Wednesday, December 14, 2011

PanasssssssssssssSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS...................................

Salam...

Awal pagi dah buat hati panas....biji mata rasa nak tersembol keluar...darah memancut sampai ke otak. Mana taknya 2 hari saya dan hubby bergotong royong membetulkan pokok orkid. Orkid2 tu dah lama saya tanam kat luar pagar, betul2 sebelah kanan gate. Laluan tu pula tak kena mengena dengan jiran sebab ada gate satu lagi.

Pagi tadi masa nak buang sampah saya terkejut beruk bila nampak sampah dicampakkan diatas pokok orkid saya, plastik2 nya pula berselerakkan. Nasib baiklah sampah tu ringan kalau tidak mesti pokok orkid saya patah. Kalau sampah tu ditiup angin rasa tak lojik sebab naik ke atas pokok lainlah kalau tsunami. Dah alihkan baru teringat nak ambik gambar.

benda putih tu diatas pokok orkid.


Darah naik sampai ke kepala, terus cal hubby tanya kalau dia nampak semalam masa dia balik dari masjid. Katanya masa dia balik solat isyak semalam benda tu tak ada tapi pagi tadi masa nak ke ofis dah ada. Dek terlalu geram saya alih benda tu sambil membebel lepas tu baru teringat camera ambik gambar buat kenangan. Kenangan  perbuatan tangan2 cantik yang dianugerahkan Allah swt. 

Saya tak menuduh sesiapa tapi sebelum ni pun pernah berlaku dan saya tahu orangnya. Dah macam2 dia buat/mengumpat saya. Saya tak pernah ganggu kehidupannya tapi mengapa suka sangat ganggu saya. Hutang langgar kereta kami pun belum dibayar walaupun kecik bagi dia. Yang melanggar langsung tak minta maaf cuma si isteri aje bagi pihak si suami yang minta maaf lepas tu kata nak ganti/bayar tapi sampai sekarang buat dek.

Kalau ia pun ada PHD janganlah pokok dijadikan mangsa. Kita 'JUMPA' disana nanti.

26 comments:

kasihibu said...

betul kak
sya kalau nak sejuk hati sendiri cuma kata jumpa di sana......

che mid said...

Salam, Kongsi sedih dgn kak Zai.. bila dapat jiran macam tu.. takkan sampai nak pindah rumah kut kan...

cikmanggis said...

sabar Zai..sabar...tarik nafas panjang panjang....pi ambik wuduk..saya faham jika kita geram...tuhan saja yang tahu...perasaan kita

MulutPayau said...

teruknya....!!! kalau saya pun geramm jugak kalau jadi mcm ni...Bnyakkan bersabar yer kak Zai...

lady lavender said...

kalau betul ada yg sengaja buat mcm tu rasa isshh..memang busuk hati betul! Byk sabar K.zai..

Cik Melor said...

salam bykkan bersabar.

aNIe said...

Larrr... suka2 je hati diorang buang sampah kat rumah org... takde sivik langsung...

Zaitun said...

kasihibu

Apa lagi yang kak Zai nak cakap,sedih sangat.

Zaitun said...

che mid

Salam...rasanya tak perlu pindah, pergi jumpa aje tapi hubby tak bagi lagi pun tak jelas perbuatan siapa.

Zaitun said...

cikmanggis

Salam cm...sabar ada batasnya bukan sekali terjadi. Pernah juga bangkai anak kucing dah berulat dicampakkan depan gate. Kita tak suka bergaduh itu yang mereka cari pasal.

Zaitun said...

MulutPayau

Memang dasar phd itu yang perangai menjadi2 bila tengok orang lebih sikit.

Zaitun said...

Lady Lavender

Takkan sampah boleh terbang atau orang luar campakkan.Hati buat2 sabar tapi didalam hanya Allah yang tahu.

Zaitun said...

Melor

Salam...terima kasih sudi singgah. Sabar yang kurang ikhlas.

Zaitun said...

aNIe

Kalau ada sivik takkan sanggup nak lakukan macam tu.Entah datang dari planet mana agaknya.

Pn Kartini said...

Aduhai...pelik yaa ..macam2 kerenah manusia yg terkdg sukar utk diterima akal yg waras..
Sabar kak yaa....

