Friday, November 14, 2014

Mulianya Hati Dia.

Salam Jumaat buat semua.


Saya ingin menceritakan kisah seorang wanita punya hati yang sangat mulia. Bekerja di uni tempat adik belajar sebagai tukang cuci. Setiap hari kalau adik pergi ke surau dia akan berjumpa dengan makcik ni. Suka melayan budak2 sambil tu bercerita dan beri nasihat supaya belajar bersungguh2. Katanya jangan sia2 kan duit mak ayah sebab belajar disini bukan murah.

Satu hari masa adik datang ke surau dia nampak makcik ni baring disatu sudut mungkin keletihan agaknya. Adik teruskan solatnya sampai habis tapi tak terus berlalu. Katanya dia sengaja nak duduk disitu sementara menunggu class seterusnya bermula.

Hari nampak gelap menandakan hari nak hujan. Tak lama masa adik nak bergerak tiba2 hujan mula turun. Bila adik menoleh dia nampak makcik tu bangun dengan tiba2 dan terus menuju keluar. Perasaan adik cemas, apa yang dikejar makcik tu sampai berlari. Nak tahu apa yang dilakukannya?Dia menyelamatkan kasut2 student yang diletakkan diluar surau dari ditimpa hujan.

Dengan pantas dia menyusun semua kasut ke bawah bumbung supaya tidak basah. Adik mengurut dada sambil berkata patutlah setiap kali hujan kasut yang terletak diluar surau tidak basah dan akan beralih ke bawah bumbung.

Dia bukan saja melakukan kerja2 mencuci tapi dengan rela hati membuat kerja yang dianggap remeh dan jarang orang lakukan. Mulia sungguh hatinya semoga Allah melipat gandakan rezekinya dan hidupnya diberkati.





Thursday, November 13, 2014

Mencukur Bulu Biri2

Salam....

Masa pergi Ikea tempohari ternampak carpet bulu2 yang lembut dan cantik. Terus teringat masa pergi Perth. Petugas diCaversham ada buat pertunjukkan cara memotong bulu kambing biri2.



Biri2 yang kat belakang tu tengok aje kawan dia kena cukur.

Guna machine pemotong


Kambing yang nak dibuang bulunya tak payah diikat tapi orang yang nak memotong yang masuk ke dalam tali macam buai. Setelah habis kerja2 memotong kambing akan dilepaskan.

Kesian juga tengok sebab terdapat banyak luka2 kecil diseluruh badan. Bulu yang dipotong berbentuk kulit yang menutupi seluruh badan. Nampak cantik tapi menurut petugas bulu tu kena proses dulu. Mungkin dicuci dan sebagainya baru boleh dijual. Harga dia boleh mencecah ribuan ringgit. Kalau buat baju pun cantik kan.




Wednesday, November 12, 2014

Tetamu Tak Diundang.

Salam...


Pagi2 buka pintu sudah ada tetamu tapi tetamu ini tidak diundang. Entah datang dari mana. Kawasan sini semuanya rumah langsung tak ada hutan. Elok pulak dia berkawan dengan kucing2 yang ada kat rumah ni. Duduk kat tepi kolam dan dia cuba menangkap ikan yang ada didalam.


Comel kan

Kolam usang abaikan lumut disekelilingnya



Saya cuba halau tapi dia datang mendekati saya. Takut juga kalau di buatnya menyerang dan menggigit. Akhirnya saya panggil menantu yang kebetulan ada untuk menghalau. Dicapainya sebatang kayu baru monyet tu pergi. Harap2 janganlah dia datang lagi sebab saya takut kalau dia masuk ke rumah. Saya pulak tinggal sorang2.



Tuesday, November 11, 2014

Dugaankah Ini?

Salam...

Minggu bagi nasihat dan motivasi.

Selalu sesak nafas, selalu cirit birit, badan kurus kering. Berjalan pun harus dipimpin. Tinggal tulang dan kulit dan badan sudah mula membongkok. Banyak kali pergi hospital jumpa doktor, masuk keluar wad tapi jawapan yang diberi doktor tak ada sakit. Ada juga berubat dengan ustaz tapi masih belum pulih.

Itulah yang dihidapi suami anak buah saya. Seorang yang sangat menjaga kesihatan, menjaga pemakanan. Tak cerewet, mengikut dan menjaga perintah Allah. Yang paling bagus dia tak suka cerita buruk pasal orang.

