Siapa pun yang bergelar ibu akan mengalirkan air mata bila mendengar suara anak menyatakan berita gembira. Saya juga tak terkecuali tak dapat menahan air mata kegembiraan bila mendapat tahu anak saya Mimi mendapat tempat ke3 for English Respondent dalam Law Moot competition 2011. Dia sendiri tidak menyangka sebab kebanyakkan participant handal2 belaka. Tempat pertama dan kedua dimenangi penuntut chinese dan tempat ke 4 juga chinese. Saya rasa terharu sangat2 dan rasa bersyukur dengan pencapaianya. Semoga dimasa akan datang dapat buat yang lebih baik lagi, mama & baba sentiasa mendoakan kejayaan akak, Amin.
Akur dengan keputusan yang diambil walaupun pada awalnya saya kurang bersetuju sebab saya mahukan dia mengambil jurusan perubatan. Itu kemahuannya dan dia telah membuktikan pada saya dia boleh melakukan dengan baik apa yang dia inginkan.
muka gembira
**********************************************************************
Semalam hubby balik dari bayar bil talipon bawa satu beg plastik. Katanya maxis buat promosi dan barangnya pula limited. Barangnya free cuma bayar internet rm95 setiap bulan selama 2 tahun. Dia terus ambik dan hadiahkan pada adik. Melompat keseronokanlah adik, dalam masa beberapa bulan dah dapat 2 barang. Sebelum ni hubby dah belikan talipon baru konon bagi peransang untuk PMR. Saya cakap result belum keluar dah dapat macam2 barang.
HTC Flyer
gambar dari google
***************************************************************
Lalu kat blog lg nampak dia tayang macam2 kuih salah satunya (tak tahu nama) pulut bersalut dengan serunding kelapa.Teringat kat fridge ada serunding kelapa lebihan masa buat kuih cucur badak. Pulut pun ada dalam simpanan. Dah agak lama tak makan kuih ni, buat sama2 dengan adik.
pulut dengan serunding kelapa
17 comments:
tahniah buat anak akak yer semoga akan berjaya lagi nanti..InsyaAllah:)
Kak...tahniah buat mimi...semoga akan terus berjaya
Cantik HTC tu...anak sulong guna yg tu.. suka tgk skrin dia... skrin LED kan...
tahniah buat adik..tumpang gembira:)eh dah lama tak makan pulut serunding ni..sedapnya Zai..yum yum
Tahniah Mimi... Jadi anak yang membanggakan mama dan papa yer... ma pun tumpang gembira... Alhamdulillah.
Tahniah utk anak Kak Zai. Semoga dia terus cemerlang dlm bidang yg dipilihnya.
Pernah makan pulut tapi dilapiskan dgn serunding .
Nieza
Terima kasih atas ucapan dan doa dari Nieza.
aNIe
Terima kasi aNIe.
Senang carry dah tu laju bukan main internetnya.
Saya pun dah lama tak buat kebetulan ada serunding lebihan,rasanya memang sedap.
Terima kasih.
Kamariah Awang
Syukur alhamdulillah Mimi tak pernah menghampakan itu yang mmembuat air mata selalu berguguran.
Terima kasih atas ucapan.
Nieda
Terima kasih Nieda.
Kak Zai selalu salut aje tak pernah buat berlapis lagi.
Tahniah buat mimi. Tumpang hepi jugak :-)
p/S; akak...kuih akak sungguh menggoda. nanti saya pun nak try jugaklah. saya penggemar tegar pulut :-)
assalam zai..bertuah adik..mana tak melompat seronoknya.
tahniah pada anak kerana berjaya dalam pertandingan tersebut..moga kejayaan ini menjadi pendorong untuk terus berusaha di masa depan..
dah lama tak buat..nampaknya sedap kuih pulut bersalut serunding tu..
salam kaka zai...tahniah buat mimi ya..kalau buat perkara yg kita minat pasti akan mudah berjaya..:)
Tahniah mimi... auntie tumpang gembira moga anak auntie boleh macam mimi.
Kak Zai... kuih pulut tu tempat kakak ada jual seringgt tiga ketul.
Macam mana kak zai buat serunding kak zai yg merah cantik tu? kakak suka yg pedas-manis macam ini.
Salam perkenalan..
Taniah untuk anak akak..:)
Assalamualaikum kak zai...
Tahniah utk anak akak....semoga dia terus cemerlang....
wahhh..sedapnya pulut srnding tu..dah lama tak makan....
Post a Comment