Salam...
Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah buat calon2 PMR yang mendapat 8A dan tahniah juga buat ibubapa yang mendidik. Buat hero bongsu Acik Erna tahniah juga saya ucapkan.
Berusaha, berdoa, tawakkal dan akhir sekali redha itulah petua yang selalu saya ingatkan pada anak2 kalau menduduki peperiksaan besar. Tapi lain bagi adik yang tak boleh menerima keputusan PMRnya. Adik sangat kecewa sampai jatuh sakit. Balik dari sekolah selepas ambik keputusan tempohari air mata tak pernah kering, makan tak lalu dan asyik baring akhirnya dia jatuh sakit. Semalam pukul 3 pagi muntah atas lantai bilik kebetulan sejadahnya diatas lantai habis semua kena muntah.
Kami semua sudah menasihatinya supaya lupakan yang lepas dan cuba dimasa akan datang. Berusaha dengan lebih gigih untuk SPM sebab peperiksaan SPM lebih mustahak untuk menentukan masa hadapan. Home tusyenya Isha dari UK dari awal nak tahu keputusan adik, bila dapat tahu dia cukup bangga sebab adik lulus dengan cemerlang subjek yang dia ajar. Mimi juga menasihati dan memberi contoh salah seorang kawannya pernah mendapat Keputusan yang sama macam adik tapi akhirnya dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan sekarang dia menuntut di UM jurusan arkitek.
Adik terlalu kecewa sebab dia tak menjangka mendapat keputusan yang sedemikian rupa. Rasa malu pun ada sebab katanya mama dan baba dah bagi macam2 sebelum keputusan diumumkan. Kalau dibandingkan dengan semua rakan2 karibnya adik selalu mendapat keputusan yang lebih bagus dari mereka. Saya sebagai ibu juga merasa sedih dengan keputusan yang diperolehinya. Inilah yang dikatakan nasib.
Adik adalah termasuk dalam golongan murid yang pintar, belajar dalam kelas harapan tapi tak tahu dimana silapnya dia hanya mendapat 4A, 3b dan 1C. Alhamdulillah subjek sains dan mathematik dia mendapat keputusan cemerlang dan saya berharap sangat2 ditingkatan 4 nanti dia dapat masuk ke aliran sains.
9 comments:
Salam simpati dari Che Mid..sekali lagi Allah menunjukkan bahawa rezeki setiap orang tak sama..Moga adik 'sembuh' cepat dan gembira seperti biasa. Sekolah pun dah nak dibuka semula. Faris kata dia nak ambil perdagangan.. ya la.. kan nak jadi tukang gunting..
Assalamualaikum kak..
Untuk adik..
Jangan terlalu sedih..
Perjalanan masih jauh..dan yang utama beri fokus untuk subjek tingkatan 4/5 nanti...usaha dari awal..!Yang lepas biarkan ia berlalu..kerana itu ketentuanNya jua..InsyaAllah..ada hikmah menanti adik nanti...
P/s: Utk KakZai..jangan susah hati yaa kak..insyaAllah adik cepat sembuh !
Memang benar sukar untuk menjaga keputusannya. Setelah usaha dah dilakukan kita pasrah sahaja. SPm lebih penting yg merupakan hala tuju sebenar nanti.
Tabahkan hati untuk adik.
Agaknya dia terlalu mengharap, jadi bila sebegitu dia kecewa. Kesian
Takpa, pujuk pelan-pelan.
Apapun tahniah.
Adik Jangan berputus asa..
Keputusannya ok juga..
lagipun SPM ada lagi..
terus berusaha..moga2 dilain masa mendapat keputusan cemerlang..ye ..InsyaAllah..
anak akak frust sgt sebab dia sendiri tak jangka dpt result mcm tu...tapi memang betul apa yg dia dpt sekarng tak menggambarkan keseluruhan masa depan dia. Suami saya dulu SPM cuma gred 2 hanya kerana BM tak credit hehee...tapi siapa sangka skrg tengah buat PHD :-).
Moralnya: PMR masih terlalu awal utk dijadikan ukuran kejayaan akan datang.
Tahniah untuk adik kerana telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapat yang terbaik. Memang sedih kalau tak dapat keputusan seperti yang diharapkan tapi insyaAllah ada hikmah di sebaliknya... Mudah-mudahan Adik cepat pulih..
kak zai...sampaikan ucapan tahniah saya buat adik ya...cakap kan kat dia jgn putus asa sebab pmr hanya sebahagian dari peperiksaan sahaja...ini cuma ujian..
ceritakan kat dia boleh tak? anak sulung saya hakim...mendapat 7a dalam PMR..yang B agama..cemerlang?iyalah tapi tahap menengah rendah sahaja lah kan...malangnya di sebabkan keputusan yg baik dalam PMR dulu mmbuatkan dia leka..malas study..asyik 'honeymoon' (biasalah bdk form 4 mmg mcm tu..) malangnya honeymoon dia berlarutan hingga ke form 5...pendekkan cerita..spm dia cuma dpt 1A...oya saya lupa nak bgtau lepas pmr dulu dia di terima masuk ke sek.men Teknik KL....sekolah yg bagus tapi dah dia malas..apa pun tak jadi kan...
so yang nak saya tekan kan di sini segalanya bergantung pada org itu sendiri..walaupun dpt keputusan bagus masa menengah rendah dan belajar di sekolah yg baik namun kalau dah lupa/lalai/malas kita susah nak berjaya...pada adik antie harap jangan putus asa...jadikan cerita abg hakim ni sbg pengajaran...dia dpt keputusan yg baik tapi tak juga mnjamin keputusan spm juga baik..
Pendekkata walaupun keputusan kurang baik ( pd pendapat adik la kan..) di PMR tapi masih ada peluang dan harapan utk mendpt keputusan yg bagus dlm SPM...spm lebih utama...dpt 9A dlm PMR belum menjamin utk ke universiti dik..
jgn sedih sedih..ni lg seminggu nak berjuang semula..mulakan usaha dari awal..InsyaAllah spm nanti adik sure akan berjaya...:)
sabar banyak2 ya dik...masa depan masih panjang..
Assalam Zai..semoga adik cepat sembuh..ibunyanya kena lebih pujuk adik..SPM lebih utama..PMR baru permulaan..
twrima kasih zai..untuk ucapan tahniah buat hero saya tu..alhamdulillah.
tapi saya selalu ingatnya dia..jangan terleka..perjalanan masih jauh..SPM penentu menunggu dihadapan..
Post a Comment