Friday, October 28, 2011

Bandung part 1

Salam semua...nak cerita sedikit tentang percutian saya ke Bandung tapi kali ni cerita pasal shopping aje dulu dan yang lain kemudian hari pulak.

 baru tiba

Cerita pasal shopping memang harga barangannya murah2. Tempat yang harus singgah seperti Rumah Mode, Pasar Baru, Toko Tiga dan banyak Factory Outlet disepanjang jalan. Disini juga banyak pakaian jenama seperti Burberry dengan harga yang murah, kalau diM'sia hanya ada jual diKlcc, Pavalion atau komplek besar2 aje.

Saya pernah pergi ke Hajaba Butik (Shah Alam) tengok telekong dan pakaian solat memang cantik2 tapi harganya ratus2. Kalau diBandung boleh dapat dengan harga yang sangat murah dan banyak yang lebih cantik2.

Kalau nak beli kain ela berpinar mata nak memilih tak tahu yang mana satu nak beli sebab terlalu banyak pilihan dengan harga yang amat murah. Baju kebaya yang penuh dengan manik dan labuci, seluar jeans yang branded, shirt, blaus, t-shirt, dress, kain batik, kain pelekat dan macam2 lagi. Pendekkan cerita boleh dikatakan semua barangan murah dan semua orang mampu beli.

kedai pakaian branded
kain ela 
memilih telekong

hasil tangkapan dari Toko Tiga

Satu lagi kedai yang patut singgah ialah kedai Kartika Sari yang menjual macam2 kek, yang berlapis dan macam2 rasa.
macam2 perasa
 kotak panjang tu dipanggil kek lapis legit dan yang kotak coklat tu brownnies surabaya (kalau tak silap)

ice cream

 Buah berrys di Tangkuban Parahu rasanya cukup manis.


Selain tu beli juga barang2 souvenir seperti fm, key chain, dan sebagainya untuk dijadikan ole2.

Maaf saya tak dapat nak tunjukkan semua barang2 yang saya beli takut jadi riak pula.

19 comments:

Kakzakie Purvit said...

Alahai Kak Zai bukan riak... sebagai memberitahu aje. Lagi pula kami suka tengok dapat sher juga happy-happy gitu...

Telekung memang murah di sana kan Kak Zai tak kiralah di Bandung ke mana-mana di Indonesia. Mesti banayak Kak Zai mengangkut balik.:)

saniah said...

kak zai...bagi la info sikit..macam hotel2..tempat makan..keadaan dlm hotel mcmana?bersih ke? dah tu hotel mana yg dekat dgn tempat shoppping tu kan...orang kata spa pun murah kan?
teringin nak pergi ni ingat nak gi sendiri tak guna agent..ok tak?
gera tengok tempat shopping tu..
cerita ya nanti..

cikmanggis said...

bestnya zai..Cm suka buah berry tu.Jika ke Bandung tak sah jika tak tempah seluar jeans kan.

Zaitun said...

Telekong memang murah kakzakie,cantik2 dengan sulaman.

Kak Zai beli banyak sebab nak bagi kat adik beradik.

Zaitun said...

saniah

Salam saniah...nanti dilain n3 kak Zai bagi tau ya.

Kak Zai pergi sendiri aje tak pakai agent pun.

Zaitun said...

cikmanggis

Buahnya manis sangat tak macam kat Cameron Highland bila bawa balik jadi masam.

Harga murah borong habis untuk se tahun hehehe...

Kamariah Awang said...

Berkonsi dengan ikhlas apa salahnya.. Siapalah tak seronok kalau dapat makan angin yer...

azi said...

Salam Kak Zai...
seronoknya akak pegi bandung...mesti banyak akak shoppingkan..kalau tahu akak pegi..mahu saya kirim kain ela untuk baju kenduri dec nanti...he..he...lawak aje kak

Nieda said...

Kak ZAi , kalu N3 jalan2 suka sgt saya baca.Termasuk barang shoping2.
Tak suka yg n3 yang berat2kan otak.
Berblog untuk bersantai saja .

lady lavender said...

waaa..k.zai meriahnya!! Best betuul :-)

Zaitun said...

Kamariah Awang

Sharing tak salah kan...hehehe..

Sesekali ambik angin luar dan agak lama tak jenjalan menaiki kapal terbang.

Zaitun said...

azi

Salam azi...Banyak juga kak Zai menyopping tapi kebanyakanya pakaian anak2.
kak Zai beli kain ela untuk raya tahun depan,nanti tak payah menjengok ke Gulatis lagi hehehe.....

Zaitun said...

Nieda

Seronok kan boleh jadi panduan bila kita ada peluang pergi.Bab shopping kebanyakan perempuan memang suka.

Zaitun said...

Lady Lavender

Namanya pun makan angin dah tu dapat shopping,joli sakan huhuhu....

Acik Erna said...

assalam zai..bercuti kebandung rupanya..patut lama tak de cerita baru..
tang telekung tu yang buat saya suka sangat dengar tu..tak pe la zai..tunjuk telekung pun jadi la..suka tengok yang cantik2 tu..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Wah seronok nyer bercuti2..selamat menyopping, memang boleh hilang kawalan bila barang2 cantik2 dan murah2..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Seronoknya kak.
Saya aje tak sampai-sampai...



Kalau share semua gambar2 lagi bagus kak..

MulutPayau said...

Assalamualaikum kak Zai..

Kalau g Bandung, mmng tak sah kalau tak soping sakan....barang2 mmng murah betul...maunya berjuta2 rupiah habis...

sal said...

geram2 shopping kat sana..kata kawan2 yg pernah sampai,bnyk benda2 berpatutan..

telekungnya dan bajunya cantik2,kan..

alhamdulillah, dah selamat pergi dan kembali..