Saturday, December 03, 2011

Menonton & Novel

Salam....

Pagi semalam selepas buat kerja rumah saya dan adik terus ke panggung wayang, dapat tiket pukul 11.45 am. Masih ada setengah jam sebelum tayangan pergi ke food court beli bun bersarapan dengan adik. Lagi 5 minit masuk panggung tengok cerita Ombak Rindu. Dalam panggung nampak ramai kaum wanita berbanding lelaki mungkin kurang minat atau pun disebabkan hari bekerja.


Habis tengok wayang ke Popular saya beli 2 buah novel dan satu buku Inggeris untuk adik. Selepas tu masuk pula ke shopping complex, banyak sale harga murah betul ada barang yang sampai 80%. Pergi kat tempat kasut, terpikat satu sandal, ambik terus bayar. Rasa tertipu pula sebab kebanyakkan barang sale tapi sandal yang saya ambik harganya sama tak ada discount. Dah jalan2 satu komplex kami balik rumah.




Semua gambar ihsan dari google.

17 comments:

sonata anak kancil said...

skg tak sempat dah nak baca novel2 ni...dulu2 rajin gak...pantang baca novel - nak kena habis hari tu jugak!

Nieda said...

Tentu dah bantyak novel akak beli.

MulutPayau said...

ohhhh..kak zai dah tgk ombak rindu ye?????bila agaknya saya dapat tgk.....

Acik Erna said...

assalam zai..macam mana zai..baca novel dan tengok filem.

Pn Kartini said...

Salam my lovely Kak Zai:)

Memang tak pernah baca novel Ombak Rindu....agak2 mesti best jalan citernya yaa..:)

Zaitun said...

sonata anak kancil

Kadang2 kak Zai pun tak sempat juga tapi saja beli bila ada kelapangan masa tu barulah baca.

Zaitun said...

Nieda

Ada jugalah sebab kak Zai memang minat baca novel.

Zaitun said...

MulutPayau

kak Zai dah baca novel dia itu yang tak sabar nak tengok filem.
InsyaAllah ada masa lagi.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...Kalau baca novel kita sendiri yang bayangkan hero dan heroinnya, kat filem oklah.

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...Kalau ikut cerita kat novel ada sambungannya,kak Zai rasa lagi seronok dari Ombak Rindu.Novel dia bertajuk Cinta Tiada Akhirnya.

ibundo said...

zai, kakpah sekarang ni kalau pegi kedai buku capai buku resepi je. Dah lamo tak baco novel apatah lagi yang cintan..
sodap ko movie tu zai. nampak cam sodap jo dalam iklan tv tu.

sal said...

best tak ombak rindu..
anak2 saya asyik menyebut2 je ceta tu..

kasihibu said...

sana sini ada cerita ombak rindu, buatkan sya teringin nak melayan jugak, tapi kena minta izin enpakwe gamaknya
tp adakah akan di izinkan
sya tertanya tanya jugak ni.

Zaitun said...

Ibundo

Kadang2 saya pun beli juga buku resepi tapi tak guna pun.

Cerita ombak rindu bolehlah tapi sambungan cerita tu lagi seronok.

Zaitun said...

Sal

Untuk hiburan bolelah tapi sambungan ceritanya lagi seronok.

Zaitun said...

Kasihibu

Sekarang tengah hangat dipawagam,cerita dia boleh tahan tapi bagi kak zai sambungan cerita tu dalam novel yang bertajuk cinta tiada akhirnya lagi best.

intan morsalin said...

alaaa...kna cari ombak rindu dulu la kalau camni baru leh beli cinta tiada akhirnya...huhuu
psss...kak zai..uda & dara tu best x?