Sunday, January 02, 2011

Honeymoon ?

Holiday yang tak di rancang main redah aje nasiblah kalau ada hotel kosong, kalau tak tidurlah di tepi jalan. Sebenarnya hati ni risau juga tapi fikirkan anak2 tak ikut sama, siapa berani buat macam kami? Sebelum ke Jb hantar siadik dulu kerumah adik di Shah Alam sebab kali ni hubby nak berjalan berdua saja konon honey moon hahaha.....

Sampai R&R Pagoh berhenti makan dan solat niat dihati nak makan nasi ambeng tapi tak ada rezeki tutup pula. Teruskan perjalanan sampailah keJb, pusing2 dalam bandar nampak satu hotel singgah tanya nasib baik  ada kosong, register. Bila nak parking kereta terkejut besar sebab kereta masuk dalam lif, ingatkan hanya di Dubai saja yang kereta naik lif rupanya negara kita pun ada. Bila dah parking kereta masuk dalam bilik nampak lapang tapi tak berapa modern sebab hotel lama dan yang paling tak bagus servis lambat. Hubby kata  besok kita cari hotel lain.

kereta dalam lif
Kami  berehat sebentar selepas tu  jalan2 ke Bandar Jb, malamnya kami ke Danga Bay jalan2 macam  merpati sejoli, dah agak lama tak berdua2an seronok juga tanpa gangguan hehehe.....
Apa yang saya perhatikan Danga Bay hanya indah pada nama tapi tidak pada rupa, tempat yang satu ketika dulu begitu meriah sekarang tidak lagi cuma yang ada permainan buai yang berpusing2. Rumah2 yang dijadikan tempat makan tempohari tidak lagi beroperasi tak tahulah masa saya datang tu tutup tapi nampak lengang saja.

Berhadapan dengan Danga Bay ada satu tempat makan di panggil Restoren Singgah Selalu. Tempatnya macam foodcourt, meriah tapi bagi saya makanan disini agak mahal, mungkin sebab ramai pelancong makan disini   tapi bila dah makan rasa berbaloi sebab sedap. Dah habis makan ingat nak balik berehat tapi  dapat cal dari kawan hubby yang tinggal di Senai mengajak berjumpa, agak jauh malam baru kami balik ke hotel.

Pagi besoknya selepas breakfast dihotel kami chekout dan berpindah ke hotel lain. Semasa saya unpack baju2 my hubby kata boring duduk Jb lama2 dia mengajak saya pergi ke Singapore. Nasib baik sebelum bertolak ke Jb hati saya tergerak nak bawa pasport dan memang betul apa yang saya jangkakan. Tapi nak tahu apa yang berlaku pasport kami cuma hidup 2 bulan lagi mana boleh nak pergi keluar negara, mengikut undang2 pasport hanya sah 6 bulan sebelum ke negara luar. Disebabkan hubby nak pergi juga kami pun pergilah ke immigration untuk membuat pasport baru. Isi borang, ambil gambar baru dan photostat IC kami menunggu giliran untuk dipanggil. Agak lama menunggu akhirnya siap tapi penyerahan pasport hanya pada waktu petang. Disebabkan menunggu lama kami mencari tempat makan. Tak jauh jumpa bangunan Perbandaran Negeri Johor, kami makan disini selain makan nasi saya juga makan  ubi rebus  bersama sambal ikan bilis dan ikan masin.

Setelah makan dan solat kami ke immigration semula untuk mengambil  pasport tapi berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. kami balik ke hotel dekat pukul 7 malam. Di lain n3 akan saya ceritakan apa yang berlaku. Malamnya kami makan di Senibong iaitu satu tempat makanan seafood atas air. Disini terkenal dengan nasi lemak dan seafood. Puas makan kami balik hotel...  ZZZzzzzz...

Gambar2 sekitar  Jb






restoren singgah selalu

foodcourt modern

ubi rebus

restoren atas air di Senibong

Bersambung.....

Thursday, December 30, 2010

Makan - Makan Lagi

Hari Ahad lepas saya dan hubby meraikan kedua anak buahnya yang berkahwin pada 10hb oct dan 4hb dec tempohari makan di Restoren Saba. Lepas makan kami  ke Alamanda window shopping. Tak beli barang sebab nak cepat balik saya nak ke Jb.

p/s: bersiaran dari Jb.......


Sunday, December 26, 2010

Hadiah Paling Berharga.

Saya perlu disini...ya disini... di Rumah Anak Yatim Darussalam simpang Pulai, Ipoh. Ini adalah hadiah yang paling berharga buat saya dan saya amat bahagia bersama mereka.


apiq berbaju merah n umi bertudung biru

encik Musa yang berkaca mata.

