baca... Seronok pulak dapat info.
Amie
Salam Amie...kalau kak Zai membaca tak kira buku atau apa sekali pun kak Zai akan not benda2 yang boleh digunakan buat pelajaran dan pengajaran.
aNIe
Salam aNIe...kak Zai suggest anie beli dan baca sebab banyak benda2 yang kita lakukan tanpa kita sedari.
Acik Erna
Salam Erna...best kan buku dia banyak pengajaran,terutamanya berkasih sayang.
ainnoraini
Pada kak Zai cerita dia banyak info dan tip untuk kita yang kurang arif.
Jangan lengah lagi ...rempit...
azieazah
Kak Zai dah singgah kat blog azie masa tu tapi belum tergerak hati nak beli.Masa popular bagi discount 20% baru kak Zai beli.
Terlalu banyak pelajaran yang boleh kita ambil dari novel ni.Kisah cinta agong tapi lebih ditujukan pada yang Esa.
Kamariah Awang
Salam ma...memang ada sesetengah pendapat novel lebih kearah orang muda tapi tak salahkan kita yang dah berumur baca dan jadikan/ambil yang baik untuk dijadikan panduan.
Sangat setuju dengan pendapat Kak Zai, zaman sekarang ni hantaran kahwin macam dah satu pertandingan pula.. masing2 nak tunjuk lebih... konon merekalah yg paling gah...hmmmm
salam kak zai,
maaf terjah sbb tertarik dgn entry ni. nice blog kak ;-)
oh btw, saya juga dah baca ASST. alhamdulillah byk terkesan dgn pengajaran di dlmnya. sy anggap satu wadah yg amat baik utk mendidik anak2 muda ttg gaya bercinta yg bersyariat, sopan dan bermaruah spt review akak.
saya mohon sudi kiranya kak zai kongsi review kak zai ni dgn penulis melur jelita di blognya. jika diizinkan oleh kak zai ...
salam
Nida
Zaman dah berubah,kalau dulu masa zaman kak Zai hantaran banyak pada makanan kalau ada pun barang hantaran hanya yang biasa2 saja.
Liasari
Salam...terima kasih sudi singgah.
Alhamdulillah kalau kita dapat menerapkan nilai2 kesopanan yang sedemikian buat anak2 muda yang bercinta insyaAllah generasi akan datang akan mempunyai akhlak yang baik2.
Silakan...tak menjadi masaalah buat kak Zai, lagi bagus dipanjangkan supaya ramai yang membaca dan mengetahuinya.
Kakak pertama kali nampak novel ini ditunjuk oleh makdara TERdiva. Kini dia dah berundur dari blog tapi masih rajin komen...
Mesti kak zai dibuai rasa membaca novel ini:)
Kak zai..
dah lama saya tak beli novel baru....akak cerita macam seronok aje...
Assalamualaikum k zai:)
Dari apa yg akak ulas lam n3 ni..mcm menarik jee buku nii...leh tinjau2 jgk ni kat kedai buku nii...:)
Post a Comment