Saturday, April 30, 2011

Bertamadun - Kah

Hari ni saya nak bercerita tentang kejiranan tapi bukan jiran2 yang ada dikawasan rumah saya tapi jiran2 sikakak. Bermula bulan Febuari yang lalu dia minta izin untuk tinggal dengan kawan dirumah sewa, rumah teres yang tak jauh dari kampus. Mulanya saya tak izinkan sebab kediaman tempat belajar tak sama macam kediaman orang ramai. Dia berjanji  hanya untuk 3 bulan, buka semester bulan June nanti dia akan tinggal semula di appartment yang disediakan kampus tempat dia belajar.

Masa mula2 saya hantar kerumah sewanya hati tak berapa pekenan walaupun rumah tu dilengkapi dengan perabut sebab kebanyakan perabut tu dah tak berapa nak elok. Mereka tinggal  4 orang, bilik air cuma satu sekali dengan tandas. Menurutnya mereka pergi kelas bukan dalam satu waktu, dek kerana dia dah bagi alasan yang boleh diterima pakai saya hanya mendiamkan diri. Sebelum balik saya sempat berpesan kalau bertemu dengan jiran2 ramah2kan mulut, tegur dan hormat.

Kali ke 2 saya datang dia mengadu katanya puaslah dia dan kawan2nya senyum bila terserempak dengan jiran dan anak2 sebelah rumah tapi hanya dapat jelingan sebagai balasan. Kata kakak anak2 yang dah kahwin pun tinggal serumah, parking kereta ikut suka hati. Ada satu hari tu kulit durian diletakan ditepi gate tapi mereka tak ambil kisah. Hari berikutnya sikakak sandarkan plastik sampah pada tong sampah jiran yang diletakan didepan rumah sewa mereka. Tak lama anak jiran mengalihkan tong sampah tu maka berseleraklah sampah yang disandarkan. Yang peliknya tong sampah tu masih di kawasan rumah sewa mereka, mungkin tak ada kawasan sebab dah renovate rumah sampai ke depan gate.

Hari berganti hari jirannya masih tak menunjukan sifat kejiranan. Hari rabu lepas khemah di dirikan sepanjang jalan ini bererti akan ada kenduri. Memang benar kenduri kahwin akan berlangsung minggu ni. Disebabkan cuti bersambung hari buruh hanya dia seorang yang tinggal dirumah sewa sedangkan yang lain balik ke Kl dan seorang lagi berholiday. Rumah nampak kosong sebab siangnya sikakak ke library, exam pun tak lama lagi.

Bila balik malam dia amat terkejut bila nampak poarch rumahnya dah diletakkan sofa dan kerusi makan. Dia terus buka pintu nak masuk rumah tapi salah seorang daripada orang kat situ mengatakan nak letak tempat dejay didalam poarch tu dan dengan suara yang agak keras memaksa kakak pasangkan lampu luar dan mengatakan nanti mereka boleh bayar duit letrik. Kakak yang tak biasa dengan bahasa yang kurang sopan menjawab dengan lembut tidak membenarkan tempat dejay diletakan disitu. Dan katanya lagi dia tak kisah nak guna lampu sebab sebelum ni pun mereka memang memasang lampu luar setiap malam. Rumah anak dara kenalah terang benderang. Kakak tak mahu panjangkan perbualan terus masuk rumah dan pasang lampu.

Lewat malam kawannya yang berholiday pun balik, terkejut dan mana nak letak kereta, rumah sudah diblok dan nak lalu pun susah. Tanpa fikir panjang dia pun parking keretanya di belakang khemah. Bila dah masuk rumah kakak pun bercerita apa yang berlaku pada kawannya. Semalaman mereka tak dapat tidur sebab betul2 depan pintu rumah mereka orang bergotong royong masak sampai ke subuh. Paginya mereka buka pintu alangkah terkejutnya gate mereka telah ditanggalkan dari tiangnya, hahaha....terkejut beruk... maka meloponglah rumah mereka tanpa gate. Memang kerja berani mati hehehe...tak tahu ke dalam rumah tu ada pelajar undang2 bila2 saja boleh saman.

