Monday, June 02, 2014

Sibuk Dengan Jenjalan.

Salam

Salam sejahtera, salam sayang dan salam rindu buat semua rakan2. Harap semuanya sihat dan dapat menjalankan tugas dengan baik dan mendapat keberkatan dari Dia yang maha Esa, In Sha Allah amin.

Tak tahulah masih ada ke orang yang nak membaca blog saya sebab sudah agak lama menyepi.
Banyak sangat N3 yang sepatutnya saya update tapi disebabkan saya agak sibuk seketika, bukan disebabkan banyak kerja tapi sibuk dengan jalan2 yang tak berkesudahan hehehe...

Awal bulan Mei saya, hubby dan dua orang anak perempuan bercuti ke Perth, Australia. Kami disana selama 5 hari. Dapat tengok dolphin lumba2 dengan cruise, jalan2, shopping dan yang paling best dapat makan fish & chip yang paling sedap yang pernah saya makan. In sha Allah di lain N3 saya akan ceritakan percutian saya sekeluarga yang sudah basi ke Perth Australia.

Balik dari Perth kami ke Kelantan, jenjalan ke Rantau Panjang. Shopping lagi tapi tak banyak. Saya jumpa Multi Purpose Non Stick Cooker. Dah lama nak beli tapi tertangguh2 akhirnya jumpa yang new series. Lagi bagus selain boleh memanggang ianya boleh juga digunakan untuk mengukus.

Balik dari Kelantan saya ke Melaka menghantar adik untuk melanjutkan pengajian disana. In Sha Allah jika diizinkan adik akan menghabiskan pengajiannya disana untuk beberapa tahun. Selepas itu saya mengikut hubby ke Alor Setar dan terus ke Terengganu ikut jalan Grik atas urusan kerja. Singgah sekejap di Royal Belum menghayati Tasik Banding yang sangat luas. Kelmarin pula saya ke Melaka sekali lagi untuk menghantar barang keperluan adik.

 Bulan Mei yang agak sibuk dengan jenjalan tapi selepas ini mungkin kurang berjalan sebab anak2 sudah kembali dengan urusan masing2. Minggu depan saya akan tinggal ke seorangan sebab hubby akan ke Cina atas urusan kerja. Hubby mengajak saya turut serta tapi saya menolak, takut dan kurang minat.
 






Saturday, May 03, 2014

Perth, Australia.

Salam

I'm in Perth! :)

Love from Caversham Wildlife Park ;) 

Thursday, April 17, 2014

Hadiah dari adik dan keluarga di UK

Salam...

Lama tak mengupdate, rumah pun dah penuh dengan sensawang. Apa khabar rakan2 semua? diharap semuanya sihat dan dapat menjalankan tugas dengan baik. Baru nak update cerita yang dah basi.

Fridge magnet dan minyak wangi yang adik belikan untuk saya semasa dia bercuti di UK tempoh hari. Maka, bertambah lagilah koleksi fridge magnet yeang sedia ada. Lepas ini tak tahu dapat dari mana pula. :)


Fridge Magnet 

Perfume khas buat saya. Bagi saya yang tengah tu adalah yang paling wangi. Adik beli disana sebab Body Shop UK lebih murah berbanding di Malaysia.


Saya nak share sedikit souvenir dari keluarga di UK yang mereka kirimkan melalui adik. Saya agak terharu bila menerimanya sebab pinggan jenis ini sudah lama saya idamkan. Sebelum ni saya banyak tengok orang beli di China. Agak terkejut juga bila tengok orang di UK juga ramai meminatinya dan banyak dijual disana. Alhamdulillah, kesemua pinggan ini selamat sampai. Saya agak risau kalau ianya ada terpecah, maklumlah budak yang membawanya. Hehehe.












Friday, April 04, 2014

Chocolate

Salam...

Chocolate yang adik beli dari UK.


Ferrero yang berwarna coklat dan putih yang kat atas tu rasanya lain dari biasa dan ianya lebih sedap

Easter egg ni sebesar telur dinosaur

 








Saturday, March 29, 2014

MH0001.

Salam...

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat2 aje.


