Entri kali ni saya nak review tentang Nur Kasih the movie yang saya tonton kelmarin. Bagi siapa yang pernah layan drama Nur Kasih sebelum ni mesti dah tahu macam mana jalan cerita nya. Cerita dimulakan dengan watak Aidil iaitu abang kepada Adam yang kehilangan isteri akibat kemalangan dan meninggalkan 2 orang anak yang masih kecil. Sementara itu, Adam dan Nor Amina yang masih belum mendapat cahaya mata membantu anak-anak yang bermasalah dari segi sosial tetapi malangnya dipandang serong oleh segelintir orang yang beragama kerana mereka berpendapat matlamat Adam dan Nur tidak menghalalkan cara.
Adam dan Nur kemudiannya ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan meneruskan percutian mereka ke Jordan. Cerita ini banyak membawa penonton 'melancong' ke Jordan terutamanya di Kota Petra. Mereka diuji dengan pelbagai dugaan sementara di sana, antaranya keretapi yang dinaiki berlanggar dengan lori yang tersangkut di landasan dan menyebabkan letupan kecil. Pada ketika itu, Nur kehilangan cincin perkahwinan dan Adam bertegas untuk kembali ke tempat kemalangan mereka untuk mencari cincin Nur. Adam telah hilang beberapa hari akibat ribut pasir yang melanda di kawasan tersebut dan akhirnya Nur menjumpai suaminya setelah berusaha mencari di merata Jordan.
Mereka pulang ke Malaysia dan Adam malangnya didapati menghidap penyakit jantung setelah doktor menjumpai serpihan bom di jantungnya akibat letupan di Mumbai (berlaku dalam drama). Nor berusaha mencari dana untuk membiayai kos rawatan suaminya sementara Aidil mengganti tempat Adam mendidik anak-anak bermasalah tersebut. Dalam pada itu, teman lelaki kepada seorang daripada anak bermasalah itu berdendam dengan Aidil kerana menganggap Aidil merampas kekasihnya. Berlaku pertelingkahan antara Aidil dan teman lelaki pelajarnya dan ketika itu seorang pelajar Adam yang baik hati membantu Aidil. Malangnya, pelajar tersebut terbunuh dan tanpa diketahui beliau membuat health screening untuk menderma organ kepada Adam.
Untuk mengetahui lebih lanjut penceritaan ini, saya menggalakkan untuk menonton cerita Nur Kasih kerana terdapat banyak moral value yang boleh dimanfaatkan. Saya kagum dengan Khabir Bhatia kerana beliau berjaya menerapkan nilai-nilai murni yang Islamik walaupun beliau bukan beragama Islam.
hubby beli semalam
Sekarang ni musim mangga harga pun murah boleh buat juice hari2.
14 comments:
Ya..., ma teringin juga nak tonton.. Tunggu keluar CD. Pawagam tak ada disini...
kita nantikan kat tenet jelah.huhuhu...menarik jln cite tu.kalo lah kita, mgkn tak sggup terima dugaan tu semua.tak sabar nak menonton filem ni....bila tu?tunggu jelah...
assalam zai..tah bila la nak tengok pulak ni..
terliur lagi tengok buah mangga ni..he he.
dirumah ni semua hantu buah mangga..
tak berapa tau bab cerita 'nur kasih' tapi tgok mangga tu rasa jam ni jugak nak pergi beli dan makan
kamariah Awang
Cian dia... takde pawagam... meh turun Kl... boleh pilih panggung.
anie,Nagoya
kak Zai enjoy tengok cerita ni... kasih seorang isteri yang tak pernah luput dari ingatannya..
Acik Erna
Salam Erna...Samalah macam penghuni kat rumah ni hantu mangga tak kira yang muda atau yang masak.
hani@debumelukut
owh...tak minat tengok wayang ya.
Sekarang musim mangga kat mana2 ada jual tapi tak semua manis.
bestnyer baca ceter akak ni...tak dpt tgk dapat baca pun jadilah...saya suka ceter ni dulu pernah ikut drama jer.:)
Salam
Terpandang your blog kat Lemongrass punya side bar. Minat nak baca tentang your review filem NurKasih. I dah tengok minggu lepas.
Terperanjat bila you kata Khabir bukan Islam sedangkan dia berkahwin dgn wanita Melayu, kan? Maaflah kalau I yg tersilap.
Nieza
Kalau dah tengok drama Nur kasih mesti nak tengok sambungannya.Kak Zai rasa ceritanya bagus.
somuffins
Salam...terima kasih sudi singgah.
You pun dah tengok ceritanya ya.Sebenarnya saya tak tahu dia kahwin dengan gadis Melayu maaf diatas kesilapan.
Kak Zaitun,
Citer Nurkasih ni yang buatkan saya tengok cerita melayu bersiri dulu. Sampaikan buat entri dulu. hehehe..Kalau tak, memang malas nak tunggu.
Mangga ! Nak cari lagi rasanya...
azrina 03.07
Kalau dah tengok drama mesti nak tengok cerita sambungannya.
Post a Comment