Acik Erna said...

assalam zai..memang selalu kita terfikir bila dah macam tu kan..apa salah kita..
saya pun macam tu..tak sudah2..tapi bukan jiran dirumah la..sabar sampai setakat mana kita boleh bersabar ye zai..

saniah said...

ishhh geram nya tengok..sabar ya kak zai...ada hikmah Allah ujudkan "manusia" perangai mcm ni..supaya kita dpt bersabar dgn perangainya dan dapt ganjaran pahala atas kesabaran tu...takpa.kat 'sana' nanti tau la dia besar ke kecik PHD dia tu..:)

harap orkid terus berbunga ya..:)

sal said...

memang sedih yee..
penat2 berusaha..
tetiba rosak pulak pokok tu..
bersabar ye..

Nida said...

saya yang membacanya pun turut panas...

Kak Zai... dulu ibu saya selalu diumpat oleh orang kampung, sebabnya ibu saya ni orang luar.. apa sahaja yg ibu saya buat mesti akan dijadikan bahan cerita oleh jiran-jiran. Tapi ibu saya tetap buat baik pada mereka, bila buah mempelam belakang rumah kami berbuah lebat.. dihulurkannya seplastik pada mereka-mereka ini, bila jambu berbuah pun dibagi pada mereka. Bila ke kedai, dibelanjakannya sebungkus roti buat mereka... namun mulut mereka tetap mengata.

Pernah suatu hari mak saya jatuh motor, satu kampung tahu dan mereka hanya gelakkan "mak ko jatuh motor, Along... tulah kalau dah tak tahu nak naik buat apa naik".. Kak Zai bayangkan perasaan saya ketika itu bila mendengar mereka mentertawakan mak saya.

Namun itu dulu, sekarang mereka dah insaf, setiap kali jumpa mak saya.. mereka pasti minta maaf.. kata mereka "Kak Ani sangat baik orangnya, tak pandai nak berdendam.."

Saya pun tak sebaik mak saya.. Kak Zai pedulikan jelah orang yg busuk hatinya tu.. Insya Allah lama kelamaan mereka akan terfikir sendiri..Insya Allah

Amie said...

Assalam Kak Zai,
memang geram, memang mendidih darah, memang Amiepun ikut naik darat... kurang moral punya orang, takpe kak, yang penting kita tak ikut perangai orang tu...

Zaitun said...

Pn Kartini

Banyak yang pelik kan Tinie, kalau kita susah dihina tapi kalau kita ada lebih sikit mula cari pasal supaya orang lain juga sama menyangka kita sombong dan bongkak.

Zaitun said...

saniah

Kalau kak zai tak sabar dah lama mengamuk kat depan rumah,mana taknya penat pun belum hilang.

Ramai pula menyangka sampah tu kak Zai yang campak.Ada akai ka???

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...Saya pun kadang2 tak tahu apa yang saya dah buat pada mereka,salah ke saya ada duit lebih saya buat apa yang saya suka.

Adalah sorang dua yang phd.

Zaitun said...

sal

Kak Zai rasa sedih sangat sebab penat mengemas pun masih belum hilang.Kenapa pokok jadi mangsa, tak puas hati konon tanah kat luar bukan kak Zai yang punya.

Zaitun said...

Nida

Terima kasih bagi contah mak Nida yang banyak bersabar akhirnya mereka2 bertaubat.
Mungkin juga masa yang begitu lama mak Nida menderita dengan kerenah mereka akhinya Allah swt beri petunjuk.

Kak Zai mula tinggal kat rumah ni selepas kebanyakkan penghuninya dah tinggal 10 tahun.Jadinya kak Zai dikira orang baru dah tu mungkin pada pandangan mereka rezeki kak Zai lebih sikit dari apa yang mereka punya.Sebab itu kak Zai jadi bahan gosip.

Zaitun said...

Amie

Salam Amie...kalau ikutkan hati nak aje kak Zai bersemuka dan tanya apa yang buat mereka phd.Rezeki dah di tentukan Allah swt kenapa ada cemburu. kalau orang tu senang sikit,duduk rumah boleh punya macam2 kan itu rezeki namanya salah kak Zai ke dipilih diantaranya.