Sunday, June 12, 2011

Ngantuk

Baru rasa lega dah sunyi sepi kalau tidak dari semalam bagai nak pecah kepala. Masa keluar rumah tadi nak hantar Mimi ke bas station untuk balik ke Melaka masih lagi melalak. Parking kereta jauh sikit dari rumah sebab laluan digunakan untuk pasang khemah. Saya pergi bertiga sampai kat station bas belum datang duduk sekejap kat kedai minum. Tak lama bas pun datang penumpang dah naik bas dah nak jalan saya pun bergerak. Tengok jam masih awal lagi malas nak balik rumah, untuk mengelak dari kebisingan ajak adik pergi Giant. Ni baru sampai rumah lega rasanya dah sunyi cuma kereta tak boleh lagi parking kat depan rumah.

Jiran depan rumah buat kenduri kahwinkan anak, dari semalam berkaroke sampailah dekat pukul 1 tengah malam masih memekik, melolong. Kalau sedap bunyinya tak apalah juga, ini entah dimana musik suara tenggelam timbul,simuda si tua nak juga melalak. Tuan rumah pun biarkan aje pengunjungnya berseronok sampai ke tengah malam. Speaker besar diletakkan betul2 di depan gate rumah saya. Nak buat macamana jiran kenalah beralah banyakan sabar. Anak2 bising tak biasa dengan keadaan yang bising melebihi waktu tidur. Bukan tak boleh berseronok tapi biarlah waktunya tak mengganggu waktu tidur.

Mata ni pulak kalau dah lewat malam susah nak lelap, terkebil2 pandang syiling entah bila lenanya tetiba aje tersedar dengar macam2 bunyi orang bercakaplah, kerusi meja berlagalah, pinggan mangkuk berlaga dan macam2. Jengok kat luar gelap lagi bila pandang kat jam baru pukul 4.30 pagi. Nak marah tapi pada siapa mata ni yang terbuka sebab bunyi2 kat luar takut juga sebab hubby sekarang tak ada kat rumah. Dalam hati sebelum ni pun ada juga yang buat kenduri tapi taklah macam ni atau saya aje yang tak betul sebab sentiasa tak berapa lena tidurnya sejak ditinggalkan sendirian.

Masa pergi kenduri tadi pun makan tak berapa nak lalu sebab mata mengantuk sangat, badan rasa macam letih. Bila balik dapat rehat sekejap lepas tu hantar Mimi. Malam ni nak tidur awal sebab esok permulaan sekolah. Buat cikgu2 selamat bertugas semula dan buat pelajar2 beri tumpuan sepenuhnya sebabnya ni dah bulan 6 khususnya bagi pelajar2 yang menghadapi peperiksaan tahun ini.

23 comments:

kasihibu said...

esok dah mula kelam kelibut dgn agenda anak2 ke sekolah

Nieda said...

Sekejap ja 2 minggy bercuti. Esok dah nak kerja balik..

Nieda said...

Sekejap ja 2 minggy bercuti. Esok dah nak kerja balik..

Kamariah Awang said...

Begitulah kalau dapat jiran yang tak prihatin, ya Zai... Sabar ajelah selagi boleh sabar...

Kakzakie Purvit said...

Kalau boleh uat majlis janaganlah ganggu jiran. Kalau di tempat kakak mestia da seseorng yg kena ingatkan kerana dlm taman bukan semuanya org Melayu kan...

Acik Erna said...

assalam zai..dah mula sunyi balik kan..bila dah sekolah semula ni..

Zaitun said...

sayangsayangibu

Hari pertama sekolah sememangnya semua kelam kelibut.

Zaitun said...

Nieda

Masa berlalu memang pantas,pejam celik dah sekolah semula.

Zaitun said...

Kamariah Awang

Orang yang mengendalikan majlis sepatutnya tahu peraturan,tuan rumah pun kena ambil peranan walaupun dah serahkan tugas.

Zaitun said...

kakzakie

Bukan tak boleh berseronok tapi janganlah menyusahkan orang lain,nasib baik tak ada yang mengamuk.

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna...sunyi sepi kat luar tak ada budak yang main semua dah kesekolah semula.

Kat dalam rumah lagi sunyi... dok sensorang hehe....

azi said...

Salam Akak...
Akak..bila hidup berjiran ni, kena banyak sabarkan kak...saya pun dah terkena ..masa nak minta tolong, tengok kita senyum saja..lepas kenduri...pandang muka pun tidak......tapi nak dpt. berkat tolong tu......sabar ajelah...semoga akak tabah dan sabar ye..saya tahu akak sunyi...

Zaitun said...

azi

Salam azi...itulah lumrah hidup bila nak kan sesuatu manis aje tapi bila dah tolong lain ceritanya.Samalah nama pun manusia tak lari dari membuat kesilapan.

Kak Zai rasa kecewa tak dapat nak komen blog azi dan kadang2 nak baca pun tak boleh habis sangkut macam jem aje.Kak Zai ada tanya kat anak kenapa jadi macam tu dia cakap mungkin berat sangat blog azi tapi tak tahulah sebab utamanya.

Granny Hani said...

sekolah dah di buka semula...hari pertama sekolah ni penat betul. balik rumah jer,pengsan..heheehee

cikmanggis said...

semoga malam ni Zai dah dapat tidur dgn selesa..qada la tidur yang terganggu semalam tu ya..semoga dibuai mimpi yang indah indah:)

Zaitun said...

hani@dedumelukut

Kalau cikgu pengsan boleh juga diterima tapi kak Zai yang duduk rumah ni pun rasa nak pengsan.

Zaitun said...

Tak mahu pula mata ni lena jauh sekali nak mengqada tapi kalau ada hubby letak aje kepala kat bantal dah hanyut.

ibundo said...

adui.. terpekik terlolong tu yang tak tahan tu. boleh kita pulak yang histeria dibuatnya

ibuintan said...

memang susah kalau dapat jiran yg tak peka dengan keadaan kelilingnya..pentingkan diri tu

anie,Nagoya said...

sekom kk Zai.

yelah kan.kenduri.tp nak le mereka yg wat kenduri2 tu fhm n hormat org keliling.nak berhibur pun kan?kita bkn nak menunjuk2.org jepun tak penah bukak radio besar2 smpi org sebelah dengar.mereka hormat n prihatin sekeliling.kalo boleh kita cuba contoh sikap murni dari jepun ni.

azieazah said...

Kesian, KAK ZAI dapat jiran yang tidak hormati perasaan orang lain. Melebihi had tu yang kita takleh nak terima tu.
Kalu tegur kang, jadi bermasam muka pula..
Serba tak kena. Beralah saja lah.


Jatuh Chenta Pandang Pertama: “Haruskah Ku Bilang Chenta?”

sal said...

cian...bersabar yee...klu buat kenduri camtu kadangkala diorg tak bole control..

wahida said...

kadang2 nak marah pun tak boleh kan kak sebab jiran punya pasal..serba salah kita dibuatnya...adeh la..

sabar je la kak...