Dugaan agak berat buat beliau, isteri dan anak2.  Kedua2nya ambik cuti atas ihsan kerana tak dapat surat dari doktor untuk mengesahkan beliau sakit.

Kalau boleh saya nak minta nasihat atau cadangan/pendapat dari kawan2 apa yang patut kami lakukan. Terima kasih.



Monday, November 10, 2014

Kuatkan Semangat.

Salam...

Baru balik dari hospital pergi ziarah suami seorang kawan. Isnin lepas dapat kemalangan jalan raya. Saya baru dapat berita kelmarin. Ahad semalam tak dapat pergi sebab ke Melaka hantar adik.

Sebelum ni suaminya pernah kena strok tapi dah pulih. Nasib tak menyebelahi bila kena accident kena strok sekali lagi. Terdapat juga darah beku dibahagian kepala dan luka2 kecil diseluruh badan.

Suaminya menjalankan pernigaan tapi setelah kena strok buat pertama kali dulu tanggung jawab perniagaan diambil alih oleh si isteri. Saya dah lama berkawan dengan isterinya. Dia seorang yang cantik dan tak pernah hidup susah. Semua dia ada punya rumah besar, ada pembantu rumah dan pakai kereta besar.

Orang sudah biasa senang bila keadaan jadi begini dia amat2 jadi susah bukan susah dari segi kewangan tapi keadaan diri. Semangatnya kurang kuat untuk menghadapi situasi begini. Apa yang boleh saya lakukan sebagai kawan cuma nasihat nasihat nasihat dan pujuk. Kuatkan semangat demi 3 orang anak. Saya berdoa semoga suaminya cepat sembuh dan berharap ada keluarga atau kawan yang sentiasa berdampingan dengannya selalu.







Saturday, November 08, 2014

Ciku Madu

Salam...Selamat berhujung minggu.

Ke mana agaknya rakan2 kita berhujung minggu. Tentu ada yang pergi jalan2 sambil tu bolehlah shopping. Sesekali tak salah gantung periuk tukar selera makan kat luar yang ada kelainan.

.............................


Fresh from the farm...



Ciku



Baru petik dari kebun yang sekangkang kera dapatlah 30 biji. Walaupun sepokok tapi buahnya banyak. Dah pernah kena cantas sebab merimbun sangat tapi tetap juga berbuah. Dapatlah merasa makan ciku dari kebun sendiri. Jangan ada yang tergelak bila saya sebut kebun ya...saja nak berangan.

Ciku ni leceh sikit kena cuci dulu nak buang yang ada macam habuk2 kat kulit dia lepas tu baru boleh diperam untuk beberapa hari. Bila buahnya dah lembut baru boleh dimakan. Buah ciku yang saya tanam ni memang manis. 

Anak pokoknya saya beli di Sungai Buloh dan menurut tokey nursery tu ini adalah ciku madu. Sesiapa yang minat boleh juga tanam dalam pasu besar. Walaupun kita yang duduk dibandar ni tak punya tanah yang luas sekurang2nya dapat juga bercucuk tanam.  Syukur alhamdulillah.




Friday, November 07, 2014

KLIA2

Salam Jumaat...

Hari Ahad hantar Mimi ke KLIA2 first time saya jejak. Sangat selesa jika dibandingkan dengan LCCT. Bangunannya sangat luas dan cantik. Banyak kedai2 yang menjual barangan branded dan restoren, dah macam shopping komplek pulak. Bila Mimi dah masuk boarding sempatlah saya, hubby dan adik jenjalan kat dalam tu.

Kalau bawa kanak2 mesti seronok sebab ada toyr'us. Bagi kaum wanita pula ada kedai pakaian, kedai kasut dan handbags. Kalau rasa nak beli barangan dapur pun ada. Memang macam2 adalah. Terdapat juga banyak restoren tapi kalau tanya harga makanan dah pastilah mahal sikit. Airport dah cantik makanan kat dalam pun ada class lah.




Kat sini boleh nampak dan tengok kapal terbang tapi kawasan ini tempat orang hisap rokok.





Ada satu deret kedai dia macam heritage.

breakfast kat the loaf



Jumpa kat salah satu kedai. Kalau tak silap nama kerusi ini grandfather chair. Teringat masa anak jiran lama kahwin gunakan kerusi macam ini tapi warna putih.

Sesiapa yang teringin nak jenjalan kat klia2 bolehlah luangkan masa, tak payah naik kapal terbang pergi jalan2 dan shopping aje.