Sunday, May 15, 2011

Stroke

Pagi Jumaat selesai solat subuh saya dapat mesaj...mak kat ward  immergency... tumbang kat ruang tamu....saya buka telekong terus turun kebawah dan tunjuk kat hubby. Bila hubby dah baca suruh saya  bersiap tapi sebelum ke hospital kami terpaksa hantar kawan hubby ke bas station sebab dia nak balik ke Lumut, Perak. 2 hari sebelum tu hubby bersama kawannya pergi ke Kuantan atas urusan kerja dan baru balik pukul 1 pagi hari Jumaat. Kasihan kawan hubby saya cuma sempat buat air saja tanpa sarapan. Lepas tu saya pun terus bersiap dan kami terus bertolak  ke bas station. Sampai saja terus beli tiket kebetulan bas yang nak dinaikinya memang nak berlepas. Bila bas kawan hubby dah berlalu saya dan hubby ke restoran yang berdekatan untuk sarapan sebelum ke hospital.

Sampai kat hospital anak buah berada disamping maknya, saya terus ke katil yang ditempatkan dan cium kakak berkali2. Anak buah beritahu blood pressure maknya terlalu tinggi dan kakak di serang stroke. Mulut kakak  herot dan badan sebelah kirinya lemah dan doktor beritahu terdapat darah beku kat kepalanya. Disebabkan ia cepat dihantar ke hospital mulutnya dapat disembuhkan walau pun tak sepenuhnya. Selama 2 hari di hospital macam2 proses dilakukan dari pagi sampailah kepetang dan hari Isnin nanti doktor nak ambil air tulang belakang.

Sekarang kakak telah dipindahkan kedalam ward untuk rawatan seterusnya.Pagi ni saya dapat mesaj dari anaknya mengatakan b/p telah turun menjadi normal. Alhamdulillah proses pemulihan begitu memberangsangkan. Kami berharap selepas kejadian ni tak akan cuai lagi dan menjadi pengajaran supaya menjalani pemeriksaan walaupun berada dalam keadaan sihat. Sebenarnya kakak tak pernah mengalami apa2 penyakit kecuali alzheimer's, sebab itulah kami menyangka dia sihat.

25 comments:

azi said...

Salam kak...
Syukur akak...kakak akak dah sembuh dah....mudah-mudahan selepas ini akan lebih baik seperti sediakala....
memang akak..kita pun kena check selalu...macam saya kolestrol tinggi..hubby bising jugak...makan kena pantang..tapi saya..pantang jumpa....he..he..harap akak akan sihat selalu ye..

Zaitun said...

azi

Salam azi...Terima kasih atas doa,azi pun kena jaga pemakanan dan kalau boleh pergi buat pemeriksaan berkala.

ibuintan said...

salam kakzai... moga kakak kakzai makin sembuh

boleh cuba bacakan doa angin akhmar sambil memicit ibu jari kaki kanannya, kita beriktiar Allah jua yg menyembuhkan

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam, process penyembuhan stroke agak lama juga 2 tiga bulan, kalau serious makan tahun, uncle pernah kena stroke 2 kali.. Alhamdulillah..recoved dengan izin Allah
Ikhtiar auntie adalah berurut setiap pagi selama 3 bulan.

sal said...

semoga kakak cepat sembuh

anie,Nagoya said...

sekom kk Zai.semoga cepat sembuh

kasihibu said...

salam kak
alhamdulillah tekanan darah tu dah turun, bahaya jugak kalau ada darah tinggi kan?

Pn Kartini said...

Assalamualaikum kak

Moga kakak akak kan cepat sembuh!
Guru sekolah dulu ada juga yang terkena stroke.. katanya dia cuba berurut berulangkali!...Now..alhamdulillah

Kdg2 terfikir juga..
Bila dah nak kena..kejap jekk kan
Yang ptg..
memang kena jaga pemakanan kan kak

sekadar satu coretan said...

semoga kak zai cepat sembuh ye...
jaga pemakanan insyaallah kak zai akan siaht seperti sedia kala...

Zaitun said...

ibuintan

Salam ibuintan...kak Zai dah bacakan doa tu harap2 membantu,kita berusaha yang menyembuhkan hanya yang maha yang Esa.

Zaitun said...

Marina Monroe

Saya pun dengar orang kata kena urut kalau kena sroke.Insyaalah kalau kakak dah keluar dari hospital nanti nak bawa berurut, kita hanya berusaha.

Zaitun said...

sal

Terima kasih sal.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Salam anie...terima kasih atas doa.

Zaitun said...

sayangsayangibu

Salam...selalunya stroke memang disebabkan darah tinggi,oxygen tersekat disebabkan terdapat darah beku di saluran.

Kakzakie Purvit said...

Penyakit yg paling digeruni Kak Zai. Dia attack tanpa di duga.

Alhamdulillah beransur baik....

Zaitun said...

Pn Kartini

Salam Tinie...memang ramai yang dah terkena stroke terutamanya orang yang mengidap darah tinggi.Keluarga kak Zai pun ramai juga kena.Harus mengamalkan diet,senaman dan kalau yang mengidap darah tinggi jangan lupa makan ubat sebab kita tak tahu bila masa nak terjadi.

Zaitun said...

ainnoraini

Terima kasih...kakak kak Zai yang sakit.

Zaitun said...

kakzakie

Betul kata kakzakie salah satu penyakit yang digeruni selain cancer,jantung dan kencing manis.

Alhamdulillah.

Chik Na said...

Moga kakak zaitun cepat recover...

Zaitun said...

Chik Na

Terima kasih.

cikmanggis said...

apa khabar Zai?maaf lah Cm tak sempat nak singgah kat blog zai ni sb balik kg tak de internet.Semoga Kakak zai akan kembali sihat.Insyallah.

Irfa said...

harap kakak kak zai cepat baik.sgt risau bila ahli keluarga jatuh sakit

Unknown said...

Assalammualaikum Kak Zaitun, syukur alhamdulillah akak kak zai semakin baik didoakan juga semoga bertambah baik...memang kena jaga selalu kalau dah pernah serang stroke kak....thn lepas mak nieza pun sama kena sebelah bdn tapi mujur cepat dibawa ke GH alhamdulillah bertambah baik walaupun kaki sebelah masih kebas...sama-sama kita berdoa kak.

ibundo said...

semuga sembuh seperti sediakala.
kita ni jangan anggap diri sehat sentiasa. kena buat check up. kpah baru buat health screening. tu yang dapat tahu ada batu karang sebijik dan uric acid pun tinggi. banyak nak kena pantang makan...
waktu ni lah kita nak kena berhati2..

Granny Hani said...

strok/tekanan darah tinggi tak asing lagi buat keluarga saya.begitu juga serangan jantung. Kalau tgok photo keluarga, org tak terkejut sbb saiz xl semua nya..tau bahaya tapi payah nak ubah gaya hidup yg tak sihat ni..