Monday, May 23, 2011

Satay & Aktiviti Anak Beranak

 Hari ni saya update cerita yang dah basi untuk panduan sesiapa yang nak baca blog saya. Hari Sabtu Mimi sekali lagi menghadirkan diri untuk ujian undang2, alhamdulillah lulus dan proses seterusnya akan dimulakan. Sebagai rewardnya saya mencadangkan kami pergi makan satay di Satay Station. Masa  kami nak pergi makan hari tu hujan lebat sangat, dalam kereta rancak bersembang, tiba2 tak tahu macamana tahu2 dah ke arah Satay Haji Samuri. Alang2 dah sampai kami teruskan makan di situ walaupun memang dah tahu akan mengecewakan.

Kalau ada saudara atau kenalan yang empunya satay ni membaca blog saya harap tolonglah perbaiki mutu sataynya. Tahun lepas masa anak dan menantu saya balik ke M'sia kami bawa mereka makan ke tempat ni, kami dihidangkan dengan satay yang tak masak. 3 atau 4 lidi masih bercantum. Sepatutnya kalau dibakar satu persatu lidinya mesti tak bercantum kan. Selalu bila makan satay mesti macam gambar yang dibawah ni lidinya berlerai isi dagingnya nampak macam kena bakar tapi apa yang kami makan ianya bercantum dan kalau satay ayam warnanya langsung  tidak berubah.

gambar google
 
Perkara macam ni dah banyak kali berlaku dan pernah saya tegur tapi masih ditakuk yang sama. Saya bukan nak mencemarkan nama baik tokey satay ni tapi untuk kebaikan supaya di lain masa benda ni tak akan berulang. Mungkin sesetengah orang tak berapa kisah benda remeh macam ni tapi saya agak cerewet sebab saya nak makan benda yang elok dengan harga yang saya bayar terutamanya bila saya membawa seseorang yang datang dari luar negara. Ok kita tinggalkan cerita satay yang mengecewakan ini.

Petang sebelum pergi makan satay saya dan Mimi buat kuih keria. Semalam pula siadik mecuba buat cookies bersendirian buat pertama kalinya, rasa biskutnya sedap tapi tak berapa cantik. Lain kali boleh improve daya seninya. Lupa nak ambik gambar biskut.

kuih keria sengaja buat tak banyak gula

25 comments:

azi said...

Salam akak zai..
Akak...saya kalau ke KL mesti pegi makan Sate Kajang Haji Samuri tu...tapi itulah...macam akak cakap...makin lama, rasanya dah lain..tak macam dulu2...diorang lebih pentingkan kuantiti daripada kualiti...akak..cantik kuih keria tu..mesti sedapkan makan panas2 dengan teh...emmmm

Unknown said...

salam petang kak zai~ pernah pergi makan..tapi mase tu ok lagi.Bile dah maju....cam tu la gayanya, teguran pelangan kena ambil berat..sbb dek sayang kite tegur kan.

azieazah said...

SEJAK SAYA DAH KENAL SATAY STATION, SAYA MEMANG STOP TERUS SATE HJ SAMURI...!

*Saya tulis huruf besar, sebagai tanda betapa jujurnya saya nak juga setuju dengan tulisan Kak Zai. Sate di Kajang yg top tu memang dah merudum rasa dan kualitinya. Saya dengar juga orang cerita, ramai INDON yang dok buat keja di situ. Taste out!

aNIe said...

Kak Zai... Satay Hj Samuri tu dulu memang sedap kan? Tapi mereka tak menjaga kualitinya...

Anie tak pernah pergi makan kat Satay Station lagik... sebab utama sebab anie bukan peminat satay... yg suka satay... cik abang dan anak2 je...

ckLah @xiiinam said...

Tiba2 teringat belum makan malam lagi...

Acik Erna said...

assalam zai..bila tengok gambar kuih keria tu..tiba2 rasa teringin nak buat..
biasanya saya suka keria ubi tu yang susah nak dapat kalau tak buat sendiri..

Zaitun said...

azi

Salam azi... kalau azi datang Kl nanti cubalah satay station pula harganya mahal sikit tapi memang berbaloi.

Zaitun said...

mommylavender

Salam...kak Zai memang akui dulu sataynya memang sedap tapi sekarang tak tahu dimana silapnya atau mungkin juga sebab semua urusan telah diserahkan pada orang bukan tempatan.

Zaitun said...

azieazah

Betul kata azie,satu ketika dulu siapa saja nak makan satay mesti sebut nama satay tu tapi sekarang dah jadi sebaliknya.

Memang tak jumpa pekerjanya orang tempatan.

Zaitun said...

aNIe

Beruntung anie sebab tak suka makan satay tak payah susah2 nak mencari tempat makan satay yang lebih sedap.

Keluarga kak Zai pula semua peminat tegar satay hehehe...

Zaitun said...

ckLah

ckLah tak nak cuba Satay Station?

Zaitun said...

Acik Erna

Salam Erna... mood rajin tengah datang,buat gotong royong dengan anak2.Saya kurangkan gula untuk siranya tu nampak tak berapa cantik.

hnyhar said...

kak zai, tahniah buat mimi dah lepas test. err sedapnya sate tu..terliurla kak zai...

Zaitun said...

hnyhar

Terima kasih.

Kalau balik nanti cuba makan kat Satay Station rasanya lebih sedap.

Kakzakie Purvit said...

Assalamulaikum Kak Zai,

Kakak nampak aje gambar satey dah teringain nak makan pulak. Itulah pentingnya jaga kualiti kan kak zai. Kalu dah bakar masih bercantum itu mesti tak masak....

sal said...

sedapnya satey..lama tak merasa..
apakhabar..moga dah sihat yee

Zaitun said...

kakzakie

Salam kakzakie...ramai yang suka makan satay tapi kalau makan benda yang kurang masak rasa macam nak muntah kan.Apa2 pun mesti kena jaga quality.

Zaitun said...

sal

Anak2 kak Zai suka satay sebab tu selalu makan.

Kak Zai sihat2 aje.

ibundo said...

alahai zai.. sate dan keria tu kakpah tengok je lah. dah kena diet ni. takleh makan tu..

Unknown said...

assalam kak, sedapnya tgk satay tu...terliur la pulak..lama tak mkn nk buat malasla...bestnyer kalau ada jual kat sini kan.hehe kuih keria tu pun nampak sedap..

anie,Nagoya said...

susah le jika ada penjual yg tak pentingkan pelaggan.cam ne nak maju.ssh kan org melayu ni?

anie,Nagoya said...

eh lupa....satayyyyyyyyy......antu satay.sedapnyaaaa.....

Zaitun said...

kakpah

Kesian kakpah banyak benda kena pantang.Ikut ajelah nasihat doktor mana tahu bila dah sihat nanti boleh makan semula.

Zaitun said...

Nieza

Salam Nieza...kalau Nieza balik M'sia nanti boleh makan satay sepuas2nya.

Zaitun said...

anie,Nagoya

Quality makanan wajib dijaga kalau tak habislah pelanggan lari.

anie pun hantu satay juga.