Wednesday, December 31, 2014

Nasi Vanggey

Salam...

Terima kasih buat semua rakan2 yang menitipkan doa dan ucapan di n3 anniversary saya tempohari. Saya doakan juga semoga kehidupan kalian diberkati dan dalam lindungan rahmat Allah swt.

............


Hari Ahad saya ke Ipoh menghadiri walimatulurus anak buah hubby. Sebelah petang ke rumah anak buah saya pula dan bermalam dirumahnya. Dari awal saya berpesan supaya jangan masak sebab saya nak makan nasi yang terkenal di Ipoh.

Rasanya ramai yang sudah tahu makanan apa yang saya maksudkan. Biasa kita makan kalau dikedai mamak nasi kandar tapi mungkin disebabkan kuahnya yang special membuatkan ianya terkenal.




nasi vanggey


Lauk yang saya pilih ayam goreng berempah dan begedil. Ada macam2 pilihan lauk tapi datang dah agak lewat. Jadi kebanyakan lauk tinggal sedikit, sayur pun dah tak menarik. Kalau tanya kesedapan dia mungkin pada kuahlah. Dalam satu pinggan akan dicampur pelbagai jenis kuah. Bagi yang tak berapa kuat makan pedas jangan bubuh banyak kuah sebab memang agak pedas. Yang lain sama sahaja macam kita makan di restoran nasi kandar lain. 

Sesiapa yang ingin menikmati Nasi Vanggey, bolehlah ke Ipoh kerana terdapat banyak cawangannya di sana. Nasi Vanggey ini juga dikenali dengan nama Nasi Ganja.

P/S: dikesempatan ini juga saya nak ucapkan selamat menyambut tahun baru. Semoga tahun 2015 ini akan bertambah baik.




Friday, December 26, 2014

31st Anniversary.

Salam...


Dari adik




Sepatutnya semalam saya sudah update n3 ini tapi disebabkan saya ada tetamu tak sempat nak update. Tetamu itu dari Melaka nak ke Penang. Saya buat roast dinner untuk mereka makan malam.

Semalam 25 December genap tarikh perkahwinan saya yang ke 31 tahun. Amat bersyukur diberikan kehidupan yang sempurna. Punya anak2 yang telah membesar dan cukup menyayangi antara satu sama lain.

Terima kasih Allah dengan anugerah yang diberikan. Juga buat my hubby yang banyak memberikan segala keperluan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Saya berharap dimasa usia yang masih bersisa ini dapat menjalankan ibadah dengan lebih baik lagi.


P/S: lagi satu keluarga menjadi tetamu menginap dirumah saya. Mereka datang dari Medan, Indonesia.




Wednesday, December 24, 2014

Cucu & Kek Pisang

Salam....

Selamat bercuti buat rakan2 semua dan bagi yang beragama kristian selamat menyambut hari krismas. Khas ditujukan buat besan dan keluarga yang berada di UK.

Gambar terbaru cucu
berusia 1 tahun 7 bulan. Kuat berjalan dan petah bercakap.









Buat cake pisang anak2 nak balik boleh makan ramai2.









Saturday, December 20, 2014

Simple tapi Berselera.

Salam...

Terlebih dulu saya nak ucapkan terima kasih pada semua rakan2 yang meninggalkan comment buat n3 yang lepas. Mimi juga minta saya tolong sampaikan salamnya dan ucapan terima kasih buat semua untie kakzakie, kakyon, Acik Erna, cahaya hidupku, amiizaa, nekchik, paridah, nieda ramly, bunda a.k.a KN, sura mohd dan saniah ibrahim atas ucapan dan doa.

..........................



Tengahari semalam rasa nak makan simple2 aje sebab malam saya nak makan pizza. Kebetulan hubby cuti dia pun tak kisah saya masak simple. Akhirnya inilah hidangan makan tengahari kami. Hanya untuk 2 orang. Agak lama saya tak buat masakan macam ini.



Kari kepala ikan

Sayur rebus
+
Cencaluk


Masak kari kepala ikan merah, ikan goreng dan rebus pucuk ubi, kacang panjang dan terung, sambalnya cencaluk. Alhamdulillah walau nampak simple tapi my hubby berselera dan makan bertambah. Saya cakap pada hubby kalau sedap bolehlah selalu masak macam ini. Hubby hanya senyum dan menggeleng.


Yang ini makan malam. Satu daging dan satu ayam. Syukur alhamdulillah.



Pizza




Friday, December 19, 2014

Selamat Hari Lahir.

Salam....

Tahun 1989 lahir seorang bayi perempuan di Hospital Pusat Rawatan Islam KL (Pusrawi). Seronok sangat sebab sebelum ini sudah ada anak lelaki. Kali ini Allah anugerahkan pula seorang baby perempuan.

Membesar sebagaimana kanak2 lain. Sejak lahir dijaga oleh pembantu rumah. Sampai satu ketika slank yang digunakan macam orang seberang. Masa tu saya sangat sibuk dengan pernigaan dari pagi sampai ke malam baru balik rumah.

Seawal umur 4 tahun sudah masuk sekolah. Belajar di tadika Sri Ukay berhampiran dengan Highland Tower. Pergi dan balik diuruskan pihak sekolah. Banyak aktiviti disekolah termasuk berenang dan main piano.

Sifatnya yang tak banyak cakap, tak ramai kawan. Semasa ditadika hanya berkawan dengan seorang budak lelaki melayu yang tak pandai cakap melayu. Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah cuma ada 4 orang kawan. Sampai sekarang itulah juga rakan2 yang menjadi sahabat karibnya.

Habis SPM melanjutkan pelajaran disalah sebuah universiti dalam bidang undang2. In shaa Allah akan memegang jawatan seorang peguam tak lama lagi. Semoga dipermudahkan segala2nya.

Di kesempatan ini mama nak ucapkan selamat hari lahir buat akak. Semoga akak dipanjangkan umur, dimewahkan rezeki, suksess didunia dan diakhirat dan yang paling penting sentiasa diberkati dan dalam lindungan rahmatNya. Amin.

Happy birthday buat Syamimi Azmira dari seluruh keluarga.

Gambar paling latest semasa holiday ke Penang bersama rakan2nya.












Thursday, December 18, 2014

Banjir.

Salam...

Banjir....kg tetamu yang datang ke rumah saya tempohari dilanda banjir. Nasib baik rumah dia tidak dimasuki air. Cuaca masih mendung jika hujan berterusan kemungkinan air akan melempah ke kawasan rumah.

Semua jalan dan jambatan sudah ditenggelami air. Ini bermakna penghuni yang tinggal dikawasan berkenaan tidak boleh keluar begitu juga orang luar tidak boleh masuk.

Gambar yang dihantar pagi tadi melalui wsap.











Sama2 kita mendoakan semoga  hujan tidak berterusan lagi supaya air cepat surut.





Wednesday, December 17, 2014

Hari Ke Dua Jalan2 KL.

Salam....

Lagi cerita bawa tetamu jalan2 kali ini jalan2 KL pula. Kami keluar agak lambat sebab breakfast dirumah. Tak dapat pergi banyak tempat sebab kesuntukkan masa.

Mereka datang cuma 3 hari esok hari Ahad sudah nak balik. Sedaya upaya saya nak juga menjamu mereka makan dirumah. Alhamdulillah saya sempat masak nasi ayam untuk makan malam masa mereka baru sampai dari Terengganu.

Sabtu saya bawa tetamu ke taman orkid sebab dia penggemar orkid. Sampai disana rasa hampa sebab tak berapa meriah. Pengunjung pun tak ramai hanya beberapa orang mat saleh aje yang ada.


Taman orkid




Kemudian kami ke Central Market. Saya pun dah agak lama tak ke sana. Belilah sehelai dua t-shirt dan shawl. Lepas tu kami ke KLCC pula naik LRT. Tinggalkan kereta kat parking Central Market. Datang KL mesti nak rasa naik LRT sebab tempat lain tak ada kan. Tetamu saya panggil bas panjang laju hehe...




dalam LRT


Sampai KLCC kami jalan2 sambil window shopping. Kemudian bawa mereka makan di La Cucur Suria KLCC. Makanan disitu sedap2 belaka walaupun agak mahal tetapi berbaloi.





Pergi Putrajaya tengok bangunan, masjid, singgah kat jambatan tengok tasik dan cruise. Seterusnya ke Kajang untuk menikmati satay kajang. Balik dari Kajang kami ke ICT pula tengok lampu yang berwarna warni.


Hanya itu saja tempat yang sempat saya bawa mereka. ln shaa Allah dilain masa nak suruh tinggal lebih lama supaya dapat pergi lebih banyak tempat.
Terkilan tak sempat nak bawa makan nasi arab Saba Cyberjaya.

Jalan2 KL tak banyak gambar yang saya ada.