Salam...
Saya dah habis baca novel ni, pada saya banyak yang boleh dijadikan tauladan, amalan, panduan dan yang penting boleh menyuntik semangat. Seorang mualaf yang mempertahankan agamanya walaupun diluar sana ramai yang sangsi dengan dirinya. Saya tak mahu mengulas ceritanya tapi saya nak berkongsi kata2 yang terdapat didalam novel ni.
Cinta yang paling teratas adalah cinta kepada Allah swt. Nabi saw sanggup bangun malam berkiamullail kerana cintakan Allah swt sedangkan beliau dah terjamin disyurga.
Mengucap shahadah, baca Al Fatihah dan ayat Kursi sebelum tidur.
Jangan gunakan perkataan KALAU sebab Allah swt tak suka (bergantung pada ayat).
Disebab belum ada sebarang ikatan... Awak suka saya tak? lebih sopan dari ...Do you love me?
Jangan sesekali membuktikan cinta dengan menyerahkan diri.
Tak perlu nak tunjuk 'aset' untuk memikat lelaki. Lelaki akan lebih terpikat pada yang tertutup.
Mengingatkan tetamu kalau menghadirkan diri ke masjid pakaian biarlah menutup aurat...ini bermakna bukan setakat bertudung tapi pakaian tidak jarang dan sendat.
Kasut dijadikan hantaran, kemudian diletakkan sebaris dengan Al Quran, sejadah dan telekung.
Kalau nak kahwin wajibkah ada hantaran, kenduri dan bersanding?
Adakah tidak memberi hantaran akan menampakkan kurang kasih sayang? Kasih sayang bukan untuk ditunjuk atau dipamer.
Kasih sayang bukan diukur dengan harga, jenama, buatan atau rekaan.
Adakah disebabkan seseorang itu 'somebody' kita seharusnya lebih menghormati.
Tidak perlu samseng untuk menguasai dunia, cukup dengan usaha, azam, tujuan, perancangan/visi, selebihnya pergant
ungan pada Allah swt.
Berusaha mendapatkan sesuatu dengan cara halal, bermaruah, mulia dan diredhai.
Kalau nak rasa kelembutan sesuatu barang rasalah dengan pipi.
Cara menghilangkan sejuk....gosok kedua2 tapak tangan kuat2, hembuskan nafas ke dalam kedua2 belah tapak tangan.
Jangan selalu tinggalkan suami, ke mana saja mesti bersama kecuali hal yang tertentu atau urusan kerja....selalu lupa diri hehehe.......
Masa bertunang darah manis...cepat panas disebabkan bisikan syaitan.
Kalau sesiapa yang berminat dengan kuda elok sangat membaca novel ni sebab banyak cara2 untuk menunggang boleh didapati.
Kuda yang terbaik ialah baka kuda arab jenis pure breed, kalau yang asli ada tanda seolah2 cap ibu jari Rasulullah saw dilehernya.
Kalau yang ada boyfriend bangsa cina atau keturunan cina lebih bagus membacanya sebab banyak ilmu untuk memikat bila dah jadi suami isteri.
Banyak lagi kalau nak diikutkan tapi sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya eloklah beli dan baca novel ni. Kalau nak dijadikan panduan atau amalan memang elok sekali sebab banyak tentang cinta tapi lebih kepada cinta yang Satu.
Saya tertarik dengan panduan nikah dan hantaran yang diselitkan penulis, selama ni kita/saya tak terkecuali cukup berbangga dengan hantaran yang berjenama, hiasan bilik yang dipertontonkan, dengan secara tak sedar kita memaklumkan pada tetamu situasi tempat tidur. Tanpa kita sedari sifat kita telah jatuh riak tapi terpulanglah pada pembaca untuk menilai.