Saturday, November 08, 2014

Ciku Madu

Salam...Selamat berhujung minggu.

Ke mana agaknya rakan2 kita berhujung minggu. Tentu ada yang pergi jalan2 sambil tu bolehlah shopping. Sesekali tak salah gantung periuk tukar selera makan kat luar yang ada kelainan.

.............................


Fresh from the farm...



Ciku



Baru petik dari kebun yang sekangkang kera dapatlah 30 biji. Walaupun sepokok tapi buahnya banyak. Dah pernah kena cantas sebab merimbun sangat tapi tetap juga berbuah. Dapatlah merasa makan ciku dari kebun sendiri. Jangan ada yang tergelak bila saya sebut kebun ya...saja nak berangan.

Ciku ni leceh sikit kena cuci dulu nak buang yang ada macam habuk2 kat kulit dia lepas tu baru boleh diperam untuk beberapa hari. Bila buahnya dah lembut baru boleh dimakan. Buah ciku yang saya tanam ni memang manis. 

Anak pokoknya saya beli di Sungai Buloh dan menurut tokey nursery tu ini adalah ciku madu. Sesiapa yang minat boleh juga tanam dalam pasu besar. Walaupun kita yang duduk dibandar ni tak punya tanah yang luas sekurang2nya dapat juga bercucuk tanam.  Syukur alhamdulillah.




Friday, November 07, 2014

KLIA2

Salam Jumaat...

Hari Ahad hantar Mimi ke KLIA2 first time saya jejak. Sangat selesa jika dibandingkan dengan LCCT. Bangunannya sangat luas dan cantik. Banyak kedai2 yang menjual barangan branded dan restoren, dah macam shopping komplek pulak. Bila Mimi dah masuk boarding sempatlah saya, hubby dan adik jenjalan kat dalam tu.

Kalau bawa kanak2 mesti seronok sebab ada toyr'us. Bagi kaum wanita pula ada kedai pakaian, kedai kasut dan handbags. Kalau rasa nak beli barangan dapur pun ada. Memang macam2 adalah. Terdapat juga banyak restoren tapi kalau tanya harga makanan dah pastilah mahal sikit. Airport dah cantik makanan kat dalam pun ada class lah.




Kat sini boleh nampak dan tengok kapal terbang tapi kawasan ini tempat orang hisap rokok.





Ada satu deret kedai dia macam heritage.

breakfast kat the loaf



Jumpa kat salah satu kedai. Kalau tak silap nama kerusi ini grandfather chair. Teringat masa anak jiran lama kahwin gunakan kerusi macam ini tapi warna putih.

Sesiapa yang teringin nak jenjalan kat klia2 bolehlah luangkan masa, tak payah naik kapal terbang pergi jalan2 dan shopping aje.





Thursday, November 06, 2014

Mandurah

Salam...

Sambungan percutian ke Perth.

Hari seterusnya kami ke Mandurah. Disini tempat nak tengok dolfin. Kena beli tiket untuk naik cruise. Saya dah lupa berapa harga tiket. Kalau sesiapa warga emas atau student boleh dapat discount berbanding tempat lain tak dapat. Menurut pemandu pelancong ikut nasib kadang2 dolfin tak ada. Disini boleh juga tengok rumah mewah disekeliling laut yang mempunyai boat persendirian.

Kami bernasib baik masa naik cruise hari itu banyak dolfin yang timbul. Macam2 aksi yang dia orang buat melompat tinggi, terbalikkan badan dan berlumba dengan boat. Kalau boat tu laju dia akan ikut laju dan kalau perlahan kita rasa macam nak pegang aje tapi ada besi penghalang. Satu special dolfin mereka akan berenang berpasang2an.

Disekeliling laut tu pula ada banyak rumah2 mewah. Reka bentuknya sangat unik dan setiap rumah ada boat persendirian.

Sorry... pada saya tak ada banyak gambar dolfin sebab kebanyakkanya video dan ada pada anak.



Tempat beli tiket

Cruise nak tengok dolfin

Dolfin

Boat depan rumah

Setiap rumah ada boat





Titanic hehe...


Tempat singgah ambik makanan bg yang order



Deretan cruise



In shaa Allah tahun depan saya akan ke Melbourne tapi lepas itu kalau ada rezeki saya nak pergi ke Perth lagi.





Wednesday, November 05, 2014

Caversham Wildlife Park

Salam...

Lama saya simpan gambar2 masa pergi melancong ke Perth. Saya pergi bulan Mei lepas. Selalunya kalau pergi mana2 terus update. Nak buat ingatan dimasa akan datang saya update ajelah walaupun dah basi.

Gambar2 di Caversham Wildlife Park.


Dipintu masuk

Comel sangat

Berebut2 nak makan



Jinak sangat



Kalau mahu menyentuh koala, perlu dipegang menggunakan belakang tapak tangan





Laluan

Signboard di Whiteman Park





Tuesday, November 04, 2014

Tahniah.

Salam...


Di UK

no 2 dari depan


Menerima dua sijil dalam satu masa, satu luar negara dan satu lagi dalam negara sendiri. Alhamdulillah selepas penat lelah inilah hasilnya. Menjadi doktor pakar disalah sebuah hospital kerajaan. Beliau adalah anak kedua kepada abang saya. Mungkinkah adiknya juga mengikut jejak langkah kakaknya sebab adik juga seorang doktor.

Tahniah buat kakngah, my brother & my sister inlaw.





Monday, November 03, 2014

Habuan Ke?

Salam...

Salam Isnin buat rakan2 semua. Semoga beroleh dalam kesejahteraan. Bagi anak2 yang sedang menghadapi SPM selamat berjuang semoga segalanya dipermudahkan.

.................................









Kalau adik meraung boleh dapat 2 barang diatas. Agaknya kalau saya meraung boleh tak pujuk suami pergi Habib Jewel. Rasa2 boleh dapat tak? Hihi.....

Adik meraung bukan kerana nak habuan tapi itulah kasih seorang ayah untuk menggembirakan anak. Berkorban apa saja asal anak2 bahagia.





Sunday, November 02, 2014

Burgerbyte...Zizan Razak.

Salam...








Malam minggu pergi makan burger kat kedai Zizan Razak (pelawak tu) di Subang. Lembut daging burgernya, memang sedap. Sesiapa yang suka makan burger bolehlah pergi dan rasa.

Trend sekarang ramai artis buat busines, ada yang buka restoren, butik dan macam2 lagi. Baguslah macam tu sebab nanti kalau sudah tidak lagi jadi artis sekurang2nya ada juga income.