 Semalam pagi2 lagi saya, hubby dan siadik meredah jalan raya untuk menemui anak2 yang amat memerlukan kasih sayang selain wang untuk dibuat perbelanjaan. kebetulan anak buah saya  Nazwan  nak ikut sama, dia menunggu kami di Tesco Extra Shah Alam. dah sampai kesitu lebih baik saya mencari barang yang boleh dimakan untuk di buat sebagai buah tangan. Setelah barang dimasukkan kedalam boot kereta kami menyusuri highway utara selatan.

Sampai ke tempat mereka kami disambut oleh anak2 yang comel dengan senyuman dan ada yang memanggil ayah Wan pada anak buah saya. Nazwan telah menjadikan  mereka anak angkat selama lebih 4 tahun . Semasa disana  kami dihidangkan air dan biskut  sambil berborak dengan pengusaha rumah kebajikan itu yang bernama encik Musa. Siadik seperti biasa lebih suka berborak dengan kakak2 dan adik2 yang seramai 45 orang semuanya.

Rumah anak yatim ini diusahakan oleh  encik musa bersama isterinya  yang mengidap penyakit  canser payu dara dan  beberapa orang pembantu. Kerja2 ringan seperti mengawasi adik2 akan dilakukan oleh kakak2 dan abang2 yang dah dewasa. Ada juga yang berumur dibawah 4 tahun yang masih perlukan  perhatian sepenuhnya.

Dekat 2 jam kami disana, setelah semuanya selesai kami minta diri untuk pulang, seorang demi seorang bersalaman dengan kami  dan saya tak melepaskan peluang untuk memeluk mereka seperti seorang ibu memeluk anak yang merindui pelukan ibu.


Buat apiq jangan nakal2 nanti mama belikan hadiah lagi dan buat umi dan nur fadhilah yang pakai baju hijau gambar pertama dan yang lain2  mama akan kesana lagi, insyaAllah.


p/s: Hanya sebahagian yang  bergambar dan saya terlupa nak ambik gambar tempat tinggal mereka.

Award


Award dari blogger cetusan minda. Terima kasih Tinie sebab sudi bagi kak Zai award ni semoga persahabatan kita kekal selama2nya, insyaAllah.

Saturday, December 25, 2010

Dah 27 Tahun

gambar hiasan

Pejam celik pejam celik dah 27 hidup bersama, bahagia sangat semua permintaan dipenuhi tak pernah mengecewakan. Minggu lepas hubby cal dari luar tanya nak gelang diamond tak...jawab spontan.... tak nak......dah 3 hari lepas tu fikir balik kenapa tak nak....bengonggg....tapi tak pe ada satu lagi hadiah yang menanti mungkin ini yang saya perlukan....

THANKS FOR EVERYTHINGS.........

Thursday, December 23, 2010

Kerja Enteng

Pagi tadi masak nasi lemak sebab dah dekat 2 minggu tak makan, simple aje cuma buat sambal  tumis  ikan bilis, rebus telur, ayam goreng dan timun. Makan cuma bertiga, sampai ke petang nasi masih banyak, tak ada orang nak makan, hubby cal katanya tak balik  makan dan saya pula kalau makan nasi pagi jarang makan tengahari. Jawabnya nasi lemak tu akan disimpan kedalam peti ais yang akhirnya  akan masuk ke dalam tong sampah.

Petang saya buat potato wedges ambik dari bukumasakanku, minta halal pada hnyhar kak Zai C/P ya. Makan ketika panas memang sedap, rasanya lebih kurang macam prozen wedges. Siadik makan dengan thousand island dan mayones. Malam masing2 kata dah kenyang membuatkan kerja saya amat mudah.


Wednesday, December 22, 2010

Lepak...

kahwin lagi....Sabtu ke kg Gajah, Perak majlis sepupu hubby, Pergi pagi balik lewat petang. Balik dari sana terus kerumah adik ada bbq tapi sampai agak lewat sesi bakar2 dah habis cuma join makan2 aje. Tukang bakar bertukar2 tangan itu yang menyebabkan ada ikan yang terlebih bakar, tapi semua pun habis dimakan, alhamdulillah.


 Ahad majlis kahwin anak kawan di tingkat 15 Menara PKNS, Petaling Jaya. Lepas makan hantar kakak ke bas stand Bukit Jalil sebab nak balik ke Melaka. Lepas tu pergi semula ke rumah adik  lepak 3 hari sebab adik beradik lain masih melepak dirumahnya. kerja2 yang dilakukan selama disana makan dan tidur...

p/s..sempat ke Sacc Mall Shah Alam ada sale handbag rembat 3 bagi adik satu.