Bila dah jadi begitu kakak dan kawannya pun pergilah kerumah jiran untuk bertanya kejadian yang berlaku, boleh pula menantu dan keluarga yang lain tuduh macam2 dan suruh pula alihkan kereta sebab nak tambah khemah. Dasar tak sedar diri, makanya pertengkaran pun berlaku tapi nasib baik kakak dan kawannya tak melatah sebab saya dah berpesan biar orang buat kita Allah ada untuk buat pengadilan lagi pun sifat kakak yang tak berapa pandai menjawab kalau orang tembak dengan peluru.

Pagi tadi datanglah salah seorang anak jiran menjemput mereka untuk datang ke majlis tu, majlisnya hari ini. Kenapa tak mak atau ayah pengantin saja yang menjemput? kalau betul ikhlas kenapa tak jemput sebelum pasang khemah? Mungkin malu sebab dah sedar mereka tak bertamadun dan pula masa bertengkar adalah perkataan kawan kakak menyebut tak sangka orang Melaka begini caranya, kami orang luar tak faham. Harap kalau ada orang Melaka yang baca jangan marah atau terasa hati sebab bukan semua yang macam tu, saya sendiri punya mak saudara dan kakak ipar orang Melaka yang bersopan dan baik2 belaka.

Kalau korang macamana nak pergi tak? Kakak dan kawannya awal2 lagi dah ke library untuk meneruskan perjuangan. Katanya tak tahulah bila dia balik nanti macamana rupa kawasan rumahnya dan adakah mereka pasang semula gate yang ditanggalkan. Huhuhu ....tunggu dan lihat.....

9 comments:

anie,Nagoya said...

apa punya org le?dah le mereka lebih dewasa dr anak kk Zai tu.mestilah fkiran pun matang.asalkan anak kk Zai, pelajarannya tak terganggu...

sal said...

sabar jelah yee...

minta tolong jiran tu pasang balik pagar gate tu..selepas habis kenduri..sb merbahaya klu dah sunyi2

azi said...

Salam kak Zai..
Memang kadangkala kita tak faham dengan perangai orang ni...saya yang baca ni pun rasa marah...inikan pulak anak akak yang terkena...zaman sekarang ni kak..budi bahasa dah makin menipis walaupun dia tu orang tua..betul tak kak?...harap anak akak bersabar dan kita semua tak jadi seperti mereka itu..

Acik Erna said...

assalam zai..patut kakak bagi tau je tuan rumah sewa..kalau dia tak pasangkan semula..
walaupun yang tinggal dirumah tu pelajar..sepatutnya sebelum buat apa2 mesti kena mintak izin dengan kakak dan kawan2nya..sebab mereka penyewa disitu dan mereka tuan rumah sekarang sekarang..patut menghormatinya sebagai jiran..

Pn Kartini said...

Assalamualaikum Kak Zai..:)

Akak,
tinie yang just baca ni pun terasa ketidaklogikan atau ketidakwarasan jiran camtu..
geram juga dibuatnya...
camnelah boleh ada jugak ragam manusia camni...aduhaii...:(

kasihibu said...

kak itu dah di kira pencerobohan tu
memang tak boleh berjiran dgn org yang macam tu kan?

hnyhar said...

kalau org kata mentaliti kelas ke-3, marah pulak...inilah dia contohnya... :) alahai tanahairku...

Unknown said...

macam-macam ragam manusia ni kan kak...tak patut betul dapat jiran mcm tu..kalau dh terdesak nk minta tolong pun susah kalau mcm tu...sabar jerlah kan.

ibundo said...

salam zai, kakpah yang baca ni pun naik hangen. Dah lah tak menjemput (dah hari kenduri baru jemput? gila apa), buat sesuka hati je kat rumah orang. Boleh repot polis sebab menceroboh tu..