Adik di KLIA


Alhamdulillah akhirnya hari yang ditunggu sudah tiba...dari jauh sudah nampak senyuman meleret. Gembira tak terhingga dapat berkumpul semula setelah berpisah lebih dua bulan. Peluk dan cium entah berapa kali. Sembang bertanya khabar sambil berjalan untuk ke tempat letak kereta. Ayat adik  membuatkan saya dan hubby terkejut. Hihi Mama... luggage adik terlebih tau. Jangan terkejut katanya. Saya jawab berapa dik? Dengan selamba dia jawab 76 pound. Kalau nak tahu berapa duit RM darabkan saja dengan 5.5. Boleh sesak nafas dibuatnya. 

Walau apa pun, saya amat bersyukur adik selamat tiba ke Malaysia walaupun flightnya delay. Agak risau juga pada awalnya tambah lagi insiden MH370 masih bermain difikiran... Semoga kita semua dalam lindunganNya. Selamat hari minggu bersama keluarga tersayang.


Monday, March 10, 2014

Tolong Doakan MH370.

Salam...

Meruntun jiwa sesiapa saja yang membaca...air mata begitu deras mengalir. Rintihan seorang anak yang mengharap mamanya akan menjawab tapi hampa. Adiknya sentiasa bertanya manakala kakak tidak ada jawapan. Yang paling melekat dihati saya dia nak bersama mamanya mengambil keputusan SPM yang tidak lama lagi akan diumumkan. Dimana mamanya????????????? Ya Allah... kembalikan mamanya dengan selamat.

Seorang ibu pula mengharapkan kepulangan anaknya untuk makan sama2. Semua sedia maklum kalau naik kapal terbang telah disediakan makanan tapi ibu ini mengharapkan anaknya pulang untuk makan bersama. Kasih ibu tidak pernah lekang dari hati seorang ibu, bila2 dan dimana saja.

Diharap semua dapat mendoakan keselamatan semua yang terlibat dalam kapal terbang MH370. Semoga doa kita didengar dan dikabulkan oleh Allah swt, inshaAllah. Amin.






p/s...Adik akan pulang tak lama lagi menaiki kapal terbang MAS. Menjadi dilema apabila abangnya meminta ditangguhkan. Saya tak pasti atas sebab kejadian yang berlaku atau sengaja dia mahu adiknya tinggal lebih lama.

Wednesday, March 05, 2014

Happy Birthday.

Salam....

Salam rindu dan salam sayang buat semua...apa khabar? saya sentiasa mengikuti cerita rakan2 semua cuma kadang2 tidak meninggalkan jejak. Seronok baca N3 rakan2 semua tapi saya sendiri malas nak mengupdate. Banyak yang nak diceritakan tapi susah nak buang penyakit malas. Nanti kalau rajin saya akan update cerita yang dah basi itu pun kalau ada orang yang nak baca hahaha....

Hari ini nak buat N3 birthday adik. Orangnya jauh tak dapat nak celebrate sama2 cuma ucapan dari jauh saja yang dapat disampaikan itu pun awal 8 jam dari waktu disana. Nak tunggu lambat sangat wish aje asal dia tahu mama dia disini sentiasa ingat akan tarikh keramat itu.

Hari ini umur adik genap 18 tahun...dah besar anak mama. Mama, baba, abang dan kakak ucapkan SELAMAT HARI JADI buat adik. Semoga adik sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang membanggakan seisi keluarga. Mama doakan juga semoga adik sentiasa diberkati dan sentiasa dalam rahmatNya, amin.

Gambar yang dihantar cukup banyak tapi nak kongsi sebahagian saja...


Stonehenge


Trafalgar Square


Buckingham Palace bersama besan


zoo...kat belakang ada kangroo


Madame Tussauds





kegilaan adik... disana pakaian berjenama cukup murah jika dibandingkan dinegara kita.


p/s lari sikit dari tajuk....Adik terkilan sebab di Westminster Abbey tak boleh tangkap gambar, sudahlah tiket nak masuk cukup mahal. Disitu adalah tempat Lady D dan Prince William kahwin, makam Queen Elizabeth 1 Queen Victoria, tempat orang naik takhta, tempat makan saintis dunia, Isaac Newton, Chales Dicksen, King George, King Henry III. Merangkumi semua tempat monarchy diraja dari tempat naik takhta, kahwin sampailah tempat pengkebumian.


HAPPY BIRTHDAY SAYANG......