Terima kasih banyak2 pada rakan2 yang tinggalkan komen kat n3 saya yang lepas, terutamanya cik mid, Pn Kartini, Nieda, azieazah, sal, Ladylavender, Tirana, saniah dan Acik Erna. Terima kasih atas nasihat dan simpati. Alhamdulillah adik sekarang dah beransur pulih dari kejutan.
*********************************************************
homestay di Lengging N9
Cerita ni dah basi tapi saya masukkan juga dalam blog sebab nak buat kenangan dimasa akan datang.
25.12.2011 adalah hari anniversary saya bersama hubby yang ke 28 tahun.Tahun lepas saya honeymoon ke Singapura tapi tahun ini saya menyambut hari bersejarah kami bersama adik beradik n keluarga. Kami satukan hari anniversary saya dengan hari keluarga sekali harung dan kebanyakkan perbelanjaan di tanggung oleh my brother.Tempatnya tak mewah, rumah kampung saja tapi sebab dah lama tak merasai suasana kampung kami suka dan terhibur. Suasana, perabut yang ada didalam dan diluar rumah, layanan, makanan yang disediakan amat selesa, sedap dan yang paling bestnya anak2 dan anak2 buah saya dapat menunggang kuda. Saya suka dengan hiasan dan perabut yang ada di homestay ni, susun aturnya cukup cantik dan menarik. Dilain n3 saya akan tunjukkan perabut dan hiasan yang ada disana.
rumah yang my brother sewa
Selepas makan, solat dan berehat sebentar kebanyakkan yang hadir pergi menunggang kuda dan ada yang pergi jungle tracking berkuda. Adik tak menunggang kuda sebab dia alergik dengan binatang. Selepas menunggang kuda mereka bermain pulak pyramid slipper (permainan kampung).
masih dalam pembelajaran
adik ipar menunggang untuk suka2
Azalea pernah menang beberapa kali dalam pertandingan
Main pyramid slipper
brother dengan gayanya
sangat meriah
Hari kedua selepas solat subuh kami bersenam aerobik masa ni paling best sebab semua turut serta termasuk warga emas. Kelakarnya my hubby memakai kain konon nak jadi macam orang kampung. Saya dan along (anak buah) paling aktif dan ceria sekali. Selepas tu kami membuat aktiviti yang telah disediakan adik ipar dan anak buah. Permainan dibahagi kepada 4 kumpulan, ia nya terdiri dari kumpulan kelentong, taiko, bistari dan otai. Habis membuat aktiviti baru kami bersarapan pagi tapi tidak warga emas yang dah makan lebih awal. Menunya meehoon goreng dan ubi rebus yang dimakan dengan kelapa muda.
salah satu pertandingan
Saya dan beberapa orang saja yang main air kat kawasan cetek yang lain semua naik keatas, airnya agak dalam dan sesuai untuk orang dewasa.
Tengahari kami dijamu dengan daging salai, ayam merah, ikan dan berbagai sayur dan ulam2. Semua makanan yang disediakan atas permintaaan kita yang menginap dihomestay. Sebut saja makanan yang nak dimakan semua disediakan. Masakkannya pula sedap2 belaka.
Selepas makan tengahari ada penyampaian hadiah yang disampaikan oleh my brother yang menyumbang percutian ini.
hadiah tajaan dari along
my hubby pakai kain menang cabutan bertuah
along(anak buah)yang menyumbang hadiah
fairuz(anak buah) cameraman
group yang paling banyak mendapat hadiah
Selepas makan kami bersiap2 untuk pulang tapi sebelum tu sesi bergambar buat seluruh keluarga dan tuan rumah yang sangat baik dan peramah. Kami meninggalkan memori yang sangat indah untuk dikenang dan mungkin dimasa akan datang kami ke sini lagi sebab utama tempatnya yang nyaman, makanan yang sedap dan layanan yang baik
aksi gembira dengan kemenangan
keluarga yang hadir
hip hip horey
13 comments:
Assalam Kak Zai,apa khabar? lama tak singgah sini..lately ni bz skit.best tgk gambar akak bercuti satu family ni..meriah gitu. Happy Anniversary buat Kak zai dan suami semoga kekal bahagia hingga ke hujung usia..insyaAllah:)
tahniah zai..semoga berkekalan hingga akhir hayat..bahagia aman damai...amin.
Nieza
Salam Nieza...kak Zai sihat2 aje. Amin...semoga doa dimakbulkan.
cikmanggis
Salam cm...terima kasih atas doa dan ucapan.
K.Zai...bestnya boleh kumpul reramai macam tu kan. Tak perlu pulak tu fikir2 nak masak bagai, cukup masa makan...
assalamualaikum Kak ZAi:)
Nampak pada gambarnya tuu..memang nampak meriah!!!;)
Assalam zai..happy annivesary..yang ke 28..ulang tahun kita sama..cuma azi kurang setahun..
dari gambar2 pun dah tau keseronokan zai dengan keluarga.
Wahhhh meriahnya.....
Selamat mnymbut u/tahun pkahwinan utk kak zai dan suami....semoga kebahagiaan berkekalan....
bestnya akaaakk :-))
bukan senang nak family gathering kan. Seronoknya bila semua supportive.
p/s: hepi 28 anniversary buat akak & suami. Semoga sentiasa berbahagia selamanya insyaalah..
seronoknya zai...
dan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan. semuga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
K.zai..tahniah utk ulangtahun perkahwinan akak..walaupun dah lewat suri ucap..moga terus kekal bahagia selamanya..seronok tgk gamba ceria kumoul ramai2...
Salam Zaitun,
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 28 tahun...semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa..
Memang seronok sungguh bila kita dapat berimpun ramai2 macam ni....Kak Ros tumpang seronok...
salam, selamat ulang tahun moga berkekalan hendaknya. jeram toi memang cantik. pernah kesana semasa tinggal di seremban. pasal jahit baju tu boleh tak kasi melor email akak? cite2 kat email lagi senang
Post a Comment