Friday, May 31, 2013

Suka Tapi.........

Salam...

Selamat bercuti buat rakan2 yang sedang melancong....

Terima kasih saya ucapkan buat rakan2 yang singgah khasnya IndaMarya, Irfa, Acik Erna, Makchaq, mamawana, azi, sal, JunAina, sitiezahim, Sue @ Nenie, saniah dan cik mid.yang sudi tinggalkan comment. Rupanya ramai juga yang prihatin tentang kenaikan barang ya...siapalah kita yang nak bersuara kan lebih2 lagi tak siapa yang nak mendengar....Pasrah ajelah...kalau terserempak dengan orang yang kurang berkemampuan kita cuba hulurkan sedikit bantuan. Mudah2an dengan bantuan yang kita hulurkan mereka juga boleh merasa apa yang kita makan.

...............................

Hubby jarang balik ke rumah kalau hari Jumaat...katanya dia lebih selesa solat Jumaat ditempat kerja.
Banyak masa terbuang ditengah jalan mana lagi jam semuanya berebut nak kejar masa. Hari ini hubby balik tentu ada sebab....masa dia buka booth kereta saya nampak banyak betul beg plastik yang besar2. Masuk rumah...Ya Allah... banyaknya barang yang dia beli...tanpa saya diberitahu terlebih dahulu rupanya dia memborong sale Harvey Norman di Citta Mall.



dapur letrik

vacuum n rice cooker

oven

Inilah kerja hubby... tanpa ada perbincangan... dia beli ikut suka dia. Bukan saya tak menghargai tapi rumah sudah jadi gudang penyimpan barang sebab ada sesetengah barang itu tidak pernah digunakan langsung dan tidak juga diperlukan sangat.

p/s...macamlah isteri dia rajin sangat buat baking segala kihkihkih...............

Monday, May 27, 2013

Kenaikan Harga Barang?

Salam...

Kalau dulu bila saya ke pasar dengan duit yang saya bawa, banyak barang yang saya dapat bawa balik. Tapi hari ini harga barang jauh berbeza..contohnya dulu udang yang sama besar berharga RM17 tapi hari ini sudah berharga RM26. Terkejut jugalah saya dibuatnya. Bila saya teliti bukan saja harga barang2 basah yang naik tapi barang kering juga naik.

Mungkin bagi orang yang berpendapatan tinggi tidak menjadi masalah tetapi tidak bagi orang yang berpendapatan rendah dan yang mempunyai ramai tanggungan. Tadi saya sempat berbual dengan penjual gas yang datang ke rumah dan dia mengatakan minggu depan harga gas akan naik. Selalunya kalau harga gas atau minyak naik, besar kemungkinan harga barang atau makanan juga akan naik.

Saya harap ada pihak yang bertanggung jawab untuk memantau harga barang untuk kebaikan semua pihak................

Tuesday, May 21, 2013

Gara2 Si Itik Punya Telor...

Salam...

Terima kasih buat rakan2 yang sudi singgah dan yang meninggalkan comment. Harap semuanya dalam keadaan sihat dan ceria. Cuti sekolah akan bermula pada hari Jumaat ini. Tentu ada rakan2 yang sudah menempah tempat untuk melancong. Bagi yang nak ke luar negara pun boleh juga sebab kali ini cuti sekolah agak lama sikit ada dua minggu. Selamat bercuti  yaaa..............

.................

Saya nak cerita apa yang terjadi diantara saya dengan hubby disebabkan break communication............

Pagi tadi pergi pasar dengan Mimi...ternampak telor itik... Satu paket ada 5 biji harganya rm3.90. Cakap dengan Mimi...esok mama nak masak gulai lemak telur itik...macamana? Mimi jawab...sedapnya kalau dicampur dengan belimbing buluh. Bila dah setuju saya pun ambik 2 paket...rm7.80. Cari belimbing tapi tak ada.
 
Petang call hubby...balik office nanti tolong singgah kat mana2 kedai... kalau terjumpa belimbing... esok nak masak dengan telor itik. Bila sampai rumah hubby bawa telor itik 8 biji...harga murah dari yang saya beli...rm4.80 untuk 8 biji. Saya tanya mana belimbing? hubby jawab... masa cal tadi suruh beli telor itik 8 biji sebab esok nak masak gulai.

Geramnya saya...sebab apa yang saya cakap diputar belitkan tapi dalam pada tu gelaklah juga. Saya cakap balik...tadi call suruh beli belimbing dan bagitau saya dah beli 10 biji telor itik berharga rm8...kurang 20 senlah kan...Tapi hubby tetap mempertahankan kata2nya... hubby kata saya yang suruh dia beli telor itik 8 biji. Saya cakap panggil mana2 lawyer untuk mendengar 'kes'yang kita lalui... kahkahkah.....

Susah apanya... dalam rumah ini ada lawyer tapi belum diiktiraf lagi...untuk menghakimi kes ini...hahaha.....sampai macam itu sekali... gara2 telor itik................


 telor yang saya beli

2 paket...10 biji

hubby beli dalam plastik kuning

ada 8 biji

Dalam gaduh2...gelak2... rupanya hubby ada belikan belimbing yahoooo....


belimbing buluh

 

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru...

Salam....

Terima kasih buat rakan2 yang singgah di blog saya khasnya...pB, JunAina, Nur-nba, MulutPayau, suri solehah, Nieda ramli, mak long a.k.a kunang-kunang, saniah, lady lavender, kakzakie, azi dan ibuintan...semoga semua para ibu akan dikenang jasanya oleh anak2 sampai bila2.

.................................



ihsan dari google


Selamat hari guru buat semua yang bergelar guru khasnya cikgu2 yang pernah mengajar saya dan mengajar anak2 saya. Terima kasih banyak2 saya ucapkan. Selamat hari guru juga buat rakan2 blogger saya yang bergelar guru...saya doakan semoga semuanya diberikan ganjaran yang baik2 oleh Allah S.W.T dikemudian hari, amin...

       

  .....................SELAMAT HARI GURU................

Monday, May 13, 2013

Pemberian Anak Sempena Hari Ibu...

Salam...

Semalam pergi jalan2 kat Subang Parade...ronda kat tempat pinggan mangkuk. Jumpa balang kuih yang nak digunakan untuk mengisi cookies untuk anak buah hubby. Masa ronda2 tu nampak satu mangkuk ...cantik. Dah ada satu tapi tidak warna putih. Pegang lama2 tak perasan adik ada kat belakang. Dia terus ambik dari belakang dan tanpa saya sedari terus menuju ke kaunter kebetulan hubby pun ada kat kaunter sebelah. Saya suruh berikan pada hubby tapi dia menggeleng lalu membayar dengan duit dia sendiri. Saya cakap dari belakang...adik bagi hadiah untuk mama ke?...dia terus senyum dan orang2 yang dekat dengan kaunter pun semua senyum tengok gelagat adik.

Inilah dia mangkuk yang dibeli adik untuk saya hehehe...


 saya pilih...

adik bayar pakai duit sendiri

Dalam masa itu Mimi menghampiri saya...katanya adik suruh akak beli steamboat pan kononya nak kongsi bayar ...Kata adik lagi... akak bayar dulu nanti adik bayar ansuran dengan akak...gelak besar saya dibuatnya. Siapalah tak geli hati...berangan nak bagi hadiah besar sedangkan duit ditangan tak mencukupi kihkihkih....Ada hati adik memberi cadangan sedangkan kedua2nya masih belajar. Walau bagaimana pun saya tetap bangga dan gembira dengan niat baik mereka. Saya sangat2 bersyukur dengan keikhlasan yang ada pada anak2...alhamdulillah... kaya dengan kasih sayang....

Jubah kat bawah ni pula duit dari anak lelaki saya....satu hari saya pergi jalan2 dengan isteri dia. Adalah satu jubah saya berkenan tapi mengenangkan baru aje beli satu jadi niat itu saya pendamkan. Selepas beberapa hari anak talipon tanya khabar...tanya apa saya beli masa keluar dengan isteri dia. Adalah cerita pasal jubah... lepas itu katanya... nanti abang bank in duit untuk mama beli. Saya kata tak payah susah2... kalau saya nak beli saya pun ada duit. Petangnya isteri dia datang rumah terus hulur duit...katanya abang suruh bagi mama duit untuk beli jubah. Besar kemungkinan dia sudah bank in duit melalui isteri dia...syukur alhamdulillah.




Bertambah lagi koleksi jubah hitam saya...hehehe...


Saturday, May 11, 2013

Selamat Hari Ibu...

Salam...


Kepada semua yang bergelar ibu saya ucapkan...SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU.....

Dibawah ini saya hadiahkan orkid yang berkembang dilaman rumah saya untuk semua para ibu.





Thursday, May 09, 2013

Lautan Manusia...

Salam....

 Stadium Kelana Jaya..............


gambar dari google...terima kasih.


Gambar ini bukan unggas yang berterbangan diwaktu malam tapi lautan